Tuesday, September 11, 2012

Apa yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat lesen memandu?

Jangan terburu-buru untuk membuat lesen memandu sebelum anda mempertimbangkan 7 perkara berikut :
1. IC
a) Pastikan anda mempunyai IC atau MyKad sepanjang tempoh membuat lesen. Kalau hilang, buatlah kembali di Pejabat Pendaftaran Negeri. Kaki MYKad juga diterima untuk anda membuat lesen. Caj denda kehilangan MyKad juga perlu anda sediakan.

b) Tahukah anda bahawa anda hanya boleh membuat lesen di negeri yang anda duduki. Jika alamat pada IC anda bukan negeri yang anda ingin ambil lesen, maka anda perlu mengemukakan bukti yang anda menetap di negeri tersebut. Antara dokumen yang diperlukan seperti kad pelajar (pelajar universiti dsb),  surat pengesahan daripada majikan (jika bekerja) dan fotostat bil air dan letrik rumah yang anda duduki.


 2. Jenis Lesen
a) Anda perlu fikirkan jenis lesen apakah yang ingin anda duduki. Lesen kereta sahaja, motor sahaja, atau motor dan kereta. Jika anda ingin membuat lesen motor, minimal anda pandai berbasikal dan sebaiknya sudah agak mahir membawa motor.

b) Anda juga perlu memastikan had umur untuk setiap lesen yang ingin anda duduki.

3. Kewangan 
a) Kenal pasti berapakah bajet yang anda perlukan untuk membuat lesen. Kos untuk membuat lesen berbeza antara satu sekolah dengan sekolah memandu yang lain. Mereka juga ada membuat promosi untuk pelajar, pakej 2 lesen (motor dan kereta) dan sebagainya. Jadi bandingkan harga yang sesuai dengan poket anda.
 
b) Pastikan siapakah yang akan membiayai kos untuk lesen anda. Ibubapa, gaji, pinjaman pengajian (bagi pelajar) dan sebagainya. Kos ini boleh dilangsaikan secara bertahap, jadi anda boleh berbincang dengan pihak sekolah.


3. Masa
a) Pihak sekolah akan menyatakan waktu-waktu untuk bengkel KPP, ujian berkomputer, bengkel teori, latihan memandu, ujian percubaan dan ujian sebenar dengan JPJ. Jadi aturkan masa anda dengan sebaiknya.

b) Pastikan anda hanya mengambil ujian berkomputer setelah anda habis menjawab semua soalan dan buku yang dibekalkan. Pastikan juga anda menduduki ujian JPJ setelah anda yakin bahawa anda mahir dengan setiap lalui yang perlu dilalui. Jika tidak, tambah masa belajar anda sehingga anda benar-benar mahir. Jika anda gagal dalam ujian JPJ, anda perlu membayar kos untuk masa belajar tambahan dan kos ujian sekali lagi.

c) Anda juga perlu tahu tentang tempoh masa untuk setiap tahap yang perlu anda lalu. Ini penting agar kos yang perlu anda tanggung tidak bertambah kerana kecuaian anda. Lesen L perlu diperbaharui setiap 3 bulan. Anda diberi masa 2 tahun untuk menyiapkan lesen P, namun anda perlu membayar kos untuk bengkel teori sekali lagi jika anda gagal mendapat lesen P dalam tempoh 1 tahun. Jika anda masih tidak dapat menyiapkan lesen P setelah tempoh 2 tahun tamat, anda perlu membayar kosnya dari KPP sehingga akhir sekali lagi.


4. Lokasi pusat sekolah memandu 
Pilihlah lokasi sekolah yang terdekat dengan anda atau yang terbaik untuk anda. Anda boleh menilainya di sini.

5. Kenderaan ke sana
Adakah anda akan ke sekolah dengan kenderaan sendiri atau dengan kenderaan yang disediakan oleh pihak sekolah ? Adalah lebih menjimatkan masa jika anda dapat pergi sendiri. Jika tidak, buat temujanji dengan guru anda untuk mengambil anda jika pihak sekolah menyediakan kenderaan.

6. Anak
Anak-anak tidak dibenarkan bersama anda ketika bengkel, sesi memandu dan ujian. Jadi, pastikan ada penjaga yang akan menjaga anak anda sepanjang anda tiada.

7. Pemakaian 
Pastikan anda berkasut dan pakaian yang sopan, selesa dan menutup aurat sepanjang bengkel, ujian dan semasa belajar memandu.

Akhir kata, semoga berjaya.
panduankelahiran

No comments:

Post a Comment

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com