Sempena 1 Jan 2012 ini, saya inngin kongsikan satu kisah bersama pembaca. Khas untuk mereka yang mempunyai impian tapi belum tertunai walau tahun berganti tahun. Ceritanya bermula begini. Saya adalah anak ketiga waktu itu dalam keluarga. Anak yang pertama dan kedua adalah lelaki, jadi kawan masa kanak-kanak saya adalah lelaki (kawan-kawan abang). Kami belajar berbasikal bersama-sama. Kami guna basikal kecil yang tiada roda tepi. Disebabkan tidak dapat mengimbang badan, saya selalu jatuh dan luka pada lutut. Sejak dari situ saya enggan untuk belajar berbasikal.
Ketika saya melangkah ke universiti, saya dapati terlalu sukar untuk ke suatu tempat dengan berjalan kaki dan menunggu bas yang tidak tentu waktunya. Lalu saya menyuarakan hasrat hati untuk belajar membawa motosikal dengan abang saya. "Boleh, tapi kene belajar naik basikal dulu," jawab si abang.
Jadi saya bersetuju untuk belajar berbasikal. Azam tahun itu ialah pandai berbasikal. Nampak macam kacang je bagi orang lain. Tapi kawan-kawan bagi sokongan tetap bagi sokongan. Waktu hujung minggu yang lapang 3 atau 4 orang kawan menemani saya belajar berbasikal di kawasan lapang di UPM. Merah padam juga muka bila ada yang melintas. Terjatuh, terlanggar pagar, langgar kereta kat tempat parking, bahkan hampir jatuh ke tempat curam. Pecah perut kawan-kawan yang melihat aksi saya berbasikal. Kelakar bercampur simpati. Dah besar baru nak mula balikkan. Tips mereka, jangan rasa takut, confident, pandang depan dan jangan berhenti berkayuh. Bila nak berhenti, tekan brek untuk perlahankan basikal dan guna kaki untuk berhenti. Asal nampak basikal saja, saya nak naik. Jangan pernah berhenti mencuba walaupun kita jatuh berkali-kali. Akhirnya, dapat juga saya berbasikal dan dapat basikal sebagai hadiahnya.
Setelah itu, dapatlah saya belajar membawa motosikal pula. Belum expert lagi sebab tak de motor sendiri.
Anda pun begitu, kalau ada impian, berusahalah bersungguh-sungguh untuk menjadikannya sebuah kenyataan. Belajarlah membawa basikal, motor dan kereta seawal mungkin kerana ia sangat bermanfaat untuk kehidupan anda. Pastu jangan lupa ambil lesen memandu ye. Selamat maju jaya.