Monday, June 22, 2009

Jadilah Penyebab Hidayah

Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan hidayah (kebenaran), dia akan memperolehi ganjarannya seperti ganjaran orang-orang yang mengikutinya. Tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, maka dia akan memperolehi dosanya seperti dosa orang-orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.

(Hadith riwayat Muslim – no.6980)

Dari Ustaz Ali Tantawi, Al-Ahkam.Net

Huraian:

1. Konsep ganjaran dosa dan pahala adalah merupakan antara perkara asas dalam ajaran Islam. Keimanan kita kepada ganjaran sebegini akan menjadi benteng kukuh untuk menghalang manusia daripada melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah SWT.

2. Konsep ganjaran pahala juga menjadi asas utama dalam membina jiwa muslim yang akan tetap terus mengamalkan perkara kebaikan walaupun tidak melihat ganjaran kebendaan di dunia ini.

3. Kewajipan mengajak manusia kepada kebenaran adalah kewajipan seluruh umat dan sebaik-baik manusia yang menjalankan tanggungjawab ini adalah para Nabi dan Rasul ‘ a.s. Walaupun menerima tentangan dan cabaran, tugas itu tetap digalas berbekalkan slogan yang disebutkan di dalam Al-Quran, Surah Yunus ayat 72 yang bermaksud:

"Jika kamu berpaling (dari peringatanku), aku tidak meminta upah sedikit pun dari padamu. upahku tidak lain hanyalah dari Allah, dan aku disuruh supaya aku termasuk dalam golongan orang-orang yang berserah diri (kepada-Nya)".

4. Telah menjadi lumrah alam yang diciptakan Allah SWT apabila adanya pendakwah atau orang yang menyeru kepada kebenaran, pasti akan ada segolongan pendakwah yang berlawanan iaitu orang yang menyeru kepada kesesatan dan mengajak manusia meninggalkan agama. Firman Allah SWT di dalam Al-Quran, surah al-Taghabun ayat 2 yang bermaksud:

"Dialah yang menciptakan kamu Maka di antara kamu ada yang kafir dan di antaramu ada yang mukmin. dan Allah Maha melihat apa yang kamu kerjakan. "

5. Rasulullah SAW menerangkan di dalam hadith yang ringkas ini bagaimana seseorang yang menjadi sebab kepada orang lain mendapat hidayah akan diberi ganjaran oleh Allah SWT. Ganjaran itu bukan sekadar ganjaran hasil dakwahnya, malah ganjaran itu ditambah pula dengan ganjaran hasil amalan orang yang menerima dakwahnya. Inilah rahmat Allah SWT terhadap seorang pendakwah yang menjadi penyebab kepada tersebarnya petunjuk dalam kalangan manusia. Namun, Allah SWT tidak akan mengurangkan ganjaran yang diperolehi oleh mereka yang beramal. Segalanya adalah adil dan saksama malah dilipat gandakan lagi oleh Allah SWT.

6. Rasulullah SAW juga memberitahu bahawa Allah SWT menyediakan balasan dosa untuk orang yang mengajak orang lain melakukan perkara-perkara yang salah dan dilarang oleh Islam. Malah dosanya itu digandakan dengan dirinya juga menanggung dosa orang-orang yang disesatkannya. Inilah ganjaran setimpal kerana dirinya menjadi penyebab ramainya pelaku dosa. Namun begitu, dosa orang-orang itu tidak akan dikurangkan dan mereka semuanya akan menanggung dosa berdasarkan amalan masing-masing. Itulah keadilan Allah SWT.

7. Marilah kita berusaha untuk menjadi penyebab kepada hidayah dengan apa cara sekalipun dan bukan pula penyebar kesesatan dan dosa. Kalau di dunia ini kita mahu keuntungan berlipat ganda dalam bentuk wang dan harta, maka sepatutnya kita juga mahukan keuntungan akhirat yang berlipat ganda dalam bentuk ganjaran pahala dan keredhaan Allah SWT.

sumber : halaqah-online.com

Laskar PELANGI




Subahanallah. Laskar Pelangi adalah contoh filem kesedaran yang ingin diketengahkan oleh pengarah dan barisan pelakonnya bahawa setiap individu mempunyai hak untuk mempunyai pendidikan setinggi mungkin walaupun berasal daripada keluarga yang miskin. Keikhlasan dan kesungguhan guru - gurunya dan method pengajaran yang digunakan mungkin perlu dijadikan panduan berguna untuk semua yang bergelar pendidik di atas muka bumi ini. Guru yang tidak pernah mengenal erti lelah dapat memastikan anak didik mereka menjadi seorang yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Walaupun video ini memaparkan misi tarbiyah, pengarahnya tetap mengekalkan pemakaian penduduk pada zaman tersebut yang masih memakai seluar pendek, skrit dan tudung yang sesekali berada di di kepala dan sesekali pula hanya berada di atas bahu. Semoga pengekalan imej pada zaman tersebut tidak menghalang kita untuk mengambil ibrah berguna bahawa mendidik anak - anak untuk mengenal Pencipta dan mentaatinya adalah satu langkah konkrit bagi menjadi asas yang tidak akan goyah dalam menghadapi cabaran hidup masa kini.

Filem ini juga menyinggung rasa cinta yang wujud di hati anak yang masih bersekolah. Rasa cinta adalah fitrah yang tidak mampu disangkalkan kewujudannya. Namun begitu, pembelajaran adalah agenda yang paling utama dalam usia persekolahan anak - anak. Jangan sampai anak - anak terlibat dengan percintaan yang menghancurkan masa depan mereka. Percayalah bahawa jodoh itu adalah pasti dan anda akan mendapatkan jodoh terbaik yang dipilih sendiri oleh Allah untuk diri anda. Pacaran tidak pernah menjanjikan kehidupan yang bahagia tapi pernikahan adalah solusi percintaan yang selamat untuk kita bercinta hingga ke syurga.

Renungan terakhir ialah, sedar atau tidak artis adalah seorang pendakwah. Tanyakan pada diri anda, anda ingin menjadi pendakwah ke syurga atau ke neraka ? Kejayaan yang sebenar bagi seorang artis bukan pada pangkat kehormatan yang diterima, bukan pula anugerah bintang ternama, juga buka kepuasan menjayakan watak jahat dan cabul sejayanya, apatah lagi filem yang memecahkan rekod jualan dunia. Tapi kejayaan sebenar seorang artis adalah kejayaan mereka memberi contoh terbaik untuk masyarakat kembali kepada Pencipta mereka, menjadi muslim terbaik dalam hidup mereka dan menunjuk jalan ke syurga Allah.

Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan hidayah (kebenaran), dia akan memperolehi ganjarannya seperti ganjaran orang-orang yang mengikutinya. Tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, maka dia akan memperolehi dosanya seperti dosa orang-orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka. (Hadith riwayat Muslim – no.6980)

Semoga Allah mengurniakan kita semua hidayah untuk menuju SyurgaNya. Amin.

Thursday, June 18, 2009

Pedoman Pendidikan Anak Dalam Islam (Bahagian Ketiga)

1. Metode Pendidikan Yang Influentif Terhadap Anak

a) Pendidikan dengan keteladanan
- Rasulullah sebagai suri teladan yang baik (33:21, 45-46) (68:4)

b) Pendidikan dengan adat kebiasaan
i. Fitrah manusia (30:30), 2 jalan (91:7-10) (76:3) (90:10)
ii. Metode memperbaiki orang dewasa
Mengingatkan dengan akidah, muraqabatullah (5:50)
Menerangkan cela kejahatan (16:67) (2:219) (4:43) (5:90-91)
Merubah lingkungan
iii. Metode memperbaiki anak – anak
Mengajarkan anak dengan kalimah syahadah, hukum, taat pada Allah, meninggalkan laranganNya, sejarah dsb.
Membiasakan anak dengan apa yang dipelajarinya.

c) Pendidikan dengan nasihat
Dalil : (31:13-17) (34:46-49) (11:32-34) (7:65-68) (50:8,37) (51:55)
(80:3-4) (11:14) (65:2)

i. Menyeru dengan memberi kepuasan dengan lembut
Seruan untuk anak (31:13) (11:42) (12:5) (2:132)
Seruan untuk wanita (3:42-43) (33:32)
Seruan untuk berbangsa – bangsa (2:54) (5:20) (40:38-41) (46:30-31)
Seruan untuk orang – orang beriman (2:153) (3:102) (8:24)
Seruan untuk ahli kitab (3:64) (5:15) (5:68)
Seruan untuk umat manusia (2:21-22) (4:74) (22:1-2)

ii. Metode bercerita disertai nasihat
(12:3) (11:102) (7: 101,104-107, 176) (51:24) (79:15) (85:17-18) (79:15-26)

iii. Pengarahan al – Quran dengan wasiat dan nasihat
(25:63-77) (4:36-38) (2:177) (17:23-38)

iv. Antara metode nasihat
Menceritakan kisah – kisah nasihat
Menggunakan dialog
Memulai nasihat dengan bersumpah kepada Allah
Menasihati dalam gurauan
Nasihat yang berbekas di jiwa
Nasihat dengan gambar dan amal
Nasihat dengan memberi perumpamaan

d) Pendidikan dengan perhatian
Memperhatikan pembinaan akidah, akhlak, spiriual dan sosial disamping selalu bertanya tentang situasi pendidikan jasmani dan daya ilmiahnya.
- (66:6) (20:132) (2:233)

e) Pendidikan dengan memberi hukuman
i. Hukum dari al – Quran
(2:178) (5:38) (24:2,4)

ii. Takzir
Perbandingan hukuman baru dengan yang sedia ada.

iii. Contoh pendidikan dengan memberi hukuman
Menunjukkan kesalahan dengan pengarahan, keramahtamahan, isyarat kecaman, memutuskan hubungan, memukul dan meberi hukuman yang membuatkannya malu untuk mengulangi kesilapan yang sama.

iv. Syarat – syarat hukuman
Pendidik tidak terburu – buru memukul dan tidak melakukannya dalam keadaan sangat marah.
Tidak memukul pada bahagian kepala, muka, dada dan perut
Pululan pertama hendaklah tidak menyakitkan pada bahagian kaki atau tangan dengan tongkat yang tidak terlalu besar.
Tidak memukul anak sebelum berusia 10 tahun
Memberi peluang kepadanya untuk meminta maaf dan tidak mengulanginya.
Pendidik perlu memukul dengan tangannya sendiri dan tidak menyuruh orang lain untuk menggantikan dirinya.
Pukulan oleh ditambah jika tidak membuatkan dirinya malu jika telah dewasa.


2. Kaedah – Kaedah Elementer Dalam Pendidikan Anak

a) Sifat – sifat asas seorang pendidik
i. Ikhlas (98:5) (19:110)
ii. Takwa (3:102) (33:70) (59:18) (22:1) (65:2-3)
iii. Berilmu (58:11) (20:114)
iv. Santun (3:134) (7:199) (42:43) (41:43)
v. Bertanggungjawab (20:132) (66:6) (15:92-93)
- turut mengingatkan rencana musuh Islam terhadap kita (komunisme, kristenisasi, yahudi, freemansory, kolonialisme dan sebagainya)

b) Kaedah – kaedah pokok dalam pendidikan anak

i. Kaedah ikatan
Ikatan akidah – rujuk pendidikan iman
Ikatan ibadah
– mengikat anak dengan rumah Allah (9:18),
– zikrullah (2:152) (23:41-42) (4:103) (24:37) (13:28),
– ibadah sunat (17:79),
– rasa Allah mengawasinya (57:4)
Ikatan fikiran – membolehkan anak berfikir bahawa hanya dengan berpegang kepada Islam kita akan menang.
Ikatan sosial
– pembimbing (2:85, 174),
– kawan yang baik (12:108) (25:27-29) (50:27) (43:67)
– dakwah dan dai
Ikatan olahraga – bertujuan untuk mengisi waktu kosong, meningkatkan semangat jihad dan mengelakkan penyakit. Anak perlu menjaga batas aurat dan pergaulan serta menyeimbangkannya dengan aktiviti harian yang lain.

ii. Kaedah peringatan – secara berterusan dan menelanjangi fenomena menyimpang
Peringatan dari kemurtadan (5:44) (45:18) (5:51) (9:23)
Peringatan terhadap kekufuran (47:12,23-28) (45:24) (7:179) (15:3)
Peringatan terhadap permainan yang haram – judi, pertaruhan, mendengar lagu erotik, menonton tv, sandiwara dan filem porno.
Peringatan supaya tidak mengikut sesuatu secara membabi – buta
Peringatan menjauhi tempat haram – disko, pusat pelacuran
Peringatan dari kelakuan dusta, mencuri, merokok dll
Peringatan dari hal – hal yang haram (7:26) (5:5) (2:275)


3. Gagasan Edukatif Yang Sangat Esensial

a) Membangkitkan motivasi anak untuk mendapatkan pekerjaan mencari nafkah dengan cara yang paling halal – (62:10) Nabi Nuh pembuat kapal, (28:80, 34:10-11) Nabi Daud penukang besi, (28:27-28) Nabi Syu’aib pengembala, Nabi Muhammad saw peniaga berjaya.

b) Memelihara persiapan naluri anak dengan mengarahkan anak mengikut minat dan kebolehan mereka.

c) Memberi kesempatan untuk anak bermain.

d) Mengadakan kerjasama antara rumah, masjid dan sekolah.

e) Memperkuat hubungan pendidik dengan anak – hadiah, senyuman dan selalu memberi perhatian kepadanya.

f) Mempraktikkan metode edukatif setiap saat terhadap anak.

g) Menyediakan prasarana yang bermanafaat untuk anak.

h) Membangkitkan minat anak untuk suka membaca (20:114)

i) Membangkitkan rasa tanggungjawab anak terhadap Islam

j) Memperdalam semangat jihad dalam jiwa anak (9:111) (9:29, 41, 71) (5:54) (33:39)

Pedoman Pendidikan Anak Dalam Islam (Bahagian Kedua)

Bahagian Kedua : Tanggungjawab Terbesar Bagi Para Pendidik

1. Tanggungjawab Pendidikan Iman
a) Definisi – mengikat anak dengan dasar – dasar iman, rukun – rukun Islam dan dasar – dasar syariah.

b) Memperdengarkan azan dan iqamah setelah anak lahir.

c) Mengenalkan hukum halal dan haram kepada anak.

d) Menyuruh anak beribadah pada usia 7 tahun
i. Kita diperintahkan untuk menyuruh anak solat pada usia 7 tahun dan memukulnya jika tidak solat pada usia 10 tahun
ii. Cara ini boleh dipraktikkan untuk ibadah saum dan haji
iii. Bertujuan untuk beribadah dan menjaga kesihatan anak

e) Mendidik anak untuk mencintai Rasulullah saw dan ahli baitnya serta membaca Al – Quran
i. Mengajar sirah Rasulullah saw dan para sahabat – tingkatkan semangat jihad
ii. Menanam keimanan kepada Allah melalui Al – Quran (16:10-17) (2:164) (86:5-10) (86:24-32)
iii. Menanam rasa khusyuk dalam solat, menangis apabila membaca Al - Quran (23:1-2) (19:58) (57:16)
iv. Menanam rasa ingat kepada Allah (98:5) (7:201)
v. Galakan utuk membaca buku berkaitan keimanan
vi. Bertujuan untuk anak memiliki rasa tanggungjawab, dapat dipercayai dan berakhlak mulia.


2. Tanggungjawab Pendidikan Akhlak (Moral)

a) Definsi – pendidikan mengenai dasar – dasar moral dan keutamaan perangai, tabiat yang harus dimiliki dan dijadikan kebiasaan oleh anak sejak masa kecil hingga mukallaf.

b) Contoh – contoh akhlak
i. Pendidik perlu meluruskan akhlak dan lisan anak daripada berbohong, mencuri, mencela, nakal dan menyimpang dengan memberi contoh tauladan yang baik.
ii. Menjauhi peniruan dan taklik buta – tidak meniru perilaku agama lain
iii. Tidak tenggelam dalam kesenangan
iv. Tidak mendengar lagu dan muzik erotis
v. Tidak menyerupai wanita dan sebaliknya
vi. Tidak bepergian, bersolek, bercampur – baur dan memandang yang haram (33:33,53,59) (24:30-31) (3:59) (24:60)

c) Mengawasi perkara berikut jauh daripada perkara yang tidak bermoral
i. Kawan - kawan anak
ii. Rancangan yang ditonton oleh anak
iii. Bahan bacaan dan perpustakaan
iv. Pakaian anak – anak
v. Perjalanan pergi dan balik ke sekolah

d) Contohi akhlak yang baik (7:199) (41:34) (3:134)


3. Tanggungjawab Pendidikan Fizik

a) Bapa wajib memberi nafkah kepada keluarga dan anak – anak (2:233)

b) Mengikuti aturan yang sihat dalam makan, minum dan tidur
i. Menyediakan perut untuk 3 bahagian iaitu makanan, minuman dan nafas
ii. Mengamalkan adab – adabnya dan aturan yang sihat

c) Mencegah diri daripada penyakit menular
i. Lari dari orang yang berpenyakit kusta
ii. Orang sakit tidak perlu mendatangi orang sihat

d) Merawat penyakit

e) Menerapkan dasar tidak boleh membawa mudarat dan dimudaratkan

f) Membiasakan olahraga (8:60)

g) Membiasakan anak untuk zuhud dan tidak tenggelam dalam kesenangan.

h) Membiasakan anak untuk menjauhi pengangguran dan penyimpangan

i) Memastikan anak tidak terlibat dengan rokok, onani, arak, dadah, zina dan liwat (2:195) (23:1-7) (4:2) (79:37-41) (7:159) (26:165-166) (24:2)


4. Tanggungjawab Pendidikan Intelektual

a) Definisi – pembentukan dan pembinaan berfikir anak dengan segala sesuatu yang bermanfaat, ilmu hukum, peradaban ilmiah dan modernisme serta kesedaran berfikir dan berbudaya.

b) Kewajipan mengajar
i. Dalil kewajipan mengajar – (96:1-5) (39:9) (20:114) (58:11) (68:1)
ii. Mengajar ilmu dunia dan akhirat (28:77) (62:10)
iii. Persamaan darjat antara manusia (49:13)
iv. Tidak mengambil upah melainkan jika tiada pendapatan lain (26:109,127,145,164,180)
v. Kedudukan wanita dalam mempelajari ilmu
Sama dengan lelaki dalam kewajipan syara’ dan pahala ukhrawi (3:195) (4:124) (33:35)
Tapi berkisar pada bidang kewanitaan
vi. Perlunya menjaga pergaulan (33:36,53,59) (24:30-31)

c) Penyedaran perlunya berfikir
i. Anak perlu sedar bahawa:
- Islam adalah syumul dan sesuai sepanjang zaman
- Generasi dahulu berjaya kerana berpegang pada al – Quran
- Budaya Islam menadi sumber budaza dunia
- Kita memasuki sejarah melalui jejak Rasulullah saw
ii. Metodenya adalah seperti berikut :
- Penyedaran bahawa tiada kejayaan selain kejayaan Islam
- Pendidik meneladankan keseluruhan cara hidup Islam dengan sebenarnya (2:159-160)
- Wujudkan perpustakaan berkaitan dengan Islam di rumah dll
- Mencarikan teman yang berakhlak mulia kepada anak

d) Kesihatan intelektual
Elakkan minuman keras, dadah, onani, rokok dan ransangan seksual.


5. Tanggungjawab Pendidikan Psikhis

a) Definisi – mendidik anak supaya berani, berterus – terang, merasa sempurna, berbuat baik kepada orang lain, menahan diri ketika marah, dan senang kepada seluruh bentuk keutamaan psikhis dan moral secara keseluruhan dengan tujuan untuk membentuk, menyempurnakan dan menyeimbangkan peribadi anak.

b) Hindari sifat minder anak
i. Ciri – ciri – menutup wajah dan berada di sisi ibu apabila ada tetamu
ii. Atasi – bawa kawan bermain di rumah, ajar bercakap dengan orang lain dan bawa berziarah
iii. Sifat pemalu tidak sama dengan minder kerana malu adalah mengikuti jalan keutamaan dan adab Islam.



c) Hindari sifat penakut anak
i. Faktor – selalu ditakut – takutkan, dimanja – manjakan, selalu bersendirian dll.
ii. Atasi – ajar anak beriman dan berserah diri kepada Allah, tidak menakut – nakutkan anak dengan sesuatu, banyak bergaul dan menceritakan sejarah perang Islam yang terdiri daripada anak – anak kecil yang bersunguh –sungguhuntuk ikut berperang.

d) Hindari sifat rendah diri anak
i. Faktor
- memanggil dengan nama yang buruk, menghina dan mencelanya
- pemanjaan yang berlebihan
- tidak berlaku adil antara anak
- cacat
- anak yatim
- kemiskinan
ii. Atasi
- Memanggil dengan nama yang disukainya
- Mendidik anak secara bertahap
- Adil terhadap semua anak, mengasihi dan mendokong mereka
- Memberi zakat kepada keluarga miskin

e) Hindari sifat pemarah anak
i. Atasi
- Marah pada tempat yang sepatutnya
- Ubah posisi badan, berwuduk
- Diam dan berlindung daripada syaitan

f) Hindari sifat hasad dengki anak
i. Faktor
- Merasa orang lain lebih kasih sayang, harta dan sebagainya daripadanya
ii. Atasi
- Memberi rasa cinta kepada anak
- Adil kepada semua anak


6. Tanggungjawab Pendidikan Sosial

a) Definisi – terbiasa menjalankan adab sosial yang baik dan dasar dasar psikhis yang mulia dan bersumber pada akidah Islamiyah yang abadi dan perasaan keimanan yang mendalam agar masyarakat mampu tampil dengan adab yang baik, akal yang sihat dan tindakan yang bijaksana.

b) Penanaman dasar – dasar psikhis yang mulia
i. Takwa
ii. Persaudaraan (49:10 ) (28:35) (3:103) (2:261)
iii. Kasih – sayang
iv. Mengutamakan orang lain (59:9)
v. Memberi maaf (2:237) (41:34) (25:63) (3:34) (7:199) (24:22)
vi. Keberanian (3:144) (33:39) (43:23)

c) Memelihara hak orang lain
i. Hak ibubapa
- Redha Allah terletak pada redha mereka
- Mendoakan mereka yang meninggal dan berbuat baik kepada sahabat mereka (17:24)
- Berbuat baik kepada ibu sebelum ayah
- Beradab dengan ibubapa (17:23-24)
- Tidak durhaka

ii. Hak saudara dan kaum kerabat
- Menjaga silaturrahim (4:1) (17:26) (13:25) (47:22-23)

iii. Hak jiran
- Tidak menyakiti jiran dan melindunginya
- Berbuat baik kepadanya (4:36)
- Merasai deritanya

iv. Hak guru
- Menghormati dan merendah diri kepadanya
- Tidak melupakan jasanya

v. Hak teman
- Ucapan salam bila bertemu
- Doa ketika bersin
- Tolong ketika susah
- Jenguk ketika sakit
- Ziarah di jalan Allah
- Penuhi undangannya
- Ucapan selamat dan takziah
- Saling memberi hadiah

vi. Hak orang yang lebih tua
- Memberi duduk pada kelayakannya
- Mendahulukannya pada setiap masalah
- Melarang anak meremahkan orang tua
- Menghormatinya

d) Melaksanakan adab – adab sosial
i. Adab makan dan minum
ii. Adab memberi salam
iii. Adab meminta izan
iv. Adab di dalam majlis
v. Adab berbicara
vi. Adab bergurau
vii. Adab mengucap selamat
viii. Adab menziarahi orang sakit
ix. Adab takziah
x. Adab bersin dan menguap

e) Pengawasan dan kritik sosial
i. Memelihara pendapat umum adalah satu kewajipan sosial (3:110) (9:71) (5:78)
ii. Dasar – dasar yang berlaku dalam pemeliharaan ini
- Perbuatan harus sesuai dengan firman Allah dan sabda Rasulullah saw (61:3-4) (2:44)
- Kemungkaran yang dicegah harus telah disepakati ulama
- Menentang kemungkaran secara bertahap (2:269)
- Bersikap lembut dan berakhlak (3:159)
- Sabar dalam menghadapi penganiayaan (2:214) (31:17) (3:195)

iii. Selalu mengingat sikap – sikap para salaf


7. Tanggungjawab Pendidikan Seksual

a) Fasa pendidikan seksual
i. Usia 7 – 10 tahun (masa tamyiz)
Etika meminta izan dan memandang
ii. Usia 10 - 14 tahun (masa murahaqah)
Dijauhkan dari ransangan seksual
iii. Usia 14 – 16 tahun (masa bulugh)
Jika Siap untuk menikah, ajarkan etika hubungan seksual
iv. Usia 16 tahun ke atas (masa pemuda)
Jika Belum berkahwin, ajarkan etika isti’faf

b) Adab – adab meminta izan
i. Meminta izan dalam tiga waktu (24:58-59)

c) Adab memandang
i. Muhrim – aurat dari pusat ke lutut (4:22-23)
ii. Wanita yang dilamar – semua aurat kecuali muka dan tapak tangan, boleh dipandang berkali – kali jika perlu, boleh bertemu jika ditemani muhrim wanita.
iii. Isteri – tiada aurat tapi lebih afdhal untuk tidak memandang anggota sulit (23:5-6)
iv. Wanita lain – semua aurat kecuali muka dan tapak tangan sama ada dengan syahwat atau tidak
v. Lelaki lain – aurat antara pusat ke lutut
vi. Wanita terhadap wanita - aurat antara pusat ke lutut
vii. Wanita kafir terhadap wanita muslim – semua aurat kecuali anggota bekerja
viii. Anak muda yang belum tumbuh janggut - aurat antara pusat ke lutut
ix. Anak kecil
Anak kurang 4 tahun
x. Keadaan terpaksa yang membolehkan memandang
Melamar
Mengajar ilmu yang bermanfaat
Perubatan

d) Menghindarkan anak daripada ransangan seksual

e) Cara – cara pencegahan dari penyimpangan
i. Penyedaran bahawa penyelewengan agama adalah rencana musuh Islam untuk memusnahkan umat Islam
ii. Peringatan bahawa hubungan seks akan menyebabkan banyak kesan – kesan yang buruk.
iii. Mengikat anak dengan ikatan Ian, akidah, Ibadan dan akhlak.
iv. Mengajar anak tentang hukum - hukum

f) Perkahwinan dan hubungan seksual

g) Isti’far (mensucikan diri) bagi yang Belum mampu berkahwin
i. Perkahwinan pada usia muda
ii. Selalu berpuasa sunat
iii. Menjauhi ransangan – ransangan seksual
iv. Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat
v. Pergaulan dengan kawan – kawan yang baik
vi. Menanam rasa takut pada Allah
vii. Menahan pandangan pada perkara yang haram
viii. Memperkukuh pertahanan agama

h) Bolehkah menerangkan masalah seksual kepada anak
Boleh tapi dengan syarat perlu mengikut peringkat umur dan ibu lebih berhak mendidik anak perempuan .
(23:5-6, 12-13) (2:187,223,237) (46:15) (17:32) (24:3) (7:80-81)

Pedoman Pendidikan Anak Dalam Islam (Bahagian Pertama)

1. Perkahwinan Teladan dan Kaitannya dengan Pendidikan

a) Perkahwinan merupakan fitrah manusia (30:30)

b) Perkahwinan merupakan sosial interest
i. Memelihara kelangsungan manusia (16:72) (4:1)
ii. Memelihara keturunan
iii. Keselamatan masyarakat daripada keruntuhan moral
iv. Keselamatan masyarakat daripada penyakit
v. Ketenteraman jiwa (30:21)
vi. Saling membantu antara pasangan dalam membina keluarga
vii. Menghaluskan rasa keibubapaan

c) Perkahwinan hendaknya dengan cara memilih
i. Berdasarkan agamanya
ii. Berdasarkan keturunan dan kemuliaan
iii. Mengutamakan orang yang jauh berbanding keluarga dekat
iv. Mengutamakan gadis – gadis
v. Mengutamakan wanita yang subur


2. Perasaan Psikologi Terhadap Anak

a) Orang tua diberi fitrah untuk mencintai anak (18:46) (12:6) (25:74) (30:30)

b) Kasih – sayang kepada anak adalah pemberian Allah kepada hamba – hambaNya.

c) Membenci anak perempuan adalah perbuatan jahiliah (5:8) (16:58-59) (42:49-50)

d) Keutamaan orang – orang yang tabah menghadapi kematian anak adalah dapat ke syurga jika kematian 3 orang anak yang belum baligh

e) Mendahulukan kepentingan Islam berbanding anak (2:249) (9:24)

f) Menghukum dan meninggalkan anak untuk kepentingan pendidikannya (58:22) (11:45-46) (2:124) (9:24,114) (49:13)




3. Hukum Umum dalam Hubungan Dengan AnakYang Lahir

a) Perkara yang dilakukan apabila anak lahir
i. Memberi ucapan selamat dan turut berasa gemira dengan kelahirannya (11:69-71) (3:39) (19:7)
ii. Anjuran untuk azan dan qamat setelah anak lahir supaya kalimah Allah adalah yang pertama didengarnya
iii. Anjuran menggosok lelangit anak dengan kurma dan rasa yang lain
iv. Anjuran mencukur rambut kepala anak.

b) Menamakan anak dan hukumnya
i. Waktu yang dianjurkan untuk memberi nama pada hari pertama, ketiga dan ketujuh kelahiran.
ii. Terdapat nama yang baik dan yang dibenci
Nama baik : Abdullah, Abdurrahman, Harith, Hammam, nama yang bersifat baik atau nama nabi.
Nama yang dibenci : Aflah, Nafi’, Rabbah, yassar, nama yang bersifat buruk atau nama Allah.
iii. Sunah menyandarkan nama anak dengan nama bapanya
iv. Dibolehkan untuk memberikan nama Muhammad kepada anak tapi memanggil dengan nama lain dan sebaliknya.

c) Aqiqah dan hukumnya
i. Definisi
Bahasa : memutuskan
Syara’ : menyembelih kambing untuk anak pada hari ke-7, 1 ekor untuk anak perempuan dan 2 ekor untuk anak lelaki

ii. Pendapat fuqaha’
Disunatkan dan dianjurkan
- oleh Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad dll
- dalil : kerana tidak diketahui dalam agama dan perlakuan Rasulllah saw lebih kepada suatu anjuran
Diwajibkan
- oleh Hasan al – Basri, al – Laits ibnu Saad dll
- dalil : aqiqah dipertangnjawabkan di akhirat
Menolak bahawa aqiqah disyariatkan
- oleh Hanafiah
- dalil : Rasulullah saw bersabda ’Aku tidak menyukai aqiqah - aqiqah’
- keterangan : hukum ini ditolak kerana dalil yang dipakai tidak sah dan membawa maksud lain.

iii. Waktu yang dianjurkan
Pada hari ke – 7 atau bila – bila sahaja (2:185)

iv. Adakah sama antara aqiqah anak lelaki dan anak perempuan ?
Majoriti pendapat mengatakan bahawa 1 ekor kambing bagi anak perempuan dan 2 ekor bagi anak lelaki.
Imam Malik berpendapat bahawa cukup untuk 1 ekor kambing bagi anak perempuan dan 1 ekor bagi anak lelaki.

v. Makruh menghancurkan tulang aqiqah – menjamin keselamatan anak

vi. Hukum umum
Ulama sepakat menyamakan hukumnya seperti hukum kurban dalam hal yang dibolehkan – binatang perlu berusia 1 tahun kecuali biri – biri berusia 6 bulan jika beratnya sama dengan yang 1 tahun, tidak cacat, sapi atau kerbau berusia lebih 2 tahun dan unta lebih 5 tahun
Tidak boleh berkumpul 7 orang bagi seekor haiwan untuk aqiqah
Seekor haiwan adalah untuk seorang anak
Dianjurkan aqiqah disembelih atas nama anak yang dilahirkan

vii. Hikmah disyariatkan aqiqah
Qurban untuk mendekatkan diri kepada Allah
Bayaran hutang anak untuk memberi syafaat kepada ibubapa
Bersilaturrahim sesama jiran
Menghapuskan kemiskinan

d) Khitan dan hukumnya
i. Definisi
Bahasa : memotong kuluf (kulit) yang menutupi kepala penis.
Syara’ : bundar di hujung hasafat (tempat pemotongan kulit penis yang pada tempat lahir hukum – hukum syara’)

ii. Hukum khitan
Sunat
- oleh Hasan Al – Basri, Imam Abu Hanifah dan sebahagian pengikut Hanbali.
- Dalil – Nabi saw bersabda, ”Khitan itu disunatkan untuk lelaki dan dimuliakan untuk wanita” (HR Imam Ahmad)

Wajib
- oleh Ash – Sya’bi, Rabi’ah, Imam Maliki, Imam Syafie, Imam Ahmad
- dalil – Harb meriwayatkan dalam Masa’ilnya dari Az – Zahri, ia mengatakan bahawa: Rasulullah saw bersabda,”barangsiapa masuk Islam, maka wajiblah ia berkhitan, sekalipun sudah dewasa”
- Nabi Ibrahim adalah orang pertama dikhitan dan kita (umat Muhammad) perlu mengikutinya (16:123)
- Sunah Rasulullah saw : berkhitan, memakai pewangi, bersiwak dan menikah.

iii. Hukum khitan bagi wanita
Kesepakatan ulama mengatakan hukumnya dianjurkan bagi wanita kecuali Imam Ahmad.

iv. Waktu wajib khitan
Ketika anak mendekati waktu baligh tapi lebih utama jika dibuat pada hari – hari pertama kelahiran.

v. Hikmah khitan
Pangkal fitrah, syiar dan syariat
Menyempurnakan agama
Membezakan umat Islam dengan yang lain
Pernyataan ubudiyyah terhadap Allah
Membawa kebersihan dan meluruskan syahwat
Memelihara daripada penyakit


4. Sebab – sebab kelainan pada anak
a) Kemiskinan keluarga
b) Penceraian dan kemiskinan ibu tunggal
c) Kurangnya memanfaatkan masa kanak – kanak dan remaja
d) Pergaulan negatif dengan kawan – kawan yang nakal (50:27) (43:67)
e) Perlakuan orang tua yang buruk terhadap anak (16:90) (2:83) (3:159)
f) Filem – filem sadis dan porno
g) Tersebarnya pengangguran dalam masyarakat
h) Musibah keyatiman

Wednesday, June 17, 2009

TUDUNG sebagai WASILAH DAKWAH


Pada suatu hari, kami sempat untuk hadir ke sebuah majlis perkahwinan tapi sangat mengecewakan apabila pengantin perempuannya tidak memakai tudung, bahkan yang dipakai rambut palsu oren kerinting yang sedondon dengan baju yang dipakainya.

Hati ini ingin sekali menegur tapi suara sekadar menjerit di kerongkong. Alhamdulillah Hasanah yang baru berusia setahun dua bulan banyak membantu. Anak kecil ini lincah ke sana ke mari dengan tudung coklatnya. Mungkin kerana yang memakainya adalah anak kecil, ia membawa impak yang besar buat mereka yang berfikir. Kalau tudung mampu untuk dipakai oleh anak sekecil itu, kenapa tidak mereka yang lebih dewasa?

Banggakah kita melanggar perintah Allah? Masih beralasan belum betul - betul ikhlas, tiada kekuatan dan sebagainya? Adakah kita sentiasa ikhlas setiap kali mendirikan solat atau kita tetap melaksanakannya walaupun rasa terpaksa? Maka saya memohon kepada Allah agar peristiwa tersebut menjadi pengajaran buat kita untuk terus bermujahadah dalam mentaati perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.


Tarbawiyah, ibu, dakwah

Prakata

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, dalam tulisan kecil ini, kami cuba membahaskan tentang tajuk tarbawiyah untuk para ibu dan dakwahnya serta dalam masa yang sedang belajar atau bekerja. Semoga Allah memberi taufik dan hidayahNya kepada kita semua dalam melaksanakan segala perintahNya. Amin.

Permasalahan Wanita Masa Kini

Barat terus – menerus melancarkan serangan pemikiran dalam banyak perkara yang berkaitan dengan wanita untuk melemahkan sistem tarbawiyah (pendidikan) umat Islam. Pertama, wanita Islam dikatakan tidak terpelajar, mundur, jumud dan terkongkong dengan segala peraturan yang wujud dalam Islam itu sendiri. Sedangkan jika kita menoleh ke arah sejarah lampau, umat manusia memandang rendah terhadap wanita. Eropah umpamanya menganggap suatu kejelekan untuk memberi pelajaran kepada wanita. Wanita hanya layak duduk di dapur dan menjadi pelayan nafsu lelaki, mereka tidak berhak untuk mewarisi harta pusaka apatah lagi untuk menegakkan hak mereka. Di China, isteri akan menggunakan nama keluarga suami, mencari nafkah dan diceraikan sesuka hati. Di India, isteri yang kematian suami akan dibakar hidup – hidup bersama suaminya.

Kedua, kemelesetan ekonomi dan kos sara hidup yang tinggi kini telah menyeret wanita untuk turut bekerja bersama suami bagi menyara keluarga. Kesibukan ibu rumah tangga ini telah menghambat tugas utamanya sebagai isteri dan tugas mendidik anak – anak di rumah. Pengabaian ini telah meningkatkan kes penceraian dan keruntuhan akhlak di kalangan remaja seterusnya menghancurkan kehidupan umat Islam itu sendiri. Kemelesetan ekonomi juga menyebabkan ramai keluarga muslim mula menjarakkan kelahiran anak sedangkan kaum yahudi pula semakin menambah bilangan anak – anak mereka. Bayangkan jika suasana ini berlangsung secara berterusan. Apakah yang bakal terjadi 50 tahun akan datang?

Ketiga, dakwah dipandang pada skop yang sangat kecil dan dilaksanakan oleh mereka yang mempelajari bidang agama sahaja. Barat juga memandang mereka yang ingin menyebarkan dakwah sebagai golongan teroris yang sangat ganas dan mengancam keselamatan awam. Oleh hal yang demikian, ramai umat Islam masa kini yang mengabaikan amal dakwah sedangkan keadaan moral masyarakat masa kini yang sangat parah sangat memerlukan amal dakwah daripada setiap individu muslim terutama wanita. Kenapa wanita ? Kerosakan akidah dan akhlak wanita dalam sesebuah zaman akan menghancurkan peradaban zaman tersebut dan seorang ibu yang tidak mengamalkan Islam dengan benar tidak akan mempu untuk mendidik anak – anak mereka untuk berislam dengan benar. Walaupun, amal dakwah dalam menyeru wanita kembali ke jalan kebenaran boleh dilaksanakan oleh lelaki tetapi hakikatnya hanya amal dakwah seorang wanita dapat mengembalikan wanita yang tersesat kembali ke jalan kebenaran dengan sebenar – benarnya..

A. MASALAH BELAJAR BAGI WANITA DAN SOLUSINYA

Pandangan Islam terhadap Lelaki Dan Wanita

Islam memandang sama rata antara lelaki dan wanita dalam melaksanakan ibadah, belajar, dakwah dan pahala yang didapati seperti yang termaktub dalam Al- Quran dan hadith.

(3:195) Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman): "Sesungguhnya Aku tidak mensia-siakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik lelaki atau perempuan, (karena) sebagian kamu adalah keturunan dari sebagian yang lain[259]. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalanKu, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Kuhapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai - sungai, sebagai pahala di sisi Allah dan pada sisiNya pahala yang baik."

[259] maksudnya sebagaimana lelaki berasal dari lelaki dan perempuan, Maka demikian pula halnya perempuan berasal dari lelaki dan perempuan. kedua-duanya sama-sama manusia, tidak ada kelebihan yang satu dari yang lain tentang penilaian iman dan amalnya.

(16:99) Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya.

Hadith diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dengan sanadnya bahawa Rasulullah saw telah bersabda : “Hak seorang anak (walad) atas ayahnya adalah memberikan nama yang baik, mengajarkannya menulis dan menikahkannya setelah dewasa ”

Dari Nabi saw bahawa beliau pernah bersabda: “menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim”

Perkataan orang – orang yang beramal, orang – orang yang beriman, walad dan muslim adalah merangkumi lelaki dan perempuan itu sendiri. Maka apa yang diwajibkan ke atas lelaki, menjadi wajib pula ke atas wanita.

Kenapa wajib belajar ?

(62:2) Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayatNya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan hikmah (As Sunnah). dan Sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata.

(2:151) Sebagaimana (Kami Telah menyempurnakan nikmat kami kepadamu) Kami Telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al-Hikmah, serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.

Berdasarkan dua ayat di atas, Rasullullah saw adalah dai yang mengajarkan semua manusia samaada lelaki atau wanita untuk mengenal Islam dengan membacakan ayat-ayat Allah, mensucikan manusia dan mengajarkan kepadanya Al Kitab dan Al-Hikmah, serta mengajarkan apa yang belum mereka ketahui. Oleh itu, semua muslim wajib mengerjakan apa yang diwajibkan atas Rasulullah saw iaitu belajar, mengajar dan beramal dengan apa yang dipelajari. Itulah model pembelajaran sebenar yang setiap muslim tidak dapat lari daripada kita melaksanakannya.

Contoh-contoh Penglibatan Wanita di Dalam Masyarakat di Zaman Nabi s.a.w.

Wanita pada zaman Rasulullah saw menuntut ilmu sepertimana lelaki, bahkan Rasulullah saw telah menyediakan satu hari khusus untuk para sahabiah mempelajari ilmu secara terus daripadanya. Para isteri Rasulullah saw yang banyak berada di samping baginda adalah contoh terbaik wanita yang banyak mempelajari ilmu dan mengajarkannya kepada para sahabat Rasulullah saw terutama selepas kewafatan baginda seperti firman Allah yang bermaksud :

(33:34) Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu dari ayat-ayat Allah dan hikmah (sunnah nabimu). Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui.

Ramai ulama besar juga berguru kepada wanita dan para ulama turut memberi langkah – langkah yg baik dalam membantu wanita dalam belajar dan mengajarkan ilmu. Dr Layth Su’ud Jasim di dalam bukunya Khidmat Masyarakat, Peranan Wanita di Zaman Rasulullah saw. Terdapat dua peranan terbesar yang dimainkan oleh para wanita pada zaman Rasulullah saw. Pertama, Menubuhkan dan Mengaktifkan Institusi Khidmat Kemasyarakatan dan kedua, Pembiayaan Program Institusi Kemasyarakatan

A) Menubuhkan dan Mengaktifkan Institusi Khidmat Kemasyarakatan

i. Penubuhan Badan Kebajikan (Suffah Wanita)

Orang pertama yang mengeluarkan idea ini ialah Asma’ binti Yazid bin al-Sakan al-Ansariyyah. Beliau pernah menjadi wakil bagi kaum wanita menemui Rasulullah s.a.w. bagi bertanyakan tentang kewajipan wanita dalam masyarakat dan peranan mereka dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Ini dapat difahami daripada kata-kata beliau: “Aku adalah utusan kepada seluruh kumpulan kaum wanita yang berada di belakangku. Mereka semua sependapat denganku.”

Rasulullah s.a.w. memuji beliau kerana kepintaran dan keprihatinannya terhadap agama. Semua ini menunjukkan kaum wanita dibenarkan berpersatuan sendiri dan mengeluarkan pendapat dalam permasalahan-permasalahan penting, terutama yang bersangkutan dengan kaum wanita, kepentingan agama dan kepentingan dakwah.

Antara aktiviti yang mereka jalankan:
a. Menuntut ilmu
b. Aktiviti Pekerjaan
c. Aktiviti memelihara alam sekitar
d. Mengadakan Perayaan, Sambutan, Bernasyid dan Menyanyi
e. Menghadiri Perhimpunan Tergempar dan Penting

ii. Membina Rumah Tamu dan Membiayainya

Antara wanita yang memberikan sumbangan dalam pembinaan rumah tetamu dan mengeluarkan biaya terhadap tetamu negara Islam ialah Ramlah binti al-Harith bin Tha’labah yang dikenali dengan Ummu Thabit. Rumah beliau mempunyai ruang yang besar dan dikelilingi dengan taman luas yang dipenuhi pohon tamar. Rasulullah saw. pernah mengurung Bani Quraizah yang berjumlah 400 orang atau lebih menurut sesetengah riwayat di dalam rumah tersebut.

Delegasi-delegasi yang pernah menghuni rumah tersebut antara lain:
- Delegasi Salman yang terdiri daripada tujuh orang
- Delegasi Bani Kilab yang berjumlah 13 orang
- Delegasi Bani Murrah yang terdiri daripada 13 orang
- Delegasi Bani Fuzarah
- Delegasi Bani ‘Abd Qays
- Delegasi Bani Tamim
- Delegasi Bani Hanifah
Kesemua delegasi tersebut menjadi tetamu di rumah itu pada masa yang sama.

iii. Institusi Khidmat Kesihatan

Dr. Lyth juga menyebutkan bahawa institusi khidmat kesihatan merupakan salah satu institusi yang berkaitan dengan masjid. Dan para sejarawan dalam bidang perubatan menganggap khemah yang didirikan oleh Rufaydah binti Ka’ab al- Aslamiyyah merupakan hospital pertama dalam Islam. Beliau mempunyai ilmu tentang perubatan dan mewakafkan dirinya untuk membantu umat Islam yang memerlukan. Ketika Sa’ad bin Mu’az r.a cedera dalam satu peperangan, Rasulullah s.a.w. membina khemah untuknya di kawasan masjid bagi memudahkan baginda sentiasa melawatnya. Semua ini membawa banyak manfaat dari aspek perundangan dan kemajuan:
1. Wanita dibolehkan mempelajari ilmu perubatan. Bahkan kadangkala hukumnya menjadi wajib dalam keadaan tertentu.
2. Keperluan untuk membina hospital-hospital atau pusat-pusat perubatan di masjid atau di kawasan sekitarnya.
3. Wanita dibolehkan bekerja di dalam sebarang bidang pengkhususan yang membawa manfaat kepada masyarakat.
4. Doktor wanita boleh mengubati pesakit lelaki sekiranya tidak wujud doktor lain atau mana-mana pakar yang lain.
5. Wanita dibolehkan mendalami ilmu kejururawatan. Contohnya Ku’aibah yang membantu saudaranya Rufaydah.
6. Doktor Muslimah atau pembantunya wajib memakai pakaian yang menutup aurat. Ia tidak bertentangan dengan tugas yang diberi.
7. Perlunya mengambil berat terhadap ketua turus tentera dengan diberikan perhatian khusus terhadapnya. Contohnya Sa’ad bin Mu’az.
8. Mengganjari doktor wanita yang cemerlang dan pakar. Rasulullah s.a.w. memberikan sejumlah harta rampasan perang Khaybar kepada Rufaydah sebagaimana ia diberikan kepada kaum lelaki.
9. Orang-orang Islam begitu maju dalam penubuhan hospital-hospital yang merangkumi pelbagai pengkhususan.

B) Pembiayaan Program Institusi Kemasyarakatan

Allah s.w.t. menyifatkan harta sebagai paksi serta asas kehidupan masyarakat Islam. Lantaran itu Islam meletakkan antara matlamat syara’ ialah memelihara harta. Islam juga memperundangkan hukum-hukum tertentu berkaitan dengan pemeliharaan harta seperti zakat, sedekah, wasiat, waqaf dan sebagainya. Perundangan ini tidak khusus kepada lelaki sahaja, malah turut melibatkan kaum wanita. Terlalu banyak contoh-contoh yang terkandung di dalam sirah mengenai keterlibatan wanita secara langsung di dalam memberi sumbangan material sama ada zakat, sedekah, hadiah pembebasan hamba dan lain-lain.

Bidang keilmuan untuk wanita
 Kedoktoran
 Kejururawatan
 Pendidik (cikgu)
 Perubatan tradisional
 Daiyah
 Kemahiran hidup (pakar masak, menjahit, menyulam, hiasan dalaman dan sebagainya)
Hakikatnya : hanya wanita dapat menjadi guru yang terbaik untuk orang wanita dalam apa –
apa bidang yg diceburi oleh mereka.

B. MASALAH BEKERJA BAGI WANITA DAN SOLUSI ISLAM TERHADAPNYA

Pandangan Islam Terhadap Wanita Dalam Bekerja (Beramal)

Bekerja bagi wanita adalah sebahagian daripada haknya, wanita berhak beramal sepertimana lelaki beramal kerana setiap manusia yang beramal akan mendapat pahala sesuai dengan apa yang mereka kerjakan.

(2:62) Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin

(3:30) Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati segala kebajikan dihadapkan (di mukanya), begitu (juga) kejahatan yang telah dikerjakannya, ia ingin kalau kiranya antara ia dengan hari itu
ada masa yang jauh dan Allah memperingatkan kamu terhadap siksaNya dan Allah sangat Penyayang kepada hamba-hambaNya.

(9:10) Mereka tidak memelihara (hubungan) kerabat terhadap orang-orang mukmin dan tidak (pula mengindahkan) perjanjian dan mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

(67:1-2) Maha Suci Allah yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, Yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.

Namun begitu, Allah tidak membebani seseorang di luar kesanggupannya sesuai dengan
firmanNya yang bermaksud:
(2:286) Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami, ampunilah Kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

Syarat Dan Adab Bekerja
 Amal yg dilakukan diredhai Allah.
 Mendapat izin wali
 Sesuai dgn fitrah wanita
 Tidak sampai berkalwat dgn lelaki lain
 Pakaiannya tidak menyerupai lelaki
 Aktivitinya tidak menjadi pusat tarikan lelaki dan menimbulkan fitnah seperti terhadap
pakaian dan aroma perfumenya.

Perbahasan Sebelum Seseorang Wanita Keluar Bekerja

1. Sejauhmana keperluan wanita terhadap pekerjaannya.

Seorang wanita dibolehkan bekerja jika walinya tidak berupaya untuk mencari nafkah atau tidak cukup nafkahnya. Jika wanita tersebut bersuami, suaminya tidak berupaya untuk mencari nafkah atau tidak cukup nafkahnya. Wanita juga dibolehkan bekerja jika dia adalah janda apatah lagi jika ibu tunggal yang terpaksa menyara anak – anaknya. Namun jika wanita tersebut bekerja sekadar utk bermewah – mewah, sebagai alasan untuk keluar dari belenggu kehidupan rumahtangga, bosan dengan tugasan di rumah dan urusan mendidik anak - anak, maka mereka tidak digalakkan untuk bekerja bakan akan membawa fitnah yang besar jika dia terus berkerja.

2. Keutamaan pekerjaan bagi wanita

A) Aktivitinya dalam menuntut ilmu adalah yang paling utama jika posisi dirinya adalah
sebagai seorang anak.

B) Kegiatan di rumah sebagai isteri dan ibu

Sebagai seorang isteri, wanita perlu berusaha dengan bersungguh – sungguh untuk membahagiakan suaminya. Keredhaan suami akan menjadi kunci seorang wanita untuk memasuki syurga Allah. Oleh itu, seorang wanita perlu memberi layanan yang terbaik untuk suaminya dalam soal masakan, kekemasan rumah, kebersihan rumah dan dandanan diri. Isteri juga tidak boleh meminta daripada suaminya sesuatu yang di luar kemampuan suaminya.

Wanita juga perlu mempelajari cara mendidik anak dalam Islam dengan cara yang benar. Anak – anak perlu disiapkan untuk beribadah di masjid di awal usia kerana masjid adalah institusi yang terbaik untuk membentuk akidah dan akhlak anak – anak. Jadi, sebuah bilik di rumah boleh dijadikan ruang solat untuk memberi kesan yang lebih besar bagi anak dalam mengajar mereka beradab ketika di masjid nanti. Anak – anak juga perlu disiapkan untuk ke sekolah, jadi seorang ibu perlu memdedahkan kepada anak – anak dengan suasana yang bakal dialami di sekolah seperti membaca, mengira dan berkawan dengan anak – anak di sekitar rumahnya. Sebaiknya, setiap rumah mempunyai perpustakaan kecil untuk menumbuh minat membaca dan menimba ilmu anak – anak.

C) Kegiatan yang terlepas dari kaum lelaki

Wanita juga digalakkan menceburi bidang – bidang yang sangat memerlukan penglibatan wanita seperti pakar sakit puan, kedoktoran, pendidikan, dakwah dan kemahiran yang perlu dimiliki oleh wanita yang telah kita bincangkan sebelum ini.

Bantuan jika wanita berkerja

Apabila seseorang wanita terlibat dengan kerjaya, secara rasionalnya wanita tersebut tidak dapat melaksanakan tangungjawabnya dalam mendidik anak – anak dan mengurus rumah tangga dengan sempurna kerana masanya telah diperuntukkan untuk mencari nafkah tambahan untuk keluarga. Oleh hal yang demikian orang – orang yang berada di sekitarnya perlulah membantu wanita tersebut seoptima mungkin agar pendidikan anak – anak dan pengurusan rumah tangga tidak terabai dan memberi impak yang negatif terhadap sesebuah institusi kekeluargaan.

A) Masyarakat terutama pihak majikan dapat memberi jaminan kewangan seperti gaji yang berpatutan, masa rehat di hujung minggu serta cuti sakit atau bersalin, kemudahan kesihatan dan pinjaman kewangan. Sekiranya wanita tersebut mempunyai ramai anak, maka pihak majikan sebolehnya menukar wanita tersebut ke bahagian yang tidak memerlukan keterlibatan yang maksimum terhadap kerjanya supaya wanita tersebut tidak mengabaikan proses tarbiyah anak - anaknya.

B) Pengurusan rumah tangga dan pendidikan anak – anak bukan sahaja tugas isteri sahaja tapi tugas bersama suami isteri. Oleh itu suami sedar bahawa isteri juga mempunyai tugasan lain di luar rumah terutama dakwah ilallah dan sebolehnya membantu semampu mungkin isteri dalam mengurus rumah tangga seperti membantu menyediakan makanan, mengemas rumah, menghantar anak ke sekolah dan memperhatikan pendidikan anak – anak. Suami harus banyak bertolak – ansur dan berbincang dengan isteri agar semua urusan keluarga dapat berjalan dengan baik.

C) Anak – anak juga boleh diberi tugas untuk membantu kerja rumah seperti membasuh pinggan, mengemas tempat tidur, membasuh dan menggosok pakaian sekolah mereka sendiri. Anak juga perlu berusaha untuk menyenangkan hati ibubapa dan tidak membuat huru – hara dalam rumah seperti bergaduh sesama sendiri atau terlibat dengan gejala sosial yang tidak sihat. Namun begitu, ibubapa perlu menerangkan dengan baik kepada anak – anak tentang tanggungjawab mereka dan memberi kefahaman agama yang secukupnya agar anak – anak mampu berprestasi dengan baik dan menjadi anak yang dapat membahagiakan ibubapa. Kepimpinan melalui tauladan adalah pendidikan yang sangat berkesan untuk diamalkan dalam mendidik anak – anak kerana mereka banyak meniru apa yang dilihat berbanding yang didengar.

3. Jenis – jenis pekerjaan

A) Amal dakwah di jalan Allah

(9:71) Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Dapat dilihat kesepaduan kerjasama antara lelaki dan wanita dalam melakukan amal dakwah ke arah Islam dan pengukuhan hukum-hukumnya. Penjelasan di atas menunjukkan bahawa tidak syak lagi wanita Islam mempunyai peranan istimewa dan amat penting dalam melaksanakan amal dakwah bagi melengkapkan peranan kaum lelaki. Bahkan dalam sesetengah keadaan peranan mereka lebih penting, malah mengatasi peranan lelaki, terutama dalam bidang yang didominasi oleh kaum wanita. Ini kerana kaum wanita mempunyai beberapa keistimewaan tersendiri dari sudut kesediaan, kemampuan, sifat-sifat keperibadian, kejiwaan dan perasaan yang berbeza daripada kaum lelaki.

Jelas bahawa kewajipan dakwah sama sahaja antara lelaki dan wanita. Semua hujah yang mewajibkan dakwah terpakai ke atas wanita. Semua hujah wajib amal jama`ie terpakai ke atas wanita. Kewajipan wala’ `ammah dan khassah juga wajib ke atas wanita. Hakikat masa kini menunjukkan bahawa penglibatan wanita dalam dakwah dan kerja-kerjakemasyarakatan amat penting, kerana wanita adalah salah satu dari sumber kekuatan Islam. Tidak menggunakan kekuatan ini adalah satu pembaziran ke atas kekuatan yang ada. Selain dari itu masuk Islam menggunakan wanita dalam usaha menentang Islam, malah melihat wanita sebagai pintu masuk paling penting dalam usaha merosakkan Islam, oleh itu kaum wanita mesti disedarkan. Dalam hubungan ini wanitalah yang paling sesuai menyedarkan wanita.

Masyarakat Islam terawal memberikan contoh yang praktikal mengenai peranan wanita di dalam dakwah. Ummu ‘Atiyyah al-Ansariyyah umpamanya menjadikan rumahnya tempat tumpuan kaum lelaki di dalam menimba ilmu. Beliau begitu terkenal kerana keaktifannya di dalam memberi nasihat dan menyampaikan ajaran Islam di kalangan pelbagai qabilah pada zaman Nabi s.a.w. Baliau pernah diseksa dan dipenjarakan. Namun semangatnya tidak patah.
Menurut Zainab al-Ghazali di dalam bukunya yang berjudul Ila Ibnati, keadaan umat masa kini sangat memerlukan kaum wanita memainkan peranan yang aktif di dalam dakwah. Ini disebabkan penjajah Barat mengeksploitasi wanita di dalam menabur benih-benih kejahatan dan keruntuhan nilai-nilai akhlak dan kemanusiaan. Wanita Islam yang lemah pegangan agamanya serta cetek ilmunya akan terus menjadi alat propaganda syaitan di dalam melariskan kemungkaran yang ditajanya melalui media massa, sama ada media cetak mahupun media elektronik.

Menurut penelitian beliau, wanita adalah orang yang paling layak diketengahkan untuk menjalankan operasi dakwah di kalangan kaum sejenis mereka. Mereka lebih memahami tabiat, kedudukan dan permasalahan yang dihadapi kaum sejenis mereka. Dengan itu mereka lebih berupaya menembusi hati-hati mad’u dengan pendekatan yang bersesuaian serta lebih serasi dengan fitrah mereka.

Dengan penegasan oleh nas syarak mengenai kewajipan dakwah yang tidak membatasi gender, pengamalan wanita di awal Islam, kenyataan dan amalan wanita Islam kini tiada lagi alasan bagi wanita untuk tidak terlibat dalam kerja - kerja dakwah. Alasan untuk memfokuskan usaha mendidik anak di rumah tidak boleh lagi dijadikan hujah untuk tidak terlibat dalam kegiatan dakwah di luar rumah. Dalam hubungan yang sama amatlah songsang jika ada wanita yang tidak sedia terlibat dalam kegiatan dakwah di luar rumah dengan berbagai hujah syar`ie sedangkan dalam masa yang sama mereka bekerja di luar rumah dengan menjawat jawatan - jawatan kerajaan.

Medan-medan Dakwah

Dakwah bukan terbatas pada menyampaikan ceramah di masjid - masjid, memberi tazkirah di dalam liqa’ mingguan atau memberi syarahan di dalam suatu perhimpunan. Sebaliknya dakwah merangkumi usaha - usaha membentuk tingkah laku dan gaya hidup seseorang, membentuk manusia yang memiliki akhlak mulia, tutur kata yang baik, kasih sayang yang mendalam, persaudaraan yang jujur, kegigihan dalam bekerja, sabar ketika bencana, teguh setia menanggung suka dan derita.

Jelas kepada kita, medan dakwah cukup luas dan pelbagai. Setiap orang boleh dan berhak malah wajib memainkan peranan dalam mana - mana medan dakwah. Beliau bertanggungjawab menyesuaikan diri, kemampuan, kesesuaian masa, tempat, kebolehan serta kelebihan yang dimiliki untuk kerja-kerja dakwah. Seseorang wanita tidak harus memenjarakan dirinya di dalam permasalahan keluarga dan rumah tangganya yang sempit, sehinggakan seolah-olah rumah itulah sahaja dunianya, suami dan anak-anaknya sahajalah segala - galanya dalam hidup ini. Akhirnya dia menjadi seorang ukhti yang tidak mempunyai wawasan, tidak mengendahkan masa depan agama dan dakwahnya. Lama kelamaan dia menjadi wanita biasa yang larut di dalam masyarakat, lupa pada tanggungjawab serta cita-cita untuk membangunkan rumah tangga dan masyarakat Muslim yang soleh.

B) Jihad fi sabilllah

(29:6) Dan barangsiapa yang berjihad, Maka Sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (Tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.

(22:78) Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya.Dia telah memilih kamu dan dia sekali - kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, Maka Dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, Maka Dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik- baik penolong.

Hakikatnya, suatu kerja tidak akan sempurna tanpa jihad (bersungguh - sungguh) yang sebenarnya. Jihad fisabilillah atau berjihad di jalan Allah bukan sekadar bertempur di medan perang, namun ia turut merangkumi jihad dalam melawan hawa nafsu, menegakkan kebenaran, membanteras kemungkaran, menjaga lisan dan berkorbolehan harta bahkan jiwa semata – mata kerana Allah. Hasil jihad akan dinikmati oleh mereka yang berjihad dan bukannya orang lain.

C) Pekerjaan rumah tangga
Jadi, perseimbangan antara tanggungjawab dakwah dengan urusan rumah tangga amatlah dituntut. Sebagai da’iah yang memiliki kesedaran yang mendalam tentang tanggungjawab, ukhti mestilah mengatur kehidupannya secara seimbang. Rumah tangga tidak harus diabaikan kerana dakwah dan kerja. Begitu juga sebaliknya dakwah dan kerja tidak harus dikorbankan kerana sibuk melayani suami serta kerenah anak - anak. Seorang wanita mesti memahami keutamaan bagi setiap perkara, masa dan keadaan.

Ketika anak - anak masih kecil, tumpuan mesti diberikan kepada mereka, didik mereka supaya menjadi pelapis yang bakal meneruskan risalah. Namun pada masa yang sama ukhti tidak boleh meninggalkan medan dakwah sepenuhnya atas alasan mendidik anak. Tindakan ini akan membawa kerugian kepada ukhti dari segi pendedahan, pengalaman dan pahala. Dalam membuat pengimbangan antara kegiatan dakwah dan urusan rumah tangga wanita mestilah benar-benar mengetahui takat kemampuan maksimum yang boleh atau mampu diberikannya kepada kegiatan dakwah. Dia juga mesti benar-benar tahu takat maksimum urusan rumah tangga yang boleh dikongsi dengan kegiatan dakwah. Dia mesti tahu takat yang kalau dilanggar rumah tangganya akan mengalami kemudaratan. Dia juga mesti tahu takat kegiatan dakwah yang kalau ditinggalkannya akan memudaratkan dakwah. Dalam menentukan kedua-dua takat ini wanita mesti jujur terhadap dirinya, keluarganya dan dakwah yang dipikulnya. Pertimbangannya juga akan dipengaruhi bantuan dan kerjasama suami.

D) Bidang – bidang yang memerlukan tenaga wanita.

Bidang – bidang yang memerlukan tenaga wanita adalah seperti guru, daiyah, doktor, jururawat dan bahagian lain yang turut diterokai oleh wanita. Hal ini adalah kerana, wanita lebih terbuka dalam menyatakan permasalahan yang dihadapi dengan kaum sejenisnya, lebih memahami penjelasan mereka, lebih selesa bersama mereka dan lebih mendalam keterikatan hatinya. Aurat wanita juga lebih terjaga apabila bersama wanita dalam melakukan sesuatu tugasan terutama dalam soal perubatan dan dapat mencegah berlakunya kes – kes penzinaan.

4 Kemestian menjaga kesinambungan tugas dakwah ilallah pada setiap pekerjaan yangdilakukan.

Dakwah Ilallah wajib berjalan dalam semua fasa kehidupan kita. Terdapat lima fasa yang ditekankan di sini iaitu :

A. Fasa kanak – kanak (6tahun – 12tahun) – pada fasa ini, kanak – kanak amat mudah menerima pelajaran dan dilentur, maka mereka perlu diajar untuk berkomitmen terhadap amal islam, mempelajari adab – adab Islam, menghafaz ayat – ayat Al – Quran dan hadith serta mengamalkannya.

B. Sebelum masuk universiti (13tahun – 20tahun) – pada fasa ini, remaja perempuan wajib mengikuti aktiviti – aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, selalu memberi tazkirah dan terlibat dengan kegiatan sosial. Pada fasa ini, remaja tersebut mulai menumbuhkan rasa percaya diri, membina ukhwah dan belajar kemahiran hidup disamping menyebarkan dakwah kepada orang yang berada di sekelilingnya.

C. Fasa universiti – pada fasa ini, remaja tersebut tekun melakukan semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti untuk kemaslahatan dakwah disamping tidak mengabaikan pencapaian akademiknya.

D. Fasa ibu rumah tangga – pada fasa ini, seorang isteri dan ibu amat penting mengurus rumah tangga dan mendidik anak – anak dengan tarbiyah islamiyah yang sebenarnya agar anak – anak yang tumbuh membesar dapat menjadi sosok yang hebat dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Cabaran yang bakal mereka hadapi jauh lebih besar daripada zaman kita, maka didiklah mereka dengan sebaik mungkin agar dapat mengharungi cabaran yang bakal mereka hadapi nanti.

E. Fasa pekerja – pada fasa ini, pekerja wanita tidak boleh terlalai dengan kesibukan tugas mereka di tempat kerja. Mereka perlu aktif mengikuti aktiviti luar yang dianjurkan oleh pejabat dan mewarnainya dengan nilai – nilai Islam agar pendapatan yang diperoleh adalah lebih barakah.

sumber : fiqh dakwah muslimah

Ketika CINTA BERTASBIH

Bertanding bola jaring dilapangan bola jaring. Bermain badminton tentu saja di lapangan badminton. Kalau bermain bola jaring dilapangan badminton atau sebaliknya, pasti akan kacau.

Begitulah nasib aktivis islam nusantara. Maksud hati ingin mendambakan sebuah filem versi islami yang diadaptasi dari novel mega best seller Ayat-Ayat Cinta (AAC), apa daya yang tersedia adalah filem islam ala liberalisma, karya seni Hanung Bramantyo. Akibatnya jelas, fikiran umat islam sendiri yang dikelirukan. Selain dikritik oleh kelompok aktivis islam fundamental, Habiburrahman El-Syirazy Sang penulis novel sendiri turut menyatakan rasa kesalnya.

Itulah yang terjadi.

Namun atas kehendak Allah Swt., munculnya mega film ‘Ketika Cinta Bertasbih’ (KCB) yang bergenre sastra islami pada 11 Jun 2009 seolah-olah mengubati kerinduan kaum muslimin terhadap filem-filem bermutu. KCB merupakan filem kedua yang diangkat berdasarkan novel dwilogi best seller Habiburrahman El-Shirazy, setelah AAC.

Adapun, tak salah untuk saya katakan bahawa filem KCB adalah sebuah karya seni terbaik yang dinanti-nanti oleh jutaan kaum muslimin khususnya di Archipelago Melayu. Ia adalah strategi reedukatif (re-educative strategy) menerusi pembentukan pandangan alam atau worldview, kata orang sekarang, menuju sebuah masyarakat yang dinamik, bertamadun, serta bernuansa islami.

KOMENTAR SAYA TERHADAP FILEM KCB

1. KCB merupakan antithesis dari apa yang disampaikan dalam filem AAC

Filem AAC dilihat sebagai pro status quo dengan mengekalkan ajaran liberalisma. Konsep pernikahan tanpa bercouple digambarkan bakal mengundang penyesalan dikemudian hari. Poligami pula dinilai sebagai black campaign terhadap islam. Maka, di filem KCB ini cinta, ikhlas, dan poligami dikemas dalam bentuk yang arif dan bijak tanpa menghadirkan konfrontasi. Dalam filem itu dihadirkan dialog yang setara dan berdasarkan keilmuan. Anna mengajukan dua syarat sebelum menerima tunangan Furqon. Selain harus menetap di lingkungan pesantren, Anna juga tak ingin Furqon melakukan poligami selama dirinya masih hidup dan mampu melayani kewajibannya sebagai seorang isteri.

Dari adegan tersebut sempat dimunculkan perdebatan di antara kedua alumni Universiti Al Azhar, Kairo, Mesir tersebut. Namun Furqon dapat memahami permintaan Anna kerana rujukan yang digunakan memiliki dasar keilmuan yang jelas. Dalam filem itu dibentangkan kitab Al Mughni karya Ibnu Qudamah sebagai bahan rujukan.

Kemudian, dipaparkan kata-kata indah dan puitis dari Anna,

“Saya hanya ingin seperti Fatimah yang selama hidupnya berumah tangga dengan Ali bin Abi Thalib tidak dimadu oleh Ali. Dan saya ingin seperti Khadijah yang selama hidupnya berumah tangga dengan Rasulullah juga tidak dimadu…”

Novelis berdarah arab yang sering disapa dengan nama Kang Abik ini berkata, “Poligami bukan sebuah keharusan tetapi rukhsoh atau keringanan untuk penyelesaian kemanusiaan,”

2. KCB memotivasi pemuda islam agar bersiap sedia menjalani masa depan dengan keazaman tinggi.

Pesan lainnya dari filem ini adalah bagaimana perjuangan seorang anak muda melalui karakter Azzam untuk menggapai kejayaan. Cerita yang dapat menjadi inspirasi bagi kita, ketika melihat bagaimana kerja keras sang tokoh yang menuntut ilmu sekaligus berjuang menghidupi ibu dan adik-adiknya di kampung.

"Jangan hanya mahu jadi Pegawai Kerajaan. Jualan tempe dan bakso (bebola daging) sebagaimana ditampilkan dalam film ini bila ditangani profesional pasti menjamin masa depan," kata penulis novel Ayat- Ayat Cinta yang difilemkan pada tahun 2004 itu.

3. Cinta yang membawa pahala dan diredhai Allah Swt.

Cerita yang juga mampu menuntun kita, ketika melihat usaha dan perjuangan Khairul Azzam dalam menemukan jodohnya dengan tetap selalu teguh berpedoman kepada ajaran agama.

Kang Abik menghuraikan, “Sebuah bentuk cinta yang membawa manfaat atau kebaikan, cinta lawan jenis dalam koridor keagamaan.”

Ketika Cinta Bertasbih adalah filem yang sangat bagus. Ia berjaya memadukan dakwah, tema cinta, dan latar belakang budaya suatu bangsa.

Sosok ‘HAMKA kecil’ sudah muncul di Indonesia. Apakah ‘Hamzah Fansuri Zaman Moden’ bakal lahir di Malaysia pula? Mampukah penulis semisal Ustaz Hasrizal, Faisal Tehrani, Fatimah Zahra, dan lain-lain menghembuskan ‘angin tajdid’ terhadap Industry Filem Nasional?

Aku pingin masuk SYURGA

“Ibu pingin masuk syurga ?” soal seorang pemidato cilik di atas pentas. “Ya,” bergema hadirin menjawabnya. “Bapak pingin masuk syurga?” soal Bunga lagi. “Ya,” sekali lagi dewan itu bergema dengan jawapan para hadirin. “Maka, kita perlu mempersiapkan ole – ole sebelum ke sana. Jika ole – olenya bagus, ke syurga. Tapi kalau ole – olenya jelek, gobrok neraka,” terang si kecil itu.

Aku tersentak tatkala sepasang tangan singgah di atas bahuku. Aku menoleh ke arahnya dan tersenyum.

“Adik berangan ye. Jom makan, ibu dah siapkan makanan kegemaran adik, ayam masak merah dan tomyam,”ujar ibu.

“Wah, bestnya! Ni yang membuatkan adik makin sayang pada ibu,” pujiku.

“Tutup video tu dulu,” pesan ibu sebelum berlalu pergi.

Aku melaksanakan perintah ibu dan membuntutinya ke dapur. Bau masakannya sahaja cukup membuatkan aku berasa cukup lapar. Tanganku basuh dan doa kubacakan. Keasyikan menikmati masakan ibu hampir membuatkan aku terlupa sesuatu.

“Ibu, adik pingin masuk syurga! Apa ye ole – ole yang adik perlu bawa untuk masuk syurga bu?” soalku dengan penuh harap.

Ibu merenungku sekejap, kemudian tersenyum. “Bagus anak ibu, adik makan dulu. Lepas makan nanti, kemaskan semua ni dan ibu juga ada ole – ole untuk adik,” terang ibu.

Selepas membersihkan ruang makan, ibu menunaikan janjinya. Pembalut hadiah kubuka dengan penuh berhati – hati. Diari pink yang di dalamnya tercetak terjemahan al – Quran. Ibu kupeluk erat.

“Terima kasih, ibu,” ucapku.

“Di dalamnya, tertulis kata – kata Allah yang menjadi panduan untuk kita ke syurganya. Cuba adik buka surah ke – 29, ayat ke 45,” terang ibu sambil membacakan terjemahannya.

"Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan". (Al-Ankabut[29]:45)

“O… jadi untuk masuk syurga, adik perlu baca Quran dan solat tepat waktu ye, ibu?” soalku.

“Betul tu, solat dapat mencegah kita dari membuat dosa, apabila kita tidak berdosa, maka insyaAllah kita layak ke syurga,” terang ibu.

“Lagi bu?” soalku.

“Ok, adik tahu ayat apa yang menerangkan tentang aurat wanita?” soal ibu menguji pengetahuanku.

“Emm… ayah kata surah an-nur, ayatnya adik lupa la bu…” jawabku sedih.

“Ayat ke-31, bunyinya seperti ini…”

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung". (An-Nur[24]:31)

“Ibu.. ibu… adik dah kira layak masuk syurga la ye, sebab adik dah pakai tudung ?” soalku lagi.

“Aurat wanita ialah semua anggota badannya kecuali muka dan tapak tangan, tapi adik belum pakai stokin lagi kalau keluar rumah, baju lengan panjang dan pakaian tidak boleh menampakkan bentuk tubuh,” ulas ibu.

“Panaslah bu, adikkan cepat berpeluh,” keluhku.

“Itulah bayaran untuk membeli tiket ke syurga. Tadikan katanya pingin masuk syurga,” ujar ibu mengingatkan kata – kataku tadi.

“InsyaAllah, adik cuba. Ibu doakan adik masuk syurga ya,”pintaku.

“InsyaAllah, kita semua pasti masuk syurga dengan rahmat Allah jika kita sanggup untuk taat pada segala perintahNya,” jawab ibu mengakhiri perbualan kami.

Intisari :

  • pingin – sangat berkeinginan
  • ole – ole – hadiah atau bekal
  • jelek – buruk
  • bobrok - celaka

Thursday, June 11, 2009

Kenali EMOSI Anak


Ibu bapa perlu membimbing, fahami perasaan anak ketika usia semakin meningkat supaya pemikiran tidak terganggu. Kehadiran anak dalam sebuah perkahwinan memberikan makna besar kepada insan bergelar ibu dan bapa. Permata hati disambut riang gembira. Saban hari bertukar ganti, daripada telapak kaki sebesar dua jari hingga ke pandai ‘berdiri sendiri’, ibu bapa kadang kala terasa semakin jauh dengan anak yang dilahirkan.

Senario seperti ini bukan perkara baru, malah segelintir ibu bapa sendiri mengakui, semakin anak itu membesar, semakin sukar dikawal pergerakan mereka. Seorang teman menyebut ‘kalau masih kecil, bolehlah dipukul, ditampar, tapi bila sudah besar, dia pula yang memukul aku nanti’.

Realitinya bayi yang lahir ke dunia ini diciptakan memiliki emosi yang tidak sama. Ibu bapa tidak boleh menyangka sekiranya perangainya baik, maka anaknya akan mengikut perangai yang serupa. Sedikit sebanyak mungkin ada benarnya kerana pendidiknya adalah kita sebagai ibu bapa.

Tetapi pengaruh luaran kadangkala memberikan impak lebih besar kepada anak itu nanti. Sebab itulah mendidik anak perlu dilakukan mengikut zaman mereka berada, dan tidak sesuai mengamalkan didikan ‘zaman dulu’ kepada anak zaman ini.

Bagaimanapun, ramai pakar kanak-kanak bersetuju, andai emosi anak ditangani dengan baik sejak kecil, pergerakan mereka ‘lebih mudah dikawal’, umpama menekan alat kawalan jauh. Emosi yang stabil membantu melahirkan anak lebih cemerlang, emosi yang terganggu pula melahirkan anak sebaliknya.

Emosi dikaitkan perasaan iaitu suatu aspek penting dalam kehidupan seseorang. Ia menunjukkan pelbagai aspek termasuk negatif atau positif, kerana ia membantu kanak-kanak membina idea baru, matlamat dan perancangan.

Pensyarah Psikologi Perkembangan Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Mastura Badriz, berkata ilustrasi emosi yang terlihat dalam kehidupan harian kanak-kanak berfungsi sebagai satu cara bagi komunikasi untuk memberitahu dan menyatakan keperluan mereka.

“Segelintir anak yang menangis, besar kemungkinan mereka berasa takut dan memerlukan perlindungan daripada ibu bapa mereka. Kanak-kanak selalunya belum mengenali konsep masa. Sama ada sekejap atau lambat, asal saja ibu bapa tiada depan mata mereka akan mula menangis.
“Kadangkala ibu bapa selalu merungut ‘budak ni, aku tak ada depan mata seminit pun menangis’. Mereka hanya tahu, bila tiada ibu bapa depan mata, maka sudah tidak selamat,” katanya pada Seminar Celik Emosi anjuran Hal Ehwal Wanita (Helwa), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) baru-baru ini.

Beliau berkata, kanak-kanak menyuarakan ‘isi hati’ menerusi emosi yang ditonjolkan dan ibu bapa selalunya adalah idola kepada mereka. Segelintir ibu bapa yang marah terhadap anak andai menjerit, tetapi pada masa sama si ibu atau ayah tetap mengherdik seperti ‘mak kata jangan menjerit’.

Penggunaan intonasi yang tinggi, sedangkan ibu inginkan anak bersuara rendah, menjadi anak berkenaan keliru dengan apa yang diperkatakan. Memandu atau menangani emosi anak ke arah positif adalah perlu dalam usaha melahirkan anak yang seimbang.

“Setiap anak itu unik dan tersendiri. Along dan angah mungkin mempunyai emosi yang berlainan. Dalam usaha mengenali anak, ibu bapa perlu memahami emosi mereka kerana kita tidak mahu anak membesar dalam emosi yang terganggu.

“Ada anak yang sensitif tetapi ada anak yang merajuk mahu dirinya dipujuk serta dirayu. Andai betul caranya, kita ‘melayan’ emosi mereka, si kecil akan membesar merasa dirinya dihargai dan diperlukan, bukan dibiarkan bersendirian dan dibenci,” katanya.

Jenis Emosi atau Perasaan dan implikasi pada kanak-kanak:

Gembira - Membantu kanak-kanak atau remaja berfikir bagaimana melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang mereka sukai.

Marah - Membantu mencari jalan bagaimana menghadapi halangan untuk mendapat sesuatu yang dicitakan dan mengenal erti kesabaran, belajar melahirkan perasaan geram dalam bentuk yang bersesuaian dan mencari jalan penyelesaian.

Takut - Rasa terancam, suatu motivasi ingin memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal dan psikologi. Merangsang kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan takutnya, mencari jaminan mendapat ketenangan dan ketenteraman.

Sedih - Kehilangan, tidak mendapat apa yang dikehendaki menjadikan kanak-kanak berusaha lebih mendapat apa yang dicita, mencurah perasaan dan berfikir bagaimana mengatasi rasa sedih.

Geli - Selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan, suatu yang semula jadi menjadikan seseorang kanak-kanak berhati-hati agar tidak ‘terkena’ apa yang yang beliau geli. Perasaan ini perlu dihormati dan bantu mereka mencari sebab mengapa mereka berperasaan begitu.

Cemas - Asalkan tidak keterlaluan, sebenarnya ia membantu kanak-kanak berusaha mengambil langkah mengelak diri dari menghadapi masalah, belajar menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk menunjukkan sesuatu yang terbaik.

Malu - Menjadikan kanak-kanak menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak daripada melakukan sesuatu yang dikatakan memalukan. Ini membantu mereka mengawal tingkah laku mereka sendiri.

Rasa bersalah - Wujud bila kanak-kanak melakukan sesuatu yang dianggap ‘keluar’ dari ’standard’ tingkah laku yang baik. Si kecil akan berusaha untuk tidak dianggap bersalah dengan berakhlak sebaik mungkin dan sekiranya kesalahan tetap atau sudah dilakukan, perasaan ini merangsang kanak-kanak meluahkan perasaan dan menyedari agar berusaha untuk tidak mengulangi pada waktu yang lain.

Rasa bangga - Tercetus bila seseorang kanak-kanak terasa dihormati/dihargai oleh orang lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan seperti merangsang mereka meluahkan apa yang membuatkan mereka merasa bangga dan memberi peluang berkongsi rasa bangga, puas dan gembira.

Perkembangan Awal Emosi (bayi 0-15 bulan)

Emosi asas (positif dan negatif) berkembang secara ‘gradual’ terutama dalam tempoh enam bulan pertama dan selalunya ditonjolkan menerusi memek muka dan ‘eye contact’:
- gembira/seronok - senyum, pipi terangkat, mata berbentuk bulan sabit. Contoh - bila diagah.
- terkejut - angkat kening, mulut terbuka luas, bulatkan mata. Contoh - berhenti menangis bila dengar bunyi muzik atau suara jeritan
- minat - merenung, mengerutkan kening dan bibir. Contoh - merenung wajah ibu, melihat persekitaran
- marah - mengerut dan memasamkan muka, kening turun naik, mata tajam. Contoh ‘mengamuk’ bila mengantuk atau lapar, bila objek ‘dirampas’ daripada tangan.
- Sedih - muka masam dan layu, dagu tertolak ke hadapan. Contoh - ditinggalkan ibu
- Geli- berkerut kening, jelir lidah. Contoh - ‘menolak’ jenis makanan tertentu, menangis bila buang air.

Bayi antara 3 - 8 minggu sudah boleh tersenyum- perkembangan awal emosi positif. Bayi 12- 20 minggu - senyum pada wajah dan suara dikenali; senyum bila merasakan persekitaran ‘dikuasai’, mula ketawa.

- Enam bulan pertama bayi masih belum mempunyai rasa sayang/ kasih pada sesuatu/seseorang.

- Perasaan kasih mula terbentuk ketika usia antara 7 hingga 9 bulan - melalui hubungan ikatan kasih sayang, sentuhan, belaian dengan orang yang paling hampir seperti ibu dan ayah, menunjukkan rasa tidak senang/takut dengan kehadiran ‘orang asing’.

Emosi anak tatih (16-36 bulan)

Emosi turun naik seperti ‘roller coaster’
Usia 2 tahun : sudah tahu menunjukkan emosi dan emosi yang ditunjukkan memang disengajakan - tidak ragu-ragu untuk melakukannya.
Mahu ‘bebas’ tetapi tidak mahu ditinggalkan bersendirian - rasa diri ’sudah besar’ tetapi mahu dibelai.
‘reject syndrome’ - dalaman kanak-kanak bukan ‘menentang’ ibu bapa.
‘temper tantrum’ (tidak mampu meluahkan perasaan sepenuhnya dalam bentuk perkataan/verbal)

Berbagai bentuk perasaan takut: bunyi bising, suara binatang, bilik gelap, ‘hilang’ ibu bapa, perubahan persekitaran dan sebagainya (takut pada apa saja yang ‘dianggap’ bahaya).
Emosi anak prasekolah (36 bulan hingga ke usia enam tahun)

Usia 3-4 tahun sudah boleh memahami perkaitan antara emosi dan persekitaran/ sebab yang mempengaruhi emosi. Mula belajar mengawal emosi yang turun naik. Pemahaman terhadap emosi orang lain terbatas hanya kepada emosi yang ditunjukkan melalui memek muka. Perasaan takut yang terbentuk berkait dengan imaginasi dan khayalan berserta perkembangan daya kreativiti dan pemikiran abstrak. Contohnya takut hantu, takut jatuh. Lebih berdikari, kurang physical contact dengan ibu bapa. Lebih banyk bercakap untuk mencurah perasaan/menangani perasan.

Perkembangan emosi kanak-kanak usia pertengahan (7-14 tahun)

Sudah pandai menyembunyikan emosi yang negatif dengan berpura-pura menunjukkan keseronokan. Sudah mula memahami dan menghurai emosi yang kompleks : perasaan malu, rasa bersalah, rasa bangga dan cemburu. Perasaan takut mula berkembang kepada yang lebih realistik - takut sekolah, takut berkomunikasi, takut kejadian jenayah. Mahu disayangi tetapi bukan ditonjolkan depan ramai. Amat memerlukan bantuan mengenalpasti emosi marah agar tidak ‘out of control’; belajar mengawal perasan. Perlu perhatian dan dorongan mengatasi rasa takut. Mula memahami keperluan kumpulan.

Tuesday, June 9, 2009

7 Mitos Tentang Anak Manja

Sebelum terlanjur mencap anak Anda anak yang manja, sebaiknya simak dulu mitos-mitos tentang anak manja dan penjelasan dari mitos-mitos tersebut.

Mitos 1: Terlalu sering digendong akan membuat anak jadi manja. Kadang-kadang anak harus dibiarkan menangis.

Kenyataannya:
Bayi butuh digendong, bila perlu sesering Anda bisa. Bayi menangis karena mereka lapar, sakit, buang air kecil, atau karena ingin diperhatikan.

Mitos 2: Anak-anak tidak boleh memiliki perasaan bahawa mereka selalu mampu mendapatkan apa pun yang mereka inginkan.

Kenyataannya:
Diperlukan contoh yang efektif dari orang tua dalam mengajarkan anak-anak bahwa mereka tidak selalu mampu mendapatkan apa pun yang mereka inginkan. Misalnya jika anak ingin sesuatu, tanyakan padanya apa yang boleh dia lakukan untuk mendapatkan keinginan tersebut. Mereka akan belajar dan memahami, keinginan mampu terwujud jika berusaha.

Mitos 3: Memang ada anak yang manja dari “sono”nya.

Kenyataannya:
Tidak ada anak yang terlahir manja. Manja merupakan kesimpulan dan penilaian yang dibuat oleh orang terhadap pengamatan suatu perilaku. Anak yang merengek dan baru diam sesudah orangtuanya mengabulkan permintaannya, bukan berarti mereka manja. Mereka hanya berusaha mendapatkan apa yang mereka inginkan dengan berperilaku “mengancam” agar permintaannya dikabulkan. Perilaku mereka inilah yang harus diarahkan dan diubah.

Mitos 4: Bagi sebagian anak, manja merupakan gambaran yang baik.

Kenyataannya:
Manja tidak pernah merupakan gambaran yang akurat bagi anak-anak. Jangan memberikan label manja pada anak. Bila Anda memberinya label manja, maka anak cenderung menjadi manja betulan.

Mitos 5: Sangat penting untuk menegur anak bila mereka bersikap manja.

Kenyataannya:
Bila Anda menyebut si kecil manja, yang mereka dengar bukanlah manja melainkan sebagai manja yang merusak. Tanyakan pada diri Anda, perilaku yang mana yang membuat Anda menilai anak Anda manja? Bila anak Anda merengek meminta sesuatu, ajarkan anak Anda cara meminta dengan menggunakan bahasa yang baik.

Mitos 6: Anak-anak yang memiliki mainan yang berlimpah cenderung dimanja.

Kenyataannya:
Mitos tersebut tidak benar. Kita harus melihat bagaimana benda tersebut diperoleh, kegunaannya, dan bagaimana sikap anak tersebut terhadap benda-benda yang dimilikinya.

Mitos 7: Anak yang manja perlu diubah perilakunya.

Kenyataannya:
Yang perlu diubah adalah perilaku orang tuanya dalam menghadapi anak yang mengancam karena keinginannya tidak dikabulkan.

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com