Terdapat 6 sebab kenapa anda perlukan lesen memandu.
1. Ikut peraturan
Lesen memandu diwajibkan untuk mereka yang ingin membawa kenderaan secara sah kerana ia adalah satu bukti bahawa anda lulus ujian untuk memandu dengan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).
2. Elak kemalangan
Lesen ini juga adalah satu inisiatif kerajaan untuk melahirkan pemandu yang berilmu sekaligus mengurangkan kemalangan di jalan raya. Namun begitu sikap pemandu yang beraksi sesuka hati di jalan raya yang perlu diubah bagi membendung kes kemalangan yang kian meningkat.
Lesen ini juga adalah satu inisiatif kerajaan untuk melahirkan pemandu yang berilmu sekaligus mengurangkan kemalangan di jalan raya. Namun begitu sikap pemandu yang beraksi sesuka hati di jalan raya yang perlu diubah bagi membendung kes kemalangan yang kian meningkat.
3. Elak didenda
Mereka yang tidak mempunyai lesen memandu jenis kenderaan yang dibawa (lesen motor ketika menaiki motor) ketika ditahan oleh pihak JPJ akan didenda sebanyak RM300.
4. Peluang cerah untuk dapat kerja
Kebanyakan bos inginkan pekerja yang mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri. Jadi, ini adalah peluang cerah untuk anda diterima sebagai pekerja. Pekerjaan seperti pemandu bas, lori, kapal terbang dan sebagainya juga memerlukan lesen memandu yang khusus.
5. Diiktiraf untuk memandu di luar negara
Lesen memandu Malaysia juga diiktiraf di luar negara. Jadi anda boleh membawa kenderaan di luar negara tanpa perlu membuat lesen baru di sana.
6. Lebih cepat, lebih jimat
Anda juga dapat menggunakan kenderaan sendiri untuk ke mana-mana selepas mempunyai lesen. Anda dapat menjimatkan masa dan wang dengan menaiki kenderaan sendiri. Ia juga sangat berharga saat kecemasan melanda.
Jadi, dapatkan lesen memandu anda secepat mungkin kerana harganya kian meningkat saban tahun. Ia adalah pelaburan yang sangat berguna untuk diri anda sebenarnya.