Wednesday, October 14, 2009

Bilakah Pendidikan Anak Bermula?

Ada satu soalan menarik, “Bilakah sepatutnya kita mula mendidik anak? adakah selepas 5-6 tahun? atau 2 tahun? atau ketika mengandung lagi?”

Sebenarnya, anak di dalam kandungan sudah mula mendengar, berfikir, merasa dan sebagainya. Di antara perkara yang sangat mempengaruhi anak adalah emosi. Anak di dalam kandungan sangat peka terhadap emosi ibunya, jadi ketika mengandung kita perlu menjaga emosi. Kajian mendapati seorang ibu yang selalu murung ketika mengandung akan melahirkan anak yang juga tidak stabil emosinya, berbanding bayi yang dilahirkan oleh ibu yang selalu ceria ketika mengandung.

Makanan ketika mengandung juga perlu diperhatikan, kajian mendapati di antara makanan yang baik dimakan ketika mengandung adalah badam, gajus dan kacang-kacang lainnya. Selain itu, ibu mengandung juga digalakkan makan ikan yang dimasak tanpa kepala dan minum susu kacang soya.

Lebih detail lagi boleh lihat dalam artikel mengapa yahudi bijak?

Cuma nak ditekankan disini bahawa orang yahudi yang cuma bilangannya di dunia dalam 15 juta boleh mengusai dunia berbanding 1.6billion ummat islam di saluruh dunia? mereka bersungguh-sungguh dalam mendidik anak mereka. Education is the first bussines!

Pernah kira tak berapa banyak duit yang kita sanggup keluarkan untuk menyekolahkan anak kita seumur hidupnya nanti? bagaimana kalau saya katakan bahawa kalau anda mengeluarkan duit itu lebih awal sedikit, lalu belanjakan ia untuk mendidik anak anda sejak kecil lagi, faedahnya jauh lebih besar dari menghabiskan beratus ribu ringgit mengahantar dia ke universiti?

Otak seorang bayi apabila dia baru lahir sudah mencapai 50% perkembangannya, mencapai 80% pada usia 2 tahun dan 90% pada usia 5 tahun. Seorang bayi adalah sangat-sangat genius kerana perkembangan otak mereka yang sangat pesat, mampu menyerap begitu banyak ilmu dan berkembang menjadi pemikiran yang tajam akan mula terhenti apabila usianya mencecah 5 tahun.

Pakar pendidikan awal kanak-kanak barat menyatakan “sekiranya anak anda sudah berusia 2 tahun tetapi anda masih belum lagi mula mendidik mereka secara serius, lupakanlah dia dan dapatkan anak yang baru!”. 10 minit mendidik anak pada ketika usia di bawah 2 tahun lebih bermanfaat dari 10 bulan yang dihabiskan untuk mendidik anak selepas usia mereka 8 tahun.

Kajian juga mendapati bahawa keperibadian anak akan mula terbentuk setelah usia mereka 8 tahun. Pada ketika ini, sudah amat sukar untuk merubah keperibadian mereka lagi.

http://anakkusayang.com/

No comments:

Post a Comment

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com