Saturday, December 19, 2009

Cinta TERLARANG ?


CINTA ungkapan terindah dalam kamus hidup manusia. Dengan CINTA semuanya yang sukar menjadi mudah, yang mustahil menjadi realiti. Hadirnya tanpa dipinta, perginya pula ditangisi manusia.

Namun, cinta terlarang akan mengundang bahana. Bermula dengan senyum mesra, berjalan bersama hingga ramai yang terlanjur ke lembah noda. Akhirnya, si dia pergi tanpa bicara, meninggalkan kekasih yang kini berbadan dua. Yang menjadi korban adalah anak-anak yang tak berdosa. Dihumban di mana-mana kerana malu pada manusia tapi tidak pada PENCIPTA.

Kepada sahabat di luar sana, cinta itu hanya indah bila berjaya mengantar kita ke syurga. Adakah cinta kita sekarang mampu mengantar kita ke SYURGA atau jauh ke dalam NERAKA? Sedarlah sebelum terlambat.

Berbakti Kepada Kedua Orang Tua


Kasih ibu bapa, tiada siapa yang dapat menafikannya. Mereka berkorban segalanya dari saat kita dilahirkan hinggalah menjaga cucu-cucu mereka kerana anak menantu sibuk bekerja. Saat kita susah, merekalah insan pertama yang hadir memberikan bantuan walaupun tanpa dipinta. Jauh di sudut hati mereka dapat merasa keperluan si anak tanpa suara kesusahan yang mengentuk gegendang telinga mereka.

Masa kian berlalu, ibu bapa makin uzur dimamah usia. Mereka tidak sekuat dulu untuk membantu kita. Penyakit datang bertimpa-timpa. Mata kian kabur, pendengaran makin kurang, ingatan tak sekuat dulu, berjalan pun diusung orang. Sabarkah kita mengurus mereka bak anak kecil seperti yang pernah mereka lalui dulu ?

Kasih ibu hingga ke syurga, kasih ayah sepanjang masa, kasih anak di mana hujungnya? Di saat ibu bapa kini sudah tidak berdaya.

Ya Allah, kurniakanlah kami kekuatan agar kami dapat berbakti kepada kedua ibu bapa kami saat mereka masih hidup ataupun telah lama meninggalkan kami. Sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangi kami di waktu kami masih kecil.

Friday, December 18, 2009

Kepentingan Asid Folik

Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutama semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida).


Kajian telah menunjukkan bahawa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik semasa hamil. Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus selepas ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.


Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada spina bifida

  • Keluarga yang pernah mengalami NTD
  • Pernah hamil anak yang mengalami NTD
  • Mengambil ubat sawan
  • Kencing manis

Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 0.4 miligram dan 0.8 miligram sesudah hamil untuk mengurangkan risiko tersebut.


Jadi ambillah asid folik dengan sebaiknya agar anda tidak menjadi penyebab kepada kecacatan kekal atau kematian pada anak anda. Anda mampu mengubahnya.


sumber : http://portal.alamhamil.com/

Rahsia HIJRAH

dakwatuna.com - Hijrah adalah kemestian. Allah swt. membangun sistem di alam ini berdasarkan pergerakan. Planet bergerak, berjalan pada orbitnya. Allah berfirman: ”Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (QS. Yasin: 38). Imam Syafii’i menggambarkan dalam sya’irnya yang sangat indah bahwa air yang tergenang akan busuk dan air yang mengalir akan bening dan jernih. Seandainya matahari berhenti di ufuk timur terus menerus, niscaya manusia akan bosan dan stres.

Benar, hijrah sebuah kemestian. Karena dalam diam tersimpan segala macam keburukan. Kenderaan yang didiamkan berhari-hari akan berkarat dan hancur. Jasad yang didudukkan terus menerus akan menghidap banyak penyakit. Itulah rahsia mengapa harus berolahraga. Syaikh Muhammad Al Ghazali berkata: ”Bahawa orang-orang yang menganggur adalah manusia yang mati. Ibarat pohonan yang tanpa buah para penganggur itu adalah manusia-manusia yang wujudnya menghabiskan keberkahan.”

Terbukanya kota Mekah adalah keberkahan hijrah. Seandainya Rasulullah saw. dan sahabat-sahabatnya tetap berdiam di kota Mekah, tidak pernah terbayang akan lahir sebuah kekuatan besar yang kemudian menyebarkan rahmat bagi seluruh alam. Sungguh berkat hijrah ke kota Madinah kekuatan baru umat Islam terbangun, yang darinya kepemimpinan Islam merambah jauh, tidak hanya melampaui kota Mekah, pun tidak hanya melampaui Jazirah Arabia, melainkan lebih dari itu melampaui Persia dan Romawi.

Ada beberapa dimensi hijrah yang harus kita wujudkan dalam hidup kita sehari-hari di era modern ini, agar kita mendapatkan keberkahan:

Pertama, dimensi personal, bahawa setiap mukmin harus selalu lebih baik kualiti keimannya dari semalam. Karenanya dalam Al-Qur’an Allah swt. selalu menggunakan kata ahsanu amala (paling baiknya amal). Maksudnya bahawa tidak seharusnya seorang mukmin masuk di lubang yang sama dua kali. Itulah sebabnya mengapa sepertiga Al-Qur’an menggambarkan peristiwa sejarah. Itu untuk menekankan betapa pentingnya belajar dari sejarah dalam membangun ketaqwaan. Dari sini kita memahami mengapa Allah swt. dalam surah Al Hasyr:18 menyandingkan perintah bertaqwa dengan perintah belajar dari sejarah: ”Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

Kedua, dimensi sosial, bahawa seorang mukmin tidak pantas berbuat zalim, mengambil penghasilan secara haram dan hidup bersenang-senang di atas penderitaan orang lain. Seorang mukmin harus segera berhijrah dari situasi sosial semacam ini. Seorang mukmin harus segera membangun budaya takaful –saling menanggung-. Itulah rahsia disyari’atkannya zakat. Bahwa di dalam harta yang kita punya, ada hak orang lain yang harus dipenuhi. Allah berfirman : ”Walladziina fii amwaalihim haqqun ma’luum (dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bahagian tertentu.”) (QS. Al Maarij: 24).

Dan ini telah terbukti dalam sejarah bahawa membangun budaya takaful akan menyelesaikan banyak penyakit sosial yang akhir-akhir ini sangat mencengkam. Terlalu tingginya angka kemiskinan dan penganggguran di tengah negeri yang kaya sumber alam, sungguh suatu pemandangan yang naif. Namun ini tentu ada sebabnya, di antaranya yang paling pokok adalah karena kezaliman dan ketidakjujuran. Dari sini jelas bahwa hijrah yang harus dibuktikan saat ini adalah komitmen untuk tidak lagi mengulangi budaya rasuah. Sebab dari budaya inilah berbagai penyakit sosial lainnya tidak dapat dihindari.

Ketiga, dimensi dakwah, bahawa seorang mukmin tidak boleh berhenti pada titik sekadar mengaku sebagai seorang mukmin secara ritual saja, melainkan harus dibuktikan dengan mengajak orang lain kepada kebaikan. Ingat bahawa syaitan siang dan malam selalu bekerja keras mengajak orang lain ke neraka. Syaitan berkomitmen untuk tidak masuk neraka sendirian.

Dari sini saatnya seorang mukmin harus bersaing dengan syaitan. Ia harus berhijrah dari sikap pasif kepada sikap produktif. Produktif dalam erti kata bekerja keras mengajak orang lain ke jalan Allah. Sebab tidak seharusnya seorang mukmin bersikap pasif. Pasifnya seorang mukmin bukan saja akan membawa banyak bakteria pelemah iman, melainkan juga membawa bencana bagi kemanusiaan.

Itulah sebabnya mengapa seorang pemikir muslim abad ini dari India Syaikh Abul Hasan Ali An-Nadwi menulis sebuah buku yang sangat terkenal dan menomental: maadzaa khasiral aalam bin khithaathil muslimiin ( betapa dahsyatnya kerugian yang dialami dunia ketika umat Islam tidak berdaya).

Ini benar, bahwa dunia ini memang memerlukan umat Islam yang berdaya. Umat Islam yang produktif. Bukan umat Islam yang pasif. Dan kini kita menyaksikan dengan mata kita, betapa kerosakan bermaharajalela melanda kemanusiaan akibat dari lemahnya umat Islam. Bandingkan dengan dulu ketika Umar Bin Khaththab dan Umar bin Abdul Aziz memimpin dunia. Inilah hijrah yang harus segara kita buktikan. Wallhu a’lam bishshawab

Sunday, December 6, 2009

Renungan Untuk Yang Bergelar Muslim

Hari ini, saya ingin berkongsi pengalaman dengan pembaca tentang apa yang saya alami di sebuah universiti di Borneo yang tentunya amat berbeza bagi saya yang melanjutkan pengajian di semenanjung.

Pertama kali melihat wajah - wajah penuntut di sini, saya keliru untuk menentukan mereka adalah seorang muslim atau tidak jika mereka tidak bertudung. Betapa dengan nilai sehelai tudung itu mampu menjadi pembeza antara seorang muslim dan kafir. Suasana ini mungkin kurang terasa di semenanjung, tapi di Borneo ianya sangat jelas terasa pentingnya terutama bagi mereka yang baru berkunjung ke sini.

Selain terpaksa tinggal sebilik dengan non-muslim, pelajar muslim juga perlu mempunyai pegangan agama yang kukuh kerena rata-rata non-muslim di sini petah berbicara berkaitan agama mereka terutama kristian. Saya sempat bersoal jawab dengan seorang non-muslim berkaitan konsep triniti, dosa, pahala dan sangat mencemaskan apabila diajukan dengan satu soalan yang saya sendiri agak kelu untuk menjawabnya.

"Jika Muhammad itu telah dijanjikan masuk ke syurga, kenapa perlu untuk mendoakan kesejahteraannya setiap kali selepas azan? "

Soalan itu berjaya membuat saya terdiam seketika. Kenapa ya ?

"O... tentu sekali Muhammad itu telah dijanjikan Allah dengan syurga-Nya. Doa kami bukanlah syarat untuk memastikan dia masuk syurga atau tidak tapi sebagai tanda cinta kami kepadanya. Siapa yang mendoakan kebaikan kepada orang lain, maka dia juga akan mendapat apa yang didoakannya itu," jawabku walaupun mungkin belum dapat memuaskan hatinya.

Jika seorang penganut kristian mampu untuk mendalami dan menjelaskan kepercayaannya dengan begitu baik sekali kenapa pula kita yang mengaku beriman kepada Allah tidak mampu menerangkan perihal agama kita dengan sebaiknya.

Agama Islam bukan sekadar perlu didalami oleh mereka yang bergelar ustaz, ustazah ,imam, bilal, mufti dan lainnya tapi oleh setiap individu muslim yang yakin bahawa Islam adalah agama mereka. Dengan mempelajari Islam, kita akan lebih mencintai-Nya, mentaati-Nya bahkan sanggup untuk mati di jalan-Nya. Kerana kita semua bercita-cita untuk memasuki syurga-Nya tapi sayang belum sanggup untuk membayar maharnya.




Saturday, December 5, 2009

Belajar Melalui Peniruan


MENIRU adalah perbuatan terlarang dalam bilik peperiksaan. Tapi tahukah anda, kita mampu menjadi seorang yang berjaya dengan MENIRU dalam kehidupan seharian ?

Bayi belajar sesuatu perkara dengan meniru apa yang diperkatakan dan diperbuat oleh orang yang berada di sekelilingnya. Sedar atau tidak, bayi yang dulu tidak mengerti apa - apa, kini sudah mampu berjalan dan bertutur seperti anda. Semuanya melalui konsep peniruan. Kebaikan yang dilihat akan ditiru, begitu pula sebaliknya.

Dalam bidang perniagaan, Francais adalah salah satu bentuk peniruan dalam perniagaan. 50 tahun dulu, Francais tidak diterima masyarakat kerana dianggap meniru kejayaan restoran lain, tapi kini ia amat popular dan tersohor. Dengan sejumlah modal, anda akan diajar untuk meniru 100% apa yang telah dilakukan oleh syarikat asal. Susun atur, menu, pakaian pekerja dan pengurusan KFC di Malaysia adalah sama dengan KFC lain di seluruh dunia.

MLM juga adalah perniagaan yang berkonsepkan peniruan. Jika anda berjaya meniru jejak upline yang berjaya, maka anda juga akan berjaya. Risiko dan modalnya lebih rendah berbanding Francais. Oleh sebab itulah, MLM semakin popular pada masa kini. Namun, persoalannya mampukah anda meniru jejak - jejak mereka yang telah berjaya.

Pelajaran Untuk Kita Dari Bunda & Bayi

Suatu hari Rasulullah SAW ditanya oleh sahabatnya: “Ya Rasulullah, kepada siapa aku harus berbakti paling baik?”Jawab Rasul: “Kepada ibumu”‘ “Lalu?”,tanya sang sahabat kembali. Jawab Rasul: “Kepada ibumu”‘ “Lalu?”, tanya kembali sang sahabat, kembali Rasul menjawab: “Kepada ibumu” Sang sahabat bertanya kembali “Lalu?”, jawab Rasul “Kepada ayahmu”. Demikianlah, sebuah perkataan / hadits yang singkat tetapi berdasarkan perenungan yang panjang akan makna hakiki seorang ibu. Perenungan ini pula yang menggerakkanku menulis rencana ini.


Renungan ini mengantarkanku pada sebuah fenomena bahwa ternyata sosok ibu adalah contoh atau profil pendidik yang terbaik, sementara itu sang bayi pun merupakan profil pembelajar terbaik. Mari kita telusuri profil mereka.


Ketika sang bayi terbangun dan menangis di malam hari, dengan tangkas sang ibu pun ikut bangun, dengan lembut ia menggantikan lampin sang bayi, lalu memberikan yang terbaik untuk sang bayi yaitu ASI nya dan menemaninya sampai sang bayi pun tertidur lena. Sungguh semua itu dilakukannya hampir tanpa keluhan, bahkan dengan bahagianya dia menjalankan amanah tersebut. Bagaimana ia mampu melakukannya? Jawapannya ialah Kasih sayang . Andaikan kita para pendidik mampu mengadopsi jawaban tersebut dalam menjalankan amanah mendidik kita, nescaya luar biasa kecepatan belajar yang akan terjadi pada anak didik kita. Rasa cinta dan kasih sayang membuat amanah menjadi mudah & membahagiakan.


Ingatkah kita bagaimana sang bunda menyediakan berbagai jenis mainan di sekeliling kita. Betapa kita merasakan bagaimana bentuk dan warna mainan itu membuat mata kita aktif tajam memperhatikannya, suara mainan itu membuat telinga kita aktif asyik mendengarkannya, bagaimana gerakan mainan itu membuat tangan dan kaki kita menjadi tidak diam. Dan kita pun menjadi semakin cerdas karenanya. Maka mari belajarlah dari sang bunda bagaimana dia memfasilitasi, untuk menjadikan anak didik menjadi semakin cerdas.


Berdiri, melangkah dan berjalan merupakan sebuah proses yang rumit dalam perkembangan sang bayi. Ketika sang anak berusaha berdiri, lalu terjatuh, bangun berdiri dan terjatuh lagi, bangun lagi, dengan kesabaran yang luar biasa sang bunda terus mendampingi dan terus memotivasi kita untuk berjaya . Dalam hatinya dia berkata “Suatu hari anakku pasti akan berjaya!”. Rasanya tidak ada seorang pun ibu yang putus asa ketika melihat bayinya terjatuh kembali dalam usahanya untuk mampu berdiri, lalu dia berkata,”Sudahlah nak, kamu memang tiada bakat berdiri, merangkak sajalah…”Masih adakah kita kurang sabar dan merasa putus asa dengan prestasi yang baru dicapai anak didik kita?


Sosok sang ibu sebagai pemotivasi sungguh luar biasa. Betapapun kecilnya perkembangan yang dicapai sang bayi, tetapi ungkapan wajah bahagia dan senyum dari sang bunda selalu ditampakkannya, membuat sang bayi menjadi lebih termotivasi lagi. Betapa kita perhatikan bagaimana sang bayi mencapai kecepatan belajar yang luar biasa dalam lingkungan yang begitu memotivasi. Tatkala sang bayi baru mampu melangkah satu langkah, maka tepukan tangan, seruan gembira dan bahagia dari sang ibu dan orang-orang di sekelilingnya, membuat sang bayi semakin termotivasi untuk melangkah lebih maju lagi. Bagaimanakah kita mampu menyediakan lingkungan yang begitu memotivasi untuk anak didik kita?


Sang bunda faham benar apa jenis makanan yang tepat untuk tahapan usia bayinya. Marilah kita pahami tahapan anak didik kita dan berikanlah ‘makanan terbaik’ untuknya sesuai tahapannya.


Majalah-majalah yang memuat informasi-informasi perkembangan anak hampir selalu laris terjual. Rasa haus sang bunda akan informasi yang diperlukannya dalam mengasuh dan membesarkan putranya, membuatnya menjadi pembelajar sepanjang usia. Marilah kita para pendidik untuk lebih bertekad menjadi pembelajar sejati. Kita boleh putus bersekolah, tetapi kita tak boleh putus belajar.


Ketika tiba waktunya, maka sang bunda akan membawa bayinya ke klinik atau hospital agar bayinya memperoleh imunisasi. Sang bunda sedar bahwa proses itu sesaat akan menyakitkan bayinya, panas yang meningkat akan dideritanya selama satu atau dua hari. Tetapi keinginannya yang kuat untuk menjadikan bayinya lebih terjaga kesehatannya membuat sang bunda dengan tabah menjalani proses ini. Bagaimana pula kita dapat ‘mengimunisasi’ anak didik kita?


Dalam setiap kesempatan yang ada, terlebih ketika memandangi bayinya yang sedang tertidur lena, hampir tak pernah terlewatkan betapa ikhlas sang bunda memanjatkan dengan penuh kekhusyu’an do’a-do’a untuk anaknya. Mengapa kita tak mencoba untuk membiasakan mendoakan kebaikan untuk setiap anak didik kita?


Saya yakin masih cukup banyak ‘pesan dari sang bunda’ yang dapat kita lihat, telinga kita dengar dan hati kita pahami. Renungkanlah…


Sekarang mari kita alihkan perhatian kita pada sang bayi yang ternyata memiliki profil pembelajar terbaik.


Perhatikanlah bagaimana proses belajar sang bayi, betapa tinggi rasa ingin tahunya. Tatkala kita berikan padanya sebuah mainan, dengan serta merta dia ingin mengetahui mainan itu. Dipegangnya lalu digerakkannya dan dipandanginya seluruh permukaan benda itu, setelah puas lalu dia masukkan mainan ke mulutnya untuk mengetahui rasanya. Lalu biasanya dilemparkannya mainan itu untuk mengetahui reaksinya dan akhirnya diraihnya kembali mainan itu. Adakah rasa ingin tahu kita selaku pembelajar sebesar itu? Rasa ingin tahulah yang mengantar kita pada temuan-temuan terbaru. Ibnu Abbas ra pernah ditanya seorang sahabatnya, “Bagaimana engkau mampu secerdas ini?”, jawab beliau: “Dengan akal yang gemar berfikir dan dengan lisan yang gemar bertanya” Betapa tinggi rasa ingin tahu beliau. Ikutilah….


Ketika sang anak berusaha berdiri, lalu terjatuh, bangun berdiri dan terjatuh lagi, adakah dia mengenal rasa putus asa dalam dirinya? Dia tidak mengenal kata putus asa! Bahkan dalam hatinya dia berkata “Suatu hari aku pasti akan berjaya, seperti yang lain pun berjaya melakukannya!”. Masih adakah kita begitu mudah untuk kurang sabar dan cepat merasa putus asa dengan prestasi yang baru kita capai saat ini selaku pembelajar?


Jika kita memberikan sebuah mainan kotak kecil pada sang anak, maka di tangan si kecil mainan kotak itu dapat menjadi kereta, kapal terbang, perahu, rumah dan berbagai macam mainan lainnya dapat tercipta dalam imejinasinya. Benar-benar sebuah miniatur kreativitas. Apakah pola pikir rutinitas masih mendominasi kita? Mengapa kita enggan mencoba mencari pendekatan lain yang di luar kerutinan kerja kita? Padahal ada banyak jalan lebih baik sebanyak ikhtiar kita untuk menemukannya. Make it better, not just different.


Saya yakin masih begitu banyak pesan yang dapat kita peroleh dari sang ‘ pembelajar’ bayi.. Lengkapilah oleh Anda daftar ‘pesan-pesan bunda dan bayi’ ini . Fa’tabiruu yaa ulil abshaar.

Sumber : dakwatuna.com


Friday, December 4, 2009

Mendidik Anak Cara Nabi Ibrahim


Kawinilah wanita yang kamu cintai lagi subur (banyak melahirkan) karena aku akan bangga dengan banyaknya kamu terhadap umat lainnya. [HR. Al-Hakim]


Begitulah anjuran Rasulullah saw kepada umatnya untuk memiliki anak - anak yang ramai .Sehingga lahirnya anak bukan saja penantian kedua orang tuanya, tetapi suatu hal yang dinanti oleh Rasulullah saw. Dan tentu saja anak yang dinanti adalah anak yang akan menjadi umatnya Muhammad saw. Bererti, ada satu amanah yang dipikul oleh kedua orang tua, iaitu bagaimana menjadikan atau mentarbiyah anak yang titipan Allah itu agar menjadi umat Muhammad saw.

Untuk menjadi umat Muhammad saw. harus memiliki karakteristik yang disebutkan oleh Allah swt.:

Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka ruku’ dan sujud mencari karniaan Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya Maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar. [QS. Al-Fath, 48: 29]

Jadi karakteristik umat Muhammad saw adalah: [1] keras terhadap orang Kafir, keras dalam prinsip, [2] berkasih sayang terhadap sesama umat Muhammad, [3] mendirikan solat, [4] terdapat dampak positif dari aktiviti shalatnya, sehingga orang-orang yang lurus, yang hanif menyukainya dan tentu saja orang-orang yang turut serta mentarbiyahnya.

Untuk mentarbiyah anak yang akan menjadi Umat Muhammad saw, ialah dengan cara kita mengambil pelajaran dari caranya Nabi Ibrahim, yang Allah ceritakan dari isi doanya Nabi Ibrahim dalam surah Ibrahim berikut ini:

Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman berhampiran rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, Ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat. Maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezekilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.

Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami lahirkan; dan tidak ada sesuatupun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi maupun yang ada di langit.

Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa.

Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.

Ya Tuhan kami, beri ampunlah Aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”. [Ibrahim: 37-41]

Dari doanya itu kita dapat melihat bagaimana cara Nabi Ibrahim mendidik anak, keluarga dan keturunannya yang hasilnya sudah kita ketahui, kedua anaknya Ismail dan Ishaq menjadi manusia pilihan Allah:

Cara pertama mentarbiyah anak adalah mencari, membentuk biah (persekitaran) yang sholehah. Representasi lingkungan yang solehah bagi Nabi Ibrahim Baitullah [rumah Allah], dan kalau kita adalah masjid [rumah Allah]. Maka, kita tinggal dekat dengan masjid atau anak-anak kita lebih sering ke masjid agar mereka mencintai masjid. Bukankah salah satu golongan yang mendapat naungan Allah di saat tidak ada lagi naungan adalah pemuda yang hatinya cenderung kepada masjid.

Kendala yang mungkin kita akan temukan adalah teladan. Padahal cara belajar yang paling mudah itu adalah dengan meniru. Ayah-ayah sekarang yang bertolak ke tempat kerjanya sebelum Subuh yang mungkin tidak sempat ke masjid dan sampai ke rumah sebelum Isya mengakibatkan anak tidak melihat contoh solat di masjid dari orang tuanya. Selain itu, kendala yang sering kita hadapi adalah mencari masjid yang ramah anak, para pengurus masjid dan jamaahnya terlihat kurang suka melihat anak-anak dan khawatir terganggu kekhusyukannya, dan ini dipengaruhi oleh pengalamannya selama ini bahawa anak-anak sulit untuk tertib di masjid.

Cara kedua adalah mentarbiyah anak agar mendirikan solat. Mendirikan solat ini merupakan karakter umat Muhammad saw sebagaimana yang telah dihuraiakan di atas. Nabi Ibrahim bahkan lebih khusus di ayat yang ke-40 dari surat Ibrahim berdoa agar anak keturunannya tetap mendirikan solat. Solat merupakan salah satu pembeza antara umat Muhammad saw dengan selainnya. Solat merupakan sesuatu yang sangat penting, mengingat Rasulullah saw memberikan arahan tentang keharusan pembelajaran solat kepada anak: suruhlah anak solat pada usia 7 tahun, dan pukullah bila tidak solat pada usia 10 tahun. Rasulullah saw membolehkan memukul anak di usia 10 tahun kalau dia tidak melakukan solat dari pertama kali disuruh di usia 7 tahun. Ini ertinya ada masa 3 tahun, orang tua untuk mendidik anak-anaknya untuk solat. Dan waktu yang cukup untuk melakukan pendidikan solat.

Proses tarbiyah anak dalam melakukan solat, sering mengalami gangguan dari berbagai kalangan dan lingkungan. Dari pendisiplinan formal di sekolah dan di rumah, kadang membuat kegiatan pendidikan shalat menjadi kurang efektif dan bahkan gagal sama sekali, terutama cara membangun citra solat dalam pandangan anak. Baru-baru ini, ada seorang istri yang mengadu kepada seorang ustazah tentang suaminya yang tidak pernah solat, ketika ditanya penyebabnya, ternyata dia trauma dengan perintah solat. Setiap mendengar perintah solat maka terbayang mesti tidur di luar rumah, karena ketika kecil bila tidak solat harus keluar dari rumah. Sehingga kesan yang terbentuk di kepala anak kegiatan solat itu tidak menyenangkan, dan bahkan menyebalkan. Kalau hal ini terbentuk bertahun-tahun tanpa ada perbaikan, maka sudah pasti dibayangkan hasilnya, terbentuknya seorang anak muslim yang tidak solat.

Cara ketiga adalah mentarbiyah anak agar dapat menjemput rezeki yang Allah telah siapkan bagi setiap orang. Anak ditarbiyah untuk memiliki life skill [keterampilan hidup] dan skill to life [keterampilan untuk hidup]. Rezeki yang telah Allah siapkan. Setelah itu anak diajarkan untuk bersyukur.

Cara keempat adalah mentarbiyah anak agar disenangi ramai orang. Orang senang bergaul dengan anak kita, seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah saw: “Berinteraksilah dengan manusia dengan akhlaq yang baik.” [HR. Bukhari].

Anak kita diberikan cerita tentang Rasulullah saw, supaya muncul kebanggaan dan kekaguman kepada nabinya, yang pada gilirannya menjadikan Rasulullah menjadi teladannya. Kalau anak kita dapat meneladani Rasulullah saw, bererti mereka sudah memiliki akhlaq yang baik karena sebagaimana kita ketahui, Rasulullah memiliki akhlaq yang baik seperti pujian Allah di dalam al-Quran: “Sesungguhnya engkau [Muhammad] berakhlaq yang agung.” [Al-Qalam, 68: 4]

Cara kelima adalah mentarbiyah anak dengan mempertebal terus keimanan, sampai harus merasakan kebersamaan dan pengawasan Allah kepada mereka. Hasilnya, seorang budak penggembala kambing enggan menjualkan kambing milik tuannya kepada Umar Al-Khattab lalu mempersoalkan kembali "Di mana Allah ?" untuk dia melakukan hal tersebut. Begitu juga kisah anak penjual susu yang menghalang niat ibunya yang berhasrat mencampurkan air ke dalam susu. Inilah teladan yang kita perlu contohkan kepada anak - anak zaman sekarang yang berada dalam persekitaran yang penuh dengan maksiat.

Cara keenam adalah mentarbiyah anak agar tetap memperhatikan orang-orang yang berjasa, walaupun sekadar doa dan mengambil berat terhadap orang-orang yang beriman yang ada di sekitarnya baik yang ada sekarang maupun yang telah mendahuluinya. Mendampingi orang - orang soleh akan mempengaruhi akhlak si anak. Semoga mereka membesar dengan penuh kebaikan dan memberi manfaat seperti para salafussoleh.

http://www.dakwatuna.com/2007/mendidik-anak-cara-nabi-ibrahim/

Monday, November 23, 2009

Panduan Ibadah Qurban (bagian 1)

Allah subhanahu wa ta’ala berfirman yang ertinya, Maka solatlah untuk Rabbmu dan sembelihlah haiwan.” (Qs. Al Kautsar: 2) Syaikh Abdullah Alu Bassaam mengatakan, “Sebagian ulama ahli tafsir mengatakan; yang dimaksud dengan menyembelih haiwan adalah menyembelih haiwan qurban setelah solat Ied.” Pendapat ini dinukil dari Qatadah, Atha’ dan Ikrimah (Taisirul ‘Allaam, 534, Taudhihul Ahkaam IV/450, & Shahih Fiqih Sunnah II/366). Dalam istilah ilmu fiqih haiwan qurban biasa disebut dengan nama Al Udh-hiyah yang bentuk jamaknya Al Adhaahi (dengan huruf ha’ tipis).

Pengertian Udh-hiyah

Udh-hiyah adalah haiwan ternak yang disembelih pada hari Iedul Adha dan hari Tasyriq dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah karena datangnya hari raya tersebut (lihat Al Wajiz, 405 dan Shahih Fiqih Sunnah II/366)

Keutamaan Qurban

Menyembelih qurban termasuk amal solih yang paling utama. ‘Aisyah radhiyallahu’anha menceritakan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidaklah anak Adam melakukan suatu amalan pada hari Nahr (Iedul Adha) yang lebih dicintai oleh Allah melebihi mengalirkan darah (qurban), maka hendaknya kalian merasa senang karenanya.” (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah dan Al Hakim dengan sanad sahih, lihat Taudhihul Ahkam, IV/450)

Hadis di atas didla’ifkan oleh Syaikh Al Albani (Dla’if Ibn Majah, 671). Namun kegoncangan hadis di atas tidaklah menyebabkan hilangnya keutamaan berqurban. Banyak ulama menjelaskan bahawa menyembelih hewan qurban pada hari idul Adlha lebih utama dari pada sedekah yang senilai atau seharga dengan hewan qurban, atau bahkan lebih utama dari pada sedekah yang lebih banyak dari pada nilai haiwan qurban. Karena maksud terpenting dalam berqurban adalah mendekatkan diri kepada Allah. Bukan semata-mata nilai binatangnya. Disamping itu, menyembelih qurban lebih menampakkan syi’ar islam dan lebih sesuai dengan sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. (lihat Shahih Fiqh Sunnah 2/379 & Syarhul Mumthi’ 7/521)

Hukum Qurban

Dalam hal ini para ulama terbagi dalam dua pendapat:

Pertama: Wajib bagi orang yang berkelapangan. Ulama yang berpendapat demikian adalah Rabi’ah (guru Imam Malik), Al Auza’i, Abu Hanifah, Imam Ahmad dalam salah satu pendapatnya, Laits bin Sa’ad beserta beberapa ulama pengikut Imam Malik, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, dan Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahumullah. Syaikh Ibn Utsaimin mengatakan: “Pendapat yang menyatakan wajib itu nampak lebih kuat dari pada pendapat yang menyatakan tidak wajib. Akan tetapi hal itu hanya diwajibkan bagi yang mampu…” (lih. Syarhul Mumti’, III/408) Diantara dalilnya adalah hadits Abu Hurairah yang menyatakan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang berkelapangan (harta) namun tidak mahu berqurban maka jangan sekali-kali mendekati tempat solat kami.” (HR. Ibnu Majah 3123, Al Hakim 7672 dan dihasankan oleh Syaikh Al Albani)

Pendapat kedua menyatakan Sunnah Mu’akkadah (ditekankan). Dan ini adalah pendapat mayoritas ulama yaitu Malik, Syafi’i, Ahmad, Ibnu Hazm dan lain-lain. Ulama yang mengambil pendapat ini berdalil dengan riwayat dari Abu Mas’ud Al Anshari radhiyallahu ‘anhu. Beliau mengatakan, “Sesungguhnya aku sedang tidak berqurban. Padahal aku adalah orang yang berkelapangan. Itu kulakukan karena aku khuatir kalau tetanggaku mengira qurban itu adalah wajib bagiku.” (HR. Abdur Razzaq dan Baihaqi dengan sanad shahih). Demikian pula dikatakan oleh Abu Sarihah, “Aku melihat Abu Bakar dan Umar sementara mereka berdua tidak berqurban.” (HR. Abdur Razzaaq dan Baihaqi, sanadnya shahih) Ibnu Hazm berkata, “Tidak ada riwayat sahih dari seorang sahabatpun yang menyatakan bahwa qurban itu wajib.” (lihat Al Muhalla 5/295, dinukil dari Shahih Fiqih Sunnah II/367-368, dan Taudhihul Ahkaam, IV/454).

Dalil-dalil di atas merupakan dalil pokok yang digunakan masing-masing pendapat. Jika dijabarkan semuanya menunjukkan masing-masing pendapat sama kuat. Sebagian ulama memberikan jalan keluar dari perselisihan dengan menasihatkan: “…selayaknya bagi mereka yang mampu, tidak meninggalkan berqurban. Karena dengan berqurban akan lebih menenangkan hati dan melepaskan tanggungan, wallahu a’lam. (Tafsir Adwa’ul Bayan, 1120).

Yakinlah…! Bagi mereka yang berqurban, Allah akan segera memberikan ganti biaya qurban yang dia keluarkan. Karena setiap pagi Allah mengutus dua malaikat, yang satu berdo’a: “Yaa Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfaq.” Dan yang kedua berdo’a: “Yaa Allah, berikanlah kehancuran bagi orang yang menahan hartanya (kedekut).” (HR. Al Bukhari 1374 & Muslim 1010).

Haiwan yang Boleh Digunakan untuk Qurban

Haiwan qurban hanya boleh dari jenis Bahiimatul Al An’aam (hewan ternak). Dalilnya adalah firman Allah yang ertinya, “Dan bagi setiap umat Kami berikan tuntunan berqurban agar kalian mengingat nama Allah atas rezeki yang dilimpahkan kepada kalian berupa haiwan-haiwan ternak (bahiimatul an’aam).” (Qs. Al Hajj: 34). Dalam bahasa arab, yang dimaksud Bahiimatul Al An’aam hanya mencakup tiga binatang iaitu unta, sapi atau kambing. Oleh karena itu, berqurban hanya sah dengan tiga haiwan tersebut dan tidak boleh selain itu. Bahkan sekelompok ulama menukilkan adanya ijma’ (kesepakatan) bahawasanya qurban tidak sah kecuali dengan haiwan-haiwan tersebut (lihat Shahih Fiqih Sunnah, II/369 dan Al Wajiz 406) Syaikh Ibnu ‘Utsaimin mengatakan, “Bahkan jika seandainya ada orang yang berqurban dengan jenis haiwan lain yang lebih mahal dari pada jenis ternak tersebut maka qurbannya tidak sah. Andaikan dia lebih memilih untuk berqurban seekor kuda seharga RM1000. sedangkan seekor kambing harganya hanya RM300 maka qurbannya (dengan kuda) itu tidak sah…” (Syarhul Mumti’ III/409)

Seekor Kambing untuk Satu Keluarga

Seekor kambing cukup untuk qurban satu keluarga, dan pahalanya mencakup seluruh anggota keluarga meskipun jumlahnya banyak, baik yang masih hidup maupun yang sudah meninggal. Sebagaimana hadits Abu Ayyub radhiyallahu’anhu yang mengatakan, “Pada masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam seseorang (suami) menyembelih seekor kambing sebagai qurban bagi dirinya dan keluarganya.” (HR. Tirmidzi dan beliau menilainya shahih, lihat Minhaajul Muslim, 264 dan 266)

Oleh karena itu, tidak selayaknya seseorang mengkhususkan qurban untuk salah satu anggota keluarganya tertentu, misalnya qurban tahun ini untuk bapaknya, tahun depan untuk ibunya, tahun berikutnya untuk anak pertama, dan seterusnya. Sesungguhnya karunia dan kemurahan Allah sangat luas maka tidak perlu dibatasi.

Bahkan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berqurban untuk dirinya dan seluruh umatnya. Suatu ketika beliau hendak menyembelih kambing qurban, sebelum menyembelih beliau mengatakan: “Yaa Allah ini – qurban – dariku dan dari umatku yang tidak berqurban.” (HR. Abu Daud 2810 & Al Hakim 4/229 dan dishahihkan Syaikh Al Albani dalam Al Irwa’ 4/349). Berdasarkan hadis ini, Syaikh Ali bin Hasan Al Halaby mengatakan: “Kaum muslimin yang tidak mampu berqurban, mendapatkan pahala sebagaimana orang berqurban dari umat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.”

Adapun yang dimaksud: “…kambing hanya boleh untuk satu orang, sapi untuk tujuh orang, dan unta 10 orang…” adalah biaya pengadaannya. Biaya pengadaan kambing hanya boleh dari satu orang, biaya pengadaan sapi hanya boleh dari maksimal tujuh orang dan qurban unta hanya boleh dari maksimal 10 orang.

Namun seandainya ada orang yang hendak membantu shohibul qurban yang kekurangan biaya untuk membeli hewan, maka diperbolehkan dan tidak mempengaruhi status qurbannya. Dan status bantuan di sini adalah hadiah bagi shohibul qurban. Apakah harus izin terlebih dahulu kepada pemilik haiwan? Jawab: Tidak harus, karena dalam transaksi pemberian sedekah mahupun hadiah tidak dipersyaratkan memberitahukan kepada orang yang diberi sedekah mahupun hadiah.

Ketentuan Untuk Sapi & Onta

Seekor Sapi dijadikan qurban untuk 7 orang. Sedangkan seekor unta untuk 10 orang. Dari Ibnu Abbas radhiyallahu’anhu beliau mengatakan, “Dahulu kami penah bersafar bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu tibalah hari raya Iedul Adha maka kami pun berserikat sepuluh orang untuk qurban seekor unta. Sedangkan untuk seekor sapi kami berserikat sebanyak tujuh orang.” (Shahih Sunan Ibnu Majah 2536, Al Wajiz, hal. 406).

Dalam masalah pahala, ketentuan qurban sapi sama dengan ketentuan qurban kambing. Ertinya urunan 7 orang untuk qurban seekor sapi, pahalanya mencakup seluruh anggota keluarga dari 7 orang yang ikut berkorban.

Arisan(main kutu) untuk Qurban Kambing?

Mengadakan arisan dalam rangka berqurban masuk dalam pembahasan berhutang untuk qurban. Karena hakekat arisan adalah hutang. Sebagian ulama menganjurkan untuk berqurban meskipun harus hutang. Di antaranya adalah Imam Abu Hatim sebagaimana dikatakan oleh Sufyan Ats Tsauri dan disebutkan oleh Ibnu Katsir dalam tafsirnya (Tafsir Ibn Katsir, surat Al Hajj: 36)[1]. Demikian pula Imam Ahmad dalam masalah aqiqah. Beliau menyarankan agar orang yang tidak memiliki biaya aqiqah agar berhutang dalam rangka menghidupkan sunnah aqiqah di hari ketujuh setelah kelahiran.

Sebagian ulama lain menyarankan untuk mendahulukan pelunasan hutang dari pada berqurban. Di antaranya adalah Syaikh Ibn Utsaimin dan ulama tim fatwa islamweb.net dibawah bimbingan Dr. Abdullah Al Faqih (lih. Fatwa Syabakah Islamiyah no. 7198 & 28826). Syaikh Ibn Utsaimin mengatakan: “Jika orang punya hutang maka selayaknya mendahulukan pelunasan hutang dari pada berqurban.” (Syarhul Mumti’ 7/455). Bahkan Beliau pernah ditanya tentang hukum orang yang tidak jadi qurban karena wangnya diserahkan kepada temannya yang sedang terlilit hutang, dan beliau jawab: “Jika dihadapkan dua permasalahan antara berqurban atau melunaskan hutang orang faqir maka lebih utama melunasi hutang, lebih-lebih jika orang yang sedang terlilit hutang tersebut adalah kerabat dekat.” (lih. Majmu’ Fatawa & Risalah Ibn Utsaimin 18/144).

Namun pernyataan-pernyataan ulama di atas tidaklah saling bertentangan. Karena perbezaan ini didasari oleh perbezaan dalam memandang keadaan orang yang berhutang. Sikap ulama yang menyarankan untuk berhutang ketika qurban terkait dengan orang yang keadaanya mudah dalam melunasi hutang atau hutang yang jatuh tempohnya masih panjang. Sedangkan anjuran sebagian ulama untuk mendahulukan pelunasan hutang dari padaqurban terkait dengan orang yang kesulitan melunasi hutang atau orang yang memiliki hutang dan pemiliknya meminta agar segera dilunasi.

Dengan demikian, jika arisan qurban kita golongkan sebagai hutang yang jatuh tempohnya panjang atau hutang yang mudah dilunasi maka berqurban dengan arisan adalah satu hal yang baik. Wallahu a’lam.

Hukum Qurban Kerbau

Para ulama’ menyamakan kerbau dengan sapi dalam berbagai hukum dan keduanya dianggap sebagai satu jenis (Mausu’ah Fiqhiyah Quwaithiyah 2/2975). Ada beberapa ulama yang secara tegas membolehkan berqurban dengan kerbau. Baik dari kalangan Syafi’iyah (lih. Hasyiyah Al Bajirami) maupun dari madzhab Hanafiyah (lih. Al ‘Inayah Syarh Hidayah 14/192 dan Fathul Qodir 22/106). Mereka menganggap keduanya satu jenis.

Syaikh Ibn Al Utasimin pernah ditanya tentang hukum qurban dengan kerbau.

Isi Pertanyaan:
“Kerbau dan sapi memiliki perbezaan dalam banyak sifat sebagaimana kambing dengan domba. Namun Allah telah merinci penyebutan kambing dengan domba tetapi tidak merinci penyebutan kerbau dengan sapi, sebagaimana disebutkan dalam surat Al An’am 143. Apakah boleh berqurban dengan kerbau?”

Beliau menjawab:
“Jika kerbau termasuk (jenis) sapi maka kerbau sebagaimana sapi namun jika tidak maka (jenis haiwan) yang Allah sebut dalam al-qur’an adalah jenis haiwan yang dikenal orang arab, sedangkan kerbau tidak termasuk haiwan yang dikenal orang arab.” (Liqa’ Babil Maftuh 200/27)

Jika pernyataan Syaikh Ibn Utsaimin kita bawa pada penjelasan ulama di atas maka bisa disimpulkan bahawa qurban kerbau hukumnya sah, karena kerbau sejenis dengan sapi. Wallahu a’lam.


Berqurban Atas Nama Orang yang Sudah Meninggal?


Berqurban untuk orang yang telah meninggal dunia dapat dirinci menjadi tiga bentuk:

  • Orang yang meninggal bukan sebagai sasaran qurban utama namun statusnya mengikuti qurban keluarganya yang masih hidup. Misalnya seseorang berqurban untuk dirinya dan keluarganya sementara ada di antara keluarganya yang telah meninggal. Berqurban jenis ini dibolehkan dan pahala qurbannya meliputi dirinya dan keluarganya, termasuk yang sudah meninggal.
  • Berqurban khusus untuk orang yang telah meninggal tanpa ada wasiat dari si mati . Sebagian ulama madzhab Hambali menganggap ini sebagai satu hal yang baik dan pahalanya bisa sampai kepada si mati, sebagaimana sedekah atas nama si mati (lih. Fatwa Majlis Ulama Saudi no. 1474 & 1765). Namun sebagian ulama’ bersikap keras dan menilai perbuatan ini sebagai satu bentuk bid’ah, mengingat tidak ada tuntunan dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Tidak ada riwayat bahawasanya beliau berqurban atas nama Khadijah, Hamzah, atau kerabat beliau lainnya yang telah meninggal, mendahului beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam.
    Pendapat yang lebih kuat dalam masalah ini adalah pendapat yang menyatakan bahwa berqurban atas nama orang yang sudah meninggal secara khusus tanpa ada wasiat sebelumnya adalah tidak disyariatkan. Karena Nabi r tidak pernah melakukan hal itu. Padahal beliau sangat mencintai keluarganya yang telah meninggal seperti isteri beliau tercinta Khadijah dan bapa saudara beliau Hamzah.
  • Berqurban khusus untuk orang yang meninggal karena si mati pernah mewasiatkan agar keluarganya berqurban untuk dirinya jika dia meninggal. Berqurban untuk si mati untuk hal ini diperbolehkan jika dalam rangka menunaikan wasiat si mati. (Dinukil dari catatan kaki Syarhul Mumti’ yang diambil dari Risalah Udl-hiyah Syaikh Ibn Utsaimin 51)

Umur Haiwan Qurban

Dari Jabir bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah kalian menyembelih (qurban) kecuali musinnah. Kecuali apabila itu menyulitkan bagi kalian maka kalian boleh menyembelih domba jadza’ah.” (Muttafaq ‘alaih)

Musinnah adalah haiwan ternak yang sudah dewasa, diambil dari kata sinnun yang ertinya gigi. Haiwan tersebut dinamakan musinnah karena haiwan tersebut sudah ganti gigi . Adapun rincian usia haiwan musinnah adalah:

No. Hewan Usia minimal
1. Unta 5 tahun
2. Sapi 2 tahun
3. Kambing
1 tahun
4. Domba 6 bulan (domba Jadza’ah)

(lihat Syarhul Mumti’, III/410, Taudhihul Ahkaam, IV/461)

Apakah yang menjadi acuan usianya ataukah ganti giginya?

Yang menjadi acuan hewan tersebut boleh digolongkan musinnah adalah usianya. Karena penamaan musinnah untuk haiwan yang sudah genap usia qurban adalah penamaan dengan umumnya kasus yang terjadi. Ertinya, umumnya kambing yang sudah berusia 1 tahun atau sapi 2 tahun itu sudah ganti gigi. Disamping itu, ketika para ulama menjelaskan batasan haiwan musinnah dan haiwan jadza’ah, mereka menjelaskannya dengan batasan usia. Dengan demikian, andaikan ada sapi yang sudah berusia 2 tahun namun belum ganti gigi, boleh digunakan untuk berqurban. Allahu a’lam.

Berqurban dengan domba jadza’ah itu dibolehkan secara mutlak ataukah bersyarat

Ulama berselisih pendapat dalam masalah ini. An Nawawi menyebutkan ada beberapa pendapat:

Pertama, boleh berqurban dengan haiwan jadza’ah dengan syarat kesulitan untuk berqurban dengan musinnah. Pendapat ini diriwayatkan dari Ibn Umar dan Az Zuhri. Mereka berdalil dengan makna dlahir hadis di atas.

Kedua, dibolehkan berqurban dengan domba jadza’ah (usia 6 bulan) secara mutlak. Meskipun shohibul qurban memungkinkan untuk berqurban dengan musinnah (usia 1 tahun). Pendapat ini dipilih oleh mayoritas ulama. Sedangkan hadis Jabir di atas dimaknai dengan makna anjuran. Sebagaimana dianjurkannya untuk memilih haiwan terbaik ketika qurban.

InsyaaAllah pendapat kedua inilah yang lebih kuat. Karena pada hadis Jabir di atas tidak ada keterangan terlarangnya berqurban dengan domba jadza’ah dan tidak ada keterangan bahwa berqurban dengan jadza’ah hukumnya tidak sah. Oleh karena itu, Jumhur ulama memaknai hadis di atas sebagai anjuran dan bukan kewajiban. Allahu a’lam. (Syarh Shahih Muslim An Nawawi 6/456)

Cacat Hewan Qurban

Cacat hewan qurban dibagi menjadi 3:

a. Cacat yang menyebabkan tidak sah untuk berqurban, ada 4 [2]:

- Buta sebelah dan jelas sekali kebutaannya
Jika butanya belum jelas – orang yang melihatnya menilai belum buta – meskipun pada hakikatnya kambing tersebut satu matanya tidak berfungsi maka boleh diqurbankan. Demikian pula haiwan yang rabun senja. Ulama’ madzhab syafi’iyah menegaskan haiwan yang rabun boleh digunakan untuk qurban karena bukan termasuk hewan yang buta sebelah matanya.

- Sakit dan jelas sekali sakitnya. Tetapi jika sakitnya belum jelas, misalnya, haiwan tersebut kelihatannya masih sehat maka boleh diqurbankan.

- Tempang dan tampak jelas tempangnya
Ertinya tempang dan tidak mampu berjalan normal. Akan tetapi jika baru kelihatan tempang namun bisa berjalan dengan baik maka boleh dijadikan haiwan qurban.

- Sangat tua sampai-sampai tidak mempunyai sumsum tulang
Dan jika ada haiwan yang cacatnya lebih parah dari 4 jenis cacat di atas maka tidak boleh untuk digunakan berqurban. (lih. Shahih Fiqih Sunnah, II/373 & Syarhul Mumti’ 3/294).

b. Cacat yang menyebabkan makruh untuk berqurban, ada 2 [3]:

- Sebagian atau keseluruhan telinganya terpotong
- Tanduknya pecah atau patah

(lihat Shahih Fiqih Sunnah, II/373)

c. Cacat yang tidak berpengaruh pada haiwan qurban (boleh dijadikan untuk qurban) namun kurang sempurna.

Selain 6 jenis cacat di atas atau cacat yang tidak lebih parah dari itu maka tidak berpengaruh pada status haiwan qurban. Misalnya tidak bergigi, tidak berekor, bunting, atau tidak berhidung. Wallahu a’lam (lihat Shahih Fiqih Sunnah, II/373)

Footnotes:

[1] Sufyan At Tsauri rahimahullah mengatakan: “Dulu Abu Hatim pernah berhutang untuk membeli unta qurban. Beliau ditanya: “Kamu berhutang untuk beli unta qurban?” beliau jawab: “Saya mendengar Allah berfirman: لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ (kamu memperoleh kebaikan yang banyak pada unta-unta qurban tersebut) (Qs. Al Hajj: 36). (lih. Tafsir Ibn Katsir, surat Al Hajj: 36)

[2] Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya tentang cacat haiwan apa yang harus dihindari ketika berqurban. Beliau menjawab: “Ada empat cacat…dan beliau berisyarat dengan tangannya.” (HR. Ahmad 4/300 & Abu Daud 2802, dinyatakan Hasan-Shahih oleh Turmudzi). Sebagian ulama menjelaskan bahwa isyarat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan tangannya ketika menyebutkan empat cacat tersebut menunjukkan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membatasi jenis cacat yang terlarang. Sehingga yang bukan termasuk empat jenis cacat sebagaimana dalam hadis boleh digunakan sebagai qurban. (Syarhul Mumthi’ 7/464)

[3] Terdapat hadis yang menyatakan larangan berqurban dengan haiwan yang memilki dua cacat, telinga terpotong atau tanduk pecah. Namun hadisnya dho’if, sehingga sebagian ulama menggolongkan cacat jenis kedua ini hanya menyebabkan makruh dipakai untuk qurban. (Syarhul Mumthi’ 7/470)

***

Penulis: Ammi Nur Baits
Artikel www.muslim.or.id

Monday, November 16, 2009

Hassan Al-Banna : Sebagai Suami dan Ayah

Semasa Kecil

Hassan al-Banna lahir dalam keluarga yang sederhana. Dia menerima didikan agama daripada bapanya, seorang lulusan Universiti Al-Azhar. Bapanya memainkan peranan besar dalam membentuk peribadi anak-anaknya. Mereka membudayakan ilmu dan ibadah dalam keluarga. Keluarganya mempunyai sebuah perpustakaan yang besar dan juga kerap mengadakan perbincangan dan kelas ilmu di rumah.

Beliau telah menghafal al-Quran semenjak umurnya 12 tahun. Umur yang kebanyakan anak-anak zaman sekarang hanyut dengan permainan video.
Inilah warisan seorang ayah. Ilmu yang diturunkan kepada anaknya melahirkan individu yang cemerlang.

Isteri dan Ibu untuk Anak-anaknya

Wahai Ummu Wafa, Istana Kita menanti di Syurga

Tidak sukar untuk mendidik jiwa yang sedia menerima. Imam Hassan al-Banna memilih Ummu Wafa sebagai isterinya dengan mengambil kira sikap bakal isterinya yang komited dengan Islam. Keluarganya sederhana tetapi dermawan dan baik hati.
Setelah pernikahan, dialah isteri yang setia menemani suaminya dan bersifat cukup dengan apa yang ada. Sehingga perabut di rumahnya terpaksa diambil hampir kesemuanya untuk kegunaan dakwah juga dia tidak berasa gundah. Peribadi mulia seorang isteri ini secara tak langsung menambahkan semangat juang suaminya. Bersama, ketika susah dan senang, sehinggalah ajal menjemput suaminya 12 Februari 1949.

Permata Hati Ayah

Aku ingin menyampaikan dakwah ini sampai kepada janin di perut ibunya

Wafa, Ahmad Saiful Islam, Dr Tsana, Ir Roja dan Dr Istisyhad, lima orang puteri, seorang putera menjadi hiasan hidupnya… Walaupun beliau syahid dan meninggalkan anak-anaknya ketika umur anak sulungnya 17 tahun dan yang bongsu masih dalam kandungan ibunya, tetapi didikan itu meresap dan menjadikan anak-anaknya insan yang berjaya.

Amalan Hassan Al-Banna dalam Mendidik Keluarga

Siapa lagi yang lebih layak menilai seorang lelaki sebagai bapa, jika bukan anak…

  1. Makan bersama, jadi keutamaan
    Walaupun sangat sibuk, beliau tetap berusaha untuk makan bersama keluarga.
    Tsana: “Beliau sangat mengerti apa yang dikatakan Rasulullah, “Sesungguhnya badanmu mempunyai hak, keluargamu juga punya hak...”
  2. Tidak Ada Suara Keras di Rumah Kami
    Tsana: “… kami tidak melihatnya seperti kebanyakan orang yang kerap berteriak atau bersuara keras di dalam rumah, akibat dari tekanan mental dan fizikalnya setelah penat bekerja”.
  3. Mahu Tahu Masa Kecilku? Rujuk Fail Ayah
    Tsana: “Ayah- semoga Allah merahmatinya- menyediakan masing-masing kami satu map khusus, yang digunakan untuk menghimpun semua hal yang khusus tentang kami untuk perbaikan atau kemajuan di sekolah, bahkan termasuk masalah makan. Ya, tentang masalah makan dan ubat-ubatan yang kami minum sejak kami lahir, juga tentang sakit yang pernah kami derita sejak kami lahir… “
  4. Sangat Lembut Terhadap Anak-anak Hasilnya, Kami Menuruti Tanpa Harus Diperintah
    Saiful Islam: “Ayah-semoga Allah merahmatinya- sangat lembut perasaannya. Beliau sangat memelihara perasaan anak-anak dengan begitu berhati-hati. Beliau mempunyai kemampuan yang menjadikan kami menurut tanpa memerlukan perintah untuk mentaatinya. Kami menganggap beliau mempunyai wibawa yang sedemikian besar yang menjadikan kami senang mengikuti keinginannya dan tidak mahu melawannya.”
  5. Mengajar Berinfaq
    Hassan al Banna tidak melupakan tentang pentingnya mendidik anak untuk menginfaqkan wangnya ke jalan Allah, seterusnya memberi manfaat kepada orang lain.
    Saiful Islam: “Ayah memberi kami sepuluh ma’adin untuk kami infaqkan seluruhnya setiap hari Jumaat setelah solat jumaat. Ayah tak pernah lupa dengan kebiasaan ini. Demikianlah aku jadi mengerti setelah itu, bahawa ternyata ayah mengirim salah seorang ikhwan untuk mengintip aku bagaimana aku menginfaqkan seluruh wang pemberiannya itu, sehingga ayah merasa tenang dengan penggunaan wang yang diamanahkan kepada aku.”
  6. Menasihati Tidak Secara Langsung
    Tsana: “Aku ingat ketika saudaraku Saiful Islam yang sangat suka membaca cerita komik. Ketika itu ayah tidak mengatakan kepadanya, agar buku itu tidak dibaca. Tapi ayah pergi dan memberinya kisah-kisah kemuliaan Islam seperti kisah Antarah bin Syadad, Shalahuddin Al Ayyubi dan lainnya. Sehinggalah akhirnya Saiful Islam meninggalkan sendiri buku Arsin Lobin dan lebih banyak membaca buku dari ayah. Ayah suka mengarahkan kami dengan tidak secara langsung agar apa yang kami lakukan itu tumbuh dari diri sendiri, bukan dari perintah ataupun tekanan siapapun.”
  7. Berinteraksi Secara Wajar Dengan Masyarakat
    Tsana: “Ayah membiarkan kami ikut pembelajaran di sekolah. Ayah juga mengizinkan kami berinteraksi secara wajar dengan jiran dan masyarakat. Dalam masa itu, jiran masing-masing saling mengenal. Ayah juga tidak melarang kami bermain dengan teman-teman kami di waktu tertentu, juga untuk hadir dalam berbagai pertemuan di pejabat Ikhwan. Mereka menyediakan meja untuk kami.”
  8. Tidak membeza-bezakan layanan antara anak
    Tsana: “Tidak ada perbezaan sikap ayah tehadap anak laki-laki mahupun perempuan. Bahan dalam pemberian hukuman tidak ada perbezaan. Tetap ada keseimbangan dan keadilan dalam pendidikannya.”
    Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah SAW
    “Persamakanlah anak-anak kalian dalam pemberian. Andai aku boleh memilih pengutamaan, nescaya aku lebih memilih mengutamakan perempuan.” (HR Thabrani dalam Kabiir dari Ibnu Abbas ra)
  9. Rak-Rak Buku Yang Menjadi Saksi
    Hasan Al Banna sangat mengambil berat pendidikan anak-anaknya. Itu tercermin dalam hal berikut:
    a. Setiap anak punya ruangan sendiri berisi buku mereka dalam perpustakaan keluarga.
    b. Memberi wang bulanan untuk anak-anaknya membeli buku yang mereka minati.
  10. Keterlibatan Yang Bijaksana Mengenai Sekolah
    Tsana: “Aku ingat sebuah peristiwa yang terjadi antara aku dengan saudaraku Wafa. Ketika ia mulai memakai jilbab di sekolah, seorang guru sekolah yang mengajarkan pelajaran etika keperempuanan menyampaikan bahwa pakaian muslimah menurutnya tidak sejalan dengan peraturan sekolah... Ketika itulah, Hasan Al Banna segera menghubungi guru tersebut melalui telefon. Al Banna meyakinkan guru dengan kewajiban menutup aurat dan memakai jilbab. Hasilnya positif...”
  11. Ayah Memberi Kami Hukuman
    Tsana: “Jarang sekali ayah menghukum kami. Kecuali bila ada sesuatu yang memang dianggap kesalahan berat atau terkait dengan pelanggaran perintahnya yang sebelumnya sudah diingatkan kepada kami. Jika kami bersalah dalam masalah ini, tentu saja kami mendapatkan hukuman, sebagaimana metode punishment and reward dalam pendidikan. Tapi itu jarang terjadi. Aku dua kali mendapat hukuman dari ayah. Kali pertama ketika aku keluar tanpa memakai sandal, dan kedua ketika aku memukul pembantu di rumah... “
    “…Suatu ketika aku duduk di atas tangga itu dan melihat ayah datang dari kejauhan. Aku segera bangun dan menghampirinya tanpa menggunakan sandal. Padahal ayah sudah menyiapkan sandal untuk bermain dan sepatu untuk ke sekolah. Aku pergi begitu saja, lupa memakai sandal. Ketika itu ayah hanya melihatku sebentar saja, hanya sepintas. Dan saat itu pula aku sadar bahwa aku pasti akan mendapatkan hukuman. Aku segera kembali ke rumah.
    “Setelah para ikhwan pulang, ayah masuk ke ruang makan dan memanggilku. Aku datang dengan langkah lambat karena takut. Ayah berkata, “Duduklah di atas kerusi, dan angkat dua kakimu.” Ayah lalu memukul kakiku dengan pembaris pendek. Setiap belah kaki dipukul sepuluh kali. Tapi terus terang aku sebenarnya ingin tertawa, karena pukulannya pelan sekali sampai aku tidak merasakannya. Ayah hanya ingin membuat aku mengerti bahwa aku telah melakukan kesalahan.”
  12. Ayah dan Ibu Kami, Pasangan Romantis dan Harmonis
    Tsana: “Pernah suatu hari ayah pulang agak malam dan ibuku sedang tidur. Ketika itulah saya melihat penerapan firman Allah SWT, “Dan (Dia) menjadikan di antara kalian rasa kasih dan sayang”. Ketika itu ayah tidak membangunkan ibu sama sekali, ayah menyiapkan sendiri makanannya dan seluruh keperluannya untuk menjamu tetamu yang datang. Ayah kulihat masuk ke dapur dan mempersiapkan makan malam sendiri. Ayah tahu letak semua rencah dan perabutan di dapur. Secara pantas, ayah menyiapkan makanan, kuih dan minuman untuk para Ikhwan. Ayah juga menyediakan roti dan menyusun meja makan sampai kemudian mereka makan malam bersama.”

Petikan dari buku
Cinta di Rumah Hassan al-Banna
Mohammad Lili Nur Aulia
Alam Raya Enterprise

ratuhati.com

Tuesday, November 3, 2009

BOIKOT ISRAEL : Antara Kepentingan Peribadi & Kepentingan Ummah ?



Salam ukhwah untuk semua. Boikot Israel adalah isu lapuk yang yang tidak akan habis dibicarakan dan diperjuangkan oleh mereka yang mengaku bahawa mereka adalah muslim yang cintakan Islam, cintakan Allah, Rasul, Masjidil Aqsa dan seluruh umat Islam terutama yang berada di bumi Palestina khususnya.

Dalam memperjaungkan BOIKOT ISRAEL, yang mana yang patut kita menangkan : KEPENTINGAN PERIBADI atau KEPENTINGAN UMMAH ?

KEPENTINGAN PERIBADI :
1. Harga Produk Boikot lebih murah berbanding barangan alternatif terutama bagi penggila TESCO.
2. Produk Boikot adalah barangan yang berjenama dan sering keluar dalam iklan tv.
3. Produk Boikot senang didapati di mana - mana pasaraya atau kedai runcit di seluruh negara.
4. Produk Boikot adalah barangan keperluan yang telah menjadi darah daging kita sejak dari kecil seperti MILO, NESTLE, UNZA, UNILIVER, J&J, COCA-COLA DSB.

Yang pasti bagi kita, penderitaan di Palestine jauh dari penglihatan, pendengaran dan pengetahuan kita. Yang mati itu bukannya anak atau saudara mara kita, yang dirobohkan itu bukannya rumah - rumah kita. Lalu sekadar lisan yang menggungkapkan simpati sedangkan kita enggan untuk turut membantu dengan menghalang kekejaman yang menimpa mereka kerena nasib malang itu bukan menimpa kita tapi mereka.

KEPENTINGAN KITA & UMMAH :
1. Dengan memboikot Produk Boikot, kita menyekat bantuan kewangan ISRAEL untuk memusnahkan umat Islam di bumi Palestina khasnya. Ada pahala dalam jihad ini untuk kita.
2. Barangan Muslim lebih terjamin kualiti barangan dan kehalalannya. Barangan yang baik dan halal baik untuk pertumbuhan fizikal dan pembantukan peribadi mukmin yang sejati.
3. Dengan memperjuangkan barangan muslim, ia dapat membantu perkembangan ekonomi umat Islam itu sendiri untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi.
4. Barangsiapa yang membantu orang muslim yang berada dalam kesusahan, maka Allah akan membantu setiap kesulitannya.

-> tepuk dada, tanyalah iman .

Wednesday, October 14, 2009

Bilakah Pendidikan Anak Bermula?

Ada satu soalan menarik, “Bilakah sepatutnya kita mula mendidik anak? adakah selepas 5-6 tahun? atau 2 tahun? atau ketika mengandung lagi?”

Sebenarnya, anak di dalam kandungan sudah mula mendengar, berfikir, merasa dan sebagainya. Di antara perkara yang sangat mempengaruhi anak adalah emosi. Anak di dalam kandungan sangat peka terhadap emosi ibunya, jadi ketika mengandung kita perlu menjaga emosi. Kajian mendapati seorang ibu yang selalu murung ketika mengandung akan melahirkan anak yang juga tidak stabil emosinya, berbanding bayi yang dilahirkan oleh ibu yang selalu ceria ketika mengandung.

Makanan ketika mengandung juga perlu diperhatikan, kajian mendapati di antara makanan yang baik dimakan ketika mengandung adalah badam, gajus dan kacang-kacang lainnya. Selain itu, ibu mengandung juga digalakkan makan ikan yang dimasak tanpa kepala dan minum susu kacang soya.

Lebih detail lagi boleh lihat dalam artikel mengapa yahudi bijak?

Cuma nak ditekankan disini bahawa orang yahudi yang cuma bilangannya di dunia dalam 15 juta boleh mengusai dunia berbanding 1.6billion ummat islam di saluruh dunia? mereka bersungguh-sungguh dalam mendidik anak mereka. Education is the first bussines!

Pernah kira tak berapa banyak duit yang kita sanggup keluarkan untuk menyekolahkan anak kita seumur hidupnya nanti? bagaimana kalau saya katakan bahawa kalau anda mengeluarkan duit itu lebih awal sedikit, lalu belanjakan ia untuk mendidik anak anda sejak kecil lagi, faedahnya jauh lebih besar dari menghabiskan beratus ribu ringgit mengahantar dia ke universiti?

Otak seorang bayi apabila dia baru lahir sudah mencapai 50% perkembangannya, mencapai 80% pada usia 2 tahun dan 90% pada usia 5 tahun. Seorang bayi adalah sangat-sangat genius kerana perkembangan otak mereka yang sangat pesat, mampu menyerap begitu banyak ilmu dan berkembang menjadi pemikiran yang tajam akan mula terhenti apabila usianya mencecah 5 tahun.

Pakar pendidikan awal kanak-kanak barat menyatakan “sekiranya anak anda sudah berusia 2 tahun tetapi anda masih belum lagi mula mendidik mereka secara serius, lupakanlah dia dan dapatkan anak yang baru!”. 10 minit mendidik anak pada ketika usia di bawah 2 tahun lebih bermanfaat dari 10 bulan yang dihabiskan untuk mendidik anak selepas usia mereka 8 tahun.

Kajian juga mendapati bahawa keperibadian anak akan mula terbentuk setelah usia mereka 8 tahun. Pada ketika ini, sudah amat sukar untuk merubah keperibadian mereka lagi.

http://anakkusayang.com/

Monday, October 12, 2009

Tanda - tanda Persediaan Untuk Anak Ke Tandas

Tanda-tanda anak anda sudah bersedia untuk latihan ke tandas (untuk mencuba, tidak semestinya anak anda ada kesemua tanda-tanda berikut)

Skil Bahasa

  1. Mampu mengikut arahan (cth: “Tanggal seluar, pergi ke tandas.”).
  2. Bercakap dua patah perkataan (cth:"babai yak", “jom yak”).

Skil Kognitif

  1. Meniru perbuatan orang dewasa (cth: menyapu lantai)
  2. Memahami sebab dan akibat (cth: kalau kencing, seluar basah)

{mosimage}Skil Emosi

  1. Suka mendapat pujian dengan mengikut arahan anda
  2. Menunjukkan bantahan, tidak patuh kepada arahan anda
  3. Cuba untuk berdikari dalam aktiviti seharian (cth : berkeras untuk makan sendiri, cuba menanggalkan seluar sendiri)
  4. Bangga dengan kepunyaan sendiri (“adik punya” dan “yak adik”)
  5. Suka mengikut dan melihat anda atau kakak/abangnya ke tandas.

Skil Motor

  1. Boleh berjalan dengan baik
  2. Boleh menanggalkan seluar sendiri
  3. Boleh berdiri tegak 5 minit tanpa bantuan
  4. Boleh menahan kencing dan berak (lampin akan kering lebih 2 jam tetapi bila basah, basah dengan banyak sekali)
  5. Buang air besar pada masa yang sama hampir setiap hari

Penjagaan Badan

  1. Tidak selesa dengan lampin yang basah atau bernajis
  2. Tidak mahu memakai lampin dan suka menanggalkannya
  3. Meminta untuk menggunakan kerusi ‘potty’
  4. Menunjukkan ekspresi muka, badan, perbuatan atau percakapan jika mahu buang air. (cth: akan pergi ke satu sudut tertentu di rumah)

Melatih anak ke TANDAS ?

Melatih anak ke tandas untuk membuang air kecil atau besar merupakan satu fasa yang cukup mencabar kepada anak dan ibu bapa serta memakan masa yang agak panjang.

Kemahiran mengawal pundi kencing dan usus besar berbeza antara satu kanak-kanak dengan yang lain. Kanak-kanak perempuan juga biasanya didapati dapat mengawal pundi kencing dan usus besar lebih awal daripada kanak-kanak lelaki.

Menurut pakar, kanak-kanak biasanya mula dapat mengawal pundi kencing apabila berumur sekitar 15 ke 18 bulan. Pengawalan usus besar biasanya berlaku lebih awal daripada pengawalan pundi kencing. Anak juga lebih mudah memberitahu hendak membuang air besar daripada membuang air kecil.

Kesediaan anak untuk tugasan ini bergantung kepada perkembangan otak, saraf dan otot-ototnya. Cuba melatih anak yang belum bersedia akan memberi tekanan kepada anak dan ibu bapa. Tekanan mungkin melambatkan perkembangan ini. Ibu bapa harus melalui fasa ini dengan tenang dan realistik.

Saya biasanya melatih anak ke tandas sekitar usia anak 20 bulan ke 2 tahun apabila anak mula menunjukkan bahawa mereka tidak suka memakai lampin dan cuba membukanya sendiri. Pada usia ini anak juga dapat menahan kencing lebih lama.

Kanak-kanak 2 ½ tahun boleh menahan kencing selama 4 hingga 5 jam dan makin bertambah bila umurnya bertambah. Mereka biasanya lebih yakin dan tidak mahu memakai lampin di siang hari.

Buat permulaan ibu bapa perlu bertanya anak dari masa ke semasa sama ada mereka hendak buang air. Elakkan daripada mendesak. Kita mungkin perlu menemani anak ke tandas. Buat permulaan kita juga perlu sentiasa membasuh mereka dengan betul kerana mereka belum faham konsep istinjak.

Pastikan juga anak di ajar membasuh tangan dengan betul sebelum keluar dari tandas. Keadaan bertambah mencabar apabila anak ingin melakukan sendiri. Bimbing anak dengan sabar dan libatkan abang dan kakak mereka supaya kita dapat menjaga kesucian rumah. Sediakan tuala berhampiran tandas untuk anak mengelap badan. Mereka mudah tergelincir jika berjalan dalam keadaan badan yang basah

Berilah pujian setiap kali anak dapat buang air kecil atau besar di dalam tandas. Nyatakan bahawa dia telah melakukan sesuatu yang baik dan tunjukkan kegembiraan anda.

Sekiranya anak membuang air besar atau kecil di dalam seluar, bawa ke bilik air , tukarkan pakaiannya tanpa memarahi dan membuat kecoh mengenainya. Memarahi dan menghukum anak lebih memudaratkan kerana mereka mungkin tidak mahu langsung bimbingan dari kedua orang tuanya.

Pada peringkat ini, sebaiknya pakaikan mereka seluar yang mudah dibuka iaitu seluar bergetah sahaja tanpa butang dan zip. Rumah juga lebih baik tidak dihampar dengan tikar dan karpet setiap masa supaya najis dapat dibersihkan dengan mudah.

Ada juga kanak-kanak yang takut untuk menggunakan tandas kerana lubangnya yang besar. Mereka juga takut terjatuh ke dalamnya. Biasanya saya membenarkan anak membuang air kecil di lantai dalam tandas dan buang air besar di dalam bekas najis di dalam tandas. Saya dapati mereka juga takut untuk ke tandas di rumah orang lain dan apabila hari hujan lebat.

Berkongsi pengalaman peribadi, anak kedua saya mula bersedia untuk tidak memakai lampin pada bulan November iaitu bermulanya musim tengkujuh. Ini lebih menyukarkan kerana dia lebih kerap kencing kerana cuaca yang sejuk. Tambahan pula dia anak yang lasak dan sukar untuk memujuknya ke tandas. Saya kemudian memutuskan untuk mula melatihnya selepas musim tengkujuh.

Anak yang menyusu badan sehingga dua tahun juga lebih mudah untuk dilatih. Mereka kurang membuang air besar dan kecil berbanding susu botol kerana susu badan lebih mudah hadam.

Kita juga perlu lebih berwaspada kerana pada peringkat ini kanak-kanak bermain dengan air kencing dan najis adalah satu perkara biasa. Ini bukan bermakna mereka degil atau pengotor. Kanak-kanak terpesona dengan apa yang keluar daripada tubuh mereka.

Bermain dengan air kencing juga sering beraku kerana sememangnya kanak-kanak suka bermain air pada peringkat ini. Semua anak-anak saya pernah melakukan perkara ini.

Pada suatu ketika tanpa disedari seorang daripada anak saya bersembunyi di dalam bilik dan membuang air besar di dalam seluar. Kemudian dia menconteng dinding dengan najisnya seperti membuat aktiviti kreatif. Bayangkan bagaimana sukarnya untuk saya menahan perasaan marah dan mencuci kotoran yang dilakukan di dinding. Alhamdulillah ia hanya berlaku sekali sahaja. Saya dapat rasakan bahawa anak tahu perasaan marah melalui memek muka walau bagaimana saya cuba menyoroknya.

Ada juga anak yang cuba merasa air kencing dan memakan najisnya sendiri. Ini juga kerana naluri ingin tahu dan mencuba mereka yang sangat tinggi. Biasanya mereka tidak akan mengulangi tindakan ini kerana tidak suka dengan rasanya.

Di kampung saya dahulu, ada satu kepercayaan berkaitan perkara ini. Anak yang memakan najisnya sendiri dipercayai akan mengalami kerencatan otak. Jadi apabila ada anak yang memakan najis sendiri, emaknya akan pergi ke rumah-rumah jiran meminta beras untuk di buat bubur dan diagih-agihkan semula sebagai cara untuk mendoakan supaya perkara ini tidak terjadi.

Walaupun anak sudah pandai ketandas, kebanyakan kanak-kanak belum boleh meninggalkan kencing malam sehingga usia 3 tahun. Ada yang lebih lambat sehingga 4 dan 5 tahun.

Apa yang boleh membantu adalah memastikan mereka tidak minum air terlalu banyak dan kencing dahulu sebelum tidur. Pasangan lampu malam supaya memudahkan anak ke tandas apabila perlu. Pada peringkat ini saya sentiasa memasang lampu tandas pada waktu malam supaya anak tidak takut untuk ke tandas.

Kita juga boleh menggunakan lapik getah di bawah cadar. Juga elakkan membuat kecoh apabila anak kencing malam sekali sekala sebaliknya berikan bimbingan dan keyakinan kepada mereka.

Biasanya anak akan mempunyai keyakinan dan harga diri yang lebih tinggi apabila sudah pandai ke tandas. Kesediaan setiap kanak-kanak adalah berbeza dan pakar juga berpendapat tabiat ini juga mungkin diwarisi daripada ibu atau ayah.

Apa pun kadang-kadang masalah anak terkencing dalam seluar dan membasahkan tilam pada waktu malam berulang semula. Ini biasanya berpunca daripada kebimbangan anak seperti bertukar pengasuh, mula ke taska atau tadika dan pergaduhan ibu bapa. Rujuklah kepada pakar sekiranya masalah berlarutan atau anak menunjukkan perkembangan yang tidak normal dalam perkembangan ini.

Melatih anak ke tandas memerlukan kesabaran yang tinggi. Di taska kami sentiasa peka kepada perkembangan ini dan banyak membantu. Biasanya lebih mudah melatih kanak-kanak di taska kerana suasana yang lebih kondusif. Biasanya pengasuh akan memperingatkan semua kanak-kanak dari masa ke semasa. Mereka juga seronok berlatih ke tandas bersama kanak-kanak lain.

Apa pun anak perlu dilatih untuk ke tandas. Dalam proses memperolehi kemahiran ini anak akan melakukan banyak kesilapan dan sikap ibu bapa banyak mempengaruhi kejayaan mereka. Ibu bapa yang terlalu mengongkong dan mengharapkan kesempurnaan biasanya akan melambatkan proses ini.

http://praskgumisi.blogspot.com/

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com