Hari ini, saya ingin berkongsi pengalaman dengan pembaca tentang apa yang saya alami di sebuah universiti di Borneo yang tentunya amat berbeza bagi saya yang melanjutkan pengajian di semenanjung.
Pertama kali melihat wajah - wajah penuntut di sini, saya keliru untuk menentukan mereka adalah seorang muslim atau tidak jika mereka tidak bertudung. Betapa dengan nilai sehelai tudung itu mampu menjadi pembeza antara seorang muslim dan kafir. Suasana ini mungkin kurang terasa di semenanjung, tapi di Borneo ianya sangat jelas terasa pentingnya terutama bagi mereka yang baru berkunjung ke sini.
Selain terpaksa tinggal sebilik dengan non-muslim, pelajar muslim juga perlu mempunyai pegangan agama yang kukuh kerena rata-rata non-muslim di sini petah berbicara berkaitan agama mereka terutama kristian. Saya sempat bersoal jawab dengan seorang non-muslim berkaitan konsep triniti, dosa, pahala dan sangat mencemaskan apabila diajukan dengan satu soalan yang saya sendiri agak kelu untuk menjawabnya.
"Jika Muhammad itu telah dijanjikan masuk ke syurga, kenapa perlu untuk mendoakan kesejahteraannya setiap kali selepas azan? "
Soalan itu berjaya membuat saya terdiam seketika. Kenapa ya ?
"O... tentu sekali Muhammad itu telah dijanjikan Allah dengan syurga-Nya. Doa kami bukanlah syarat untuk memastikan dia masuk syurga atau tidak tapi sebagai tanda cinta kami kepadanya. Siapa yang mendoakan kebaikan kepada orang lain, maka dia juga akan mendapat apa yang didoakannya itu," jawabku walaupun mungkin belum dapat memuaskan hatinya.
Jika seorang penganut kristian mampu untuk mendalami dan menjelaskan kepercayaannya dengan begitu baik sekali kenapa pula kita yang mengaku beriman kepada Allah tidak mampu menerangkan perihal agama kita dengan sebaiknya.
Agama Islam bukan sekadar perlu didalami oleh mereka yang bergelar ustaz, ustazah ,imam, bilal, mufti dan lainnya tapi oleh setiap individu muslim yang yakin bahawa Islam adalah agama mereka. Dengan mempelajari Islam, kita akan lebih mencintai-Nya, mentaati-Nya bahkan sanggup untuk mati di jalan-Nya. Kerana kita semua bercita-cita untuk memasuki syurga-Nya tapi sayang belum sanggup untuk membayar maharnya.

No comments:
Post a Comment