Sunday, November 21, 2010

Pendidikan anak : Motivasi vs Ancaman

"Abdullah, jangan buat macam tu!"
"Kalau Abdullah buat macam tu nanti ummi marah!"
"Jangan tuang air!"
"Jangan panjat tu, nanti patah!"
Tak terkira perkataan yang macam tu keluar dari mulut setiap hari.

Pendidikan anak : Bermula dari dalam diri


Umar al-Khattab pernah berkata, "Sesungguhnya Allah memiliki orang-orang yang menghidupkan kebenaran dengan sekadar menyebutnya, dan mematikan kebatilan dengan sekadar meninggalkannya".

Mudah sahaja sebenarnya untuk mendidik anak agar jadi seorang yang pintar membaca, pintar berkata-kata, pintar mengira, akan tetapi yang paling sukar adalah membentuk keperibadiannya menjadi seorang muslim yang sebenarnya.

Friday, November 19, 2010

Kos Perubatan Si "Mayat Hidup" Ariel Sharon Mencecah 450 Ribu Dolar setahun!


sharon
Setelah kos perubatannya melebihi batas yang dibolehkan, Jabatan Kewangan Zionis Israel mengungkapkan pada Rabu kelmarin (9/11) bahawa mereka telah meluluskan kembali biaya tambahan untuk perubatan dan rawatan si tukang jagal umat Islam Palestin, Ariel Sharon yang merupakan mantan Perdana Menteri Zionis Israel.
Pemerintah Zionis akan membayar NIS 1,6 juta setahun (sekitar 450 ribu dolar AS) untuk rawatan mantan Perdana Menteri Ariel Sharon (82 tahun), Jabatan Kewangan mengatakan kepada Jawatankuasa Kewangan Knesset Rabu kelmarin. Dan hal ini juga termasuk akan memindahkan dana tambahan sejumlah NIS 1,5 juta untuk mengubahsuai kediaman mantan Presiden zionis tersebut.
Jabatan Kewangan akan memindahkan dana ke Jabatan Kesihatan untuk membayar kos perubatan si tukang jagal Ariel Sharon. Sharon sendiri dalam kondisi koma antara hidup dan mati akibat menderita pendarahan otak sejak bulan Januari 2006 lalu.
Dia dijadualkan akan segera dipindahkan ke rumahnya di Hashikmim Farm, bersama dengan semua peralatan medik yang diperlukan, setelah menghabiskan hampir lima tahun rawatan di Sheba Medical Center Tel Hashomer.
Sharon, yang saat ini berusia 82 tahun, telah terbaring koma sejak Januari tahun 2006, pertama kali dirinya dirawat di Hospital Hadassah Ein Kerem di Jurussalam dan kemudian di Chaim Sheba Medical Center di Tel Hashomer.
Jawatankuasa Kewangan juga bersetuju menambah sebesar NIS 1 juta untuk anggaran perjalanan antarabangsa Presiden Shimon Peres. (globes)
www.halaqah-online.com

semoga kita mengambil pengajaran.

Fesyen Tudung Islami


Subhanallah. Masa berlalu begitu pantas sehingga fesyen tudung Islami juga turut mengorak langkah mengejar peredaran zaman. Tahniah buat wanita Islam yang bertudung. Fesyen tudung sekarang yang mudah dipakai tanpa memerlukan kesongsang dipinkan sana sini juga turut mendorong kanak-kanak bahkan bayi senang untuk memakainya. Satu pencapaian yang cukup hebat pada penilaian saya.

Dalam keseronokan kita menggayakan fesyen tudung yang pelbagai, saya ingin sekali mengembalikan diri sendiri dan rakan pembaca kepada Fesyen Tudung Islami yang sebenar. Jom kita koreksi diri .

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


“Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com