Assalamualaikum. Jom kita koreksi tanggungjawab kita sebagai isteri. Tazkirah ini diambil daripada Datuk Hasan Din Al-Hafiz dalam Program Tanyalah Ustaz. Ops. Gambar di atas adalah hiasan berdasarkan pemerhatian dalam masyarakat kita.
Tanggungjawab isteri yang akan dibincangkan adalah berdasarkan apa yang diwajibkan oleh Allah terhadap seorang isteri yang mana jika tidak dilaksanakan akan membawa laknak Allah terhadapnya.
Tanggungjawab isteri terhadap suami terbahagi kepada dua :
1. taat
2. hormat
1. Taat terbahagi kepada
a) memenuhi tuntutan batin suami jika dia berkehendak walaupun di atas unta sekali pun. Ulama mentafsirkan hadis nabi ini sebagai keutamaan menunaikan hak batin suami adalah amat penting bagi seorang isteri.
b) tidak keluar daripada rumah melainkan dengan izin suami. Kalaulah suami tu kaki pukul, apa yang boleh dilakukan ialah buat pemeriksaan doktor, buat laporan polis dan boleh failkan fasakh. Isteri dikira bersalah oleh mahkamah syariah jika melarikan diri balik ke kampung bila dipukul oleh suami.
c) tidak melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh suami dan tidak membenarkan orang yang tidak disukai oleh suami masuk ke dalam rumah.
d) tidak bersedekah dengan wang atau harta suami tanpa izinnya. Jika berlaku, isteri dapat dosa dan suami dapat pahala. Walaupun bagi kat mak sendiri. Kalau duit sendiri tu kira boleh la ye.
e) mentaati perintah suami dalam hal-hal yang tidak melanggar hukum-hukum Islam seperti mengemas rumah, jaga anak dan sebagainya. Tidak taat jika suami suruh beli rokok, arak, buka aurat dan sebagainya.
2. Hormat pula terbahagi kepada 3
a) perbuatan
Tunjukkan hormat anda pada suami dalam setiap perlakuan anda. Katakanlah suami kaki pukul, apa yang isteri boleh lakukan ialah mengelak atau mempertahankan diri. Tidak boleh membalas balik pukulan suami tapi boleh buat repot polis seperti di atas.
b) perkataan
Gunakan panggilan hormat kepada suami seperti abang. 'Abang bun' untuk singkatan abang buncit adalah haram digunakan walaupun suami tidak marah dengan panggilan tersebut kerana ia merendah-rendahkan martabat si suami. Tidak boleh meninggikan suara atau menengking suami.
c) bilangan perkataan
Suami tidak suka kepada isteri yang suka membebel. Jadi kenelah agak-agak bilangan perkataan anda bila bercakap ye.
Tugas menjaga anak, mengemas rumah, berkerja dan sebagainya bukanlah tanggungjawab wajib untuk para isteri. Ini bermaksud, isteri tidak berdosa jika mengupah orang lain untuk menjalankan tanggungjawab tersebut. Jadi, duduklah berbincang dengan suami untuk melicinkan tugas-tugas yang lain. Barangsiapa berbuat dengan ikhlas, maka balasan yang baik adalah dari sisi Allah.
No comments:
Post a Comment