Tuesday, June 2, 2020

Pengorbanan ibu



Terima kasih untuk semua yang bergelar ibu. Jasamu hanya Allah yang membalasnya.

Sunday, July 1, 2018

Mastika edisi September 2017 Memaparkan Kisah Tiga Wanita Berbeza Yang Menggunakan Jus Suarama

klik pada gambar untuk membaca cerita penuh

SUARAMA untuk mak


Awak biasanya, sakit dulu baru cari ubat. Atau makan supliment supaya tak sakit.

Sekarang ni banyak penyakit bertandang. Mak ayah pun sakit-sakit. Ada yang masalah buang pinggang, gaut, kencing manis dan banyak lagi.

Sambil-sambil beli untuk mak ayah kat kampung, kami amalkan suarama untuk seisi keluarga. Alhamdulillah memang pemberi tenaga untuk aktiviti yang padat setiap hari.

Masa puasa pun boleh pulun buat kerja.

eUsahawan

*[PERCUMA] PROGRAM TAJAAN KERAJAAN UTK DIREBUT]*



Kepada usahawan atau bakal usahawan yg memenuhi kritea dibawah:



1. Warganegara Malaysia

2. Berumur 18 tahun keatas

3. Minat nak buat duit online

4. Mempunyai laptop atau smart phone



REBUT PELUANG SERTAI

========================

*PROGRAM EUSAHAHAWAN*

========================

_Terokai Ilmu Perniagaan Digital Bersama eUsahawan_



Kepada semua yg memenuhi kriteria diatas, anda dijemput menyertai Program eUsahawan



Program ini sepenuhnya ditaja oleh kerajaan melalui MDEC. Ianya *PERCUMA*



*MAKAN MINUM DISEDIAKAN*



_*Apa yang saya akan belajar?*_



πŸ“³ Facebook for Business

πŸ“³ WhatsApp Marketing

πŸ“³ Copywriting Techniques

πŸ“³ Search Engine Optimization (SEO)

πŸ“³ Graphic Design



*ADA 5 PILIHAN TARIKH SHAJA*



1⃣ *29 Jun 2018* - Kuala Terengganu

2⃣ *30 Jun 2018* - Kuala Terengganu

3⃣ *01 July 2018* - Kuantan

4⃣ *02 July 2018* - Kuantan

5⃣ *06 July 2018* - Kemaman



Masa: 8.30 am - 5.00 pm



_(Detail tempat akan diberitahu didalam group whatsapp program)_



_*"Inilah program yg dah lama sy tunggu"*_



Baik. Kalau mcm tu, daftar segera di link pemdaftaran ini



Klik disini:

http://bit.ly/eUsahawan-013



ATAU utk pertanyaan klik shaja



Wasap.my/601110785439/eUsahawan



Oh ya, tempat terhad. Jadi daftar segera 😊



*#eUsahawan2018*

BUKU : MEMULAKAN BISNES SENDIRI

BUKU : MEMULAKAN BISNES SENDIRI
PENULIS : AINON MOHD


Saya beli buku ni kat muda osman.

Bercerita tentang realiti sebenar dunia bisnes. Bisnes ni banyak onak durinya. Hanya yang minat, mahir, bersungguh-sungguh dan istiqamah sahaja yang berjaya ke puncak.

Bila cerita tentang bisnes, kita bukan sekadar cerita tentang produk yang bagus, tapi juga marketing yang bagus, cara bina empayar bisness dan jaringan yang lebih besar dan cara urus akaun dengan sistematik.

Semuanya berkait antara satu sama lain. Kadang semua dah bagus. Tapi kita rompak duit bisnes. Makan terus dengan pokok-pokoknya. Terus muflis.

Kadang barang dah jual banyak tapi hutang banyak orang tak bayar balik kat kita. Pun bungkus perniagaan tu. Pn Ainon pesan, periksa dulu sejarah orang yang nak minta pesanan dengan kita. Biar orang bayar dulu, baru kita bagi barang dan perkhidmatan. Kalau tak, ramai yang tak bayar hutang walaupun bergelar datuk atau keluarga diraja sekali pun.

Kalau anda tak sanggup untuk hadapi semua halangan dalam dunia bisnes. Baik la makan gaji je, buat simpanan kat asb, tabung haji dan hartanah yang selamat dan pasti bagi dividen tetap setiap tahun.

Jangan sertai skim cepat kaya ye.

Kepada usahawan muda, laburkan duit untuk belajar daripada mereka yang telah berjaya dalam bidang masing-masing. Semuanya dah ada di depan mata. Jangan terhantuk baru mengadah.

Rohana Ghazali,
Familya Kids

#mayyababy
#suarama

Friday, May 11, 2018

PERCUMA : SEMINAR MAKANAN HALAL & TAYYIB

Ψ§Ω„Ψ³Ω„Ψ§Ω… ΨΉΩ„ΩŠΩƒΩ… و Ψ±Ψ­Ω…Ψ© Ψ§Ω„Ω„Ω‡ و Ψ¨Ψ±ΩƒΨ§ΨͺΩ‡
& salam sejahtera,

πŸ“Œ *Pertubuhan Madrasah Umamah Halimi* dengan kerjasama *Pertubuhan Pengusaha, Pengasuh Taska dan Pendidik Tadika Islamik Pahang* dengan tajaan πŸ•Œ Masjid Negeri dan Bahagian Halal JAIP akan mengadakan 🍽 _Seminar Makanan Halal & Tayyib Mengikut Sunnah_ sempena menyambut kedatangan bulan 🌜 Ramadhan Al-Mubarak 1439H/2018M seperti butiran di bawah :

πŸ—“ *Tarikh* : _12 Mei 2018 (Sabtu)_
πŸ•— *Masa* : _8.00 pagi - 4.00 petang_
πŸ“ *Tempat* : _Dewan Seminar, Masjid Negeri Sultan Ahmad I, Kuantan_

πŸ’‘Program adalah terbuka kepada orang ramai khususnya kepada peniaga dan usahawan dalam industri makanan seperti pasar tani, pasar malam, bazar Ramadhan dan gerai/restoran yang menyediakan juadah untuk orang Islam.

πŸ’‘Program seminar yang sangat informatif ini bertujuan mengetengahkan tentang kewajipan menjaga keberkatan makanan yang disediakan kepada umat Islam melalui konsep halalan tayyiban, bersederhana dan berjimat-cermat, keberkatan dalam perniagaan, makanan sunnah, penyucian harta dengan berzakat dan sebagainya bagi melahirkan umat Islam yang bertaqwa dalam menjalani ibadah puasa Ramadhan.

πŸ“– Antara kertas kerja yang akan dibentangkan oleh pakar dalam aspek kepenggunaan halal dan pemakanan ialah:

1) Makanan Halal dan Tayyib Mengikut Sunnah Rasulullah (Oleh: _Al Fadhil Ustaz Mohd Rizzal bin Ali Hanafiah, Ahli panel persijilan Halal JAIP_)

2) Industri Makanan Halal bagi Melahirkan Ummah Cemerlang (Oleh : _Al Fadhil Ustaz Nor Ridzuan Bin Abdul Manan, KPP Unit Pengurusan Halal JAIP_)

3) Menjaga Pemakanan  Mengikut Sunnah bagi Kanak-Kanak (Oleh : _YBhg. Al Fadhil Ustaz Nik Ibrahim Nik Abdullah, Pegawai JAIP_)

4) Ceramah kepentingan penyucian harta dengan berzakat (Oleh: _YBhg. Dato' Halidan bin Md Daud, Pengurus Besar Lembaga Kutipan Zakat MUIP_)

5) Pengasuhan dan Pendidikan Mengikut Pandangan Hadits (Oleh : _YBhg. Prof. Madya Dr. Ahamad Asmadi, Fakulti Pengajian Islam, UKM_)

🎊 Bersempena juga dengan sambutan *Pilihan Raya Umum Ke-14* baru-baru ini, program ini juga diadakan bagi mengeratkan semula tali persahabatan dan hubungan umat Islam melalui penglibatan para peniaga dan usahawan dalam penganjuran seminar halal ini. Insya Allah Majlis akan dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang πŸ‘€.

πŸ€— Oleh itu kami menyeru agar warga Kuantan khususnya yang terlibat dengan pengendalian dan penyediaan makanan agar dapat turut serta memeriahkan majlis ini.

πŸ₯˜ *Makanan dan minuman disediakan sepanjang seminar.*
*Sijil akan diberikan kepada peserta yang hadir.*

πŸ’° Sumbangan derma/infaq/zakat/sedekah juga dialu-alukan bagi mengisi dana kebajikan *Madrasah Umamah Halimi 06019010094084 (Bank Islam)*

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi *En. Mutalib* (013-9318460) atau *En. Farid* (018-9114810). Untuk penyertaan, sila klik _link biru_ di bawah dan berikan *nama penuh*  untuk pra-pendaftaran.

https://chat.whatsapp.com/3wa8VSdEMU72JSk1144nhW
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

⏱ Penyertaan seminar ini masih dibuka sehingga group online ini penuh dan tarikh tutup penyertaan ialah pada *11 Mei 2018* jam *10.00 malam*.

P/s: πŸ˜„ Sila sampaikan mesej ini kepada kawan-kawan anda terutamanya kepada peniaga dan pengusaha makanan sekitar Daerah Kuantan dan negeri Pahang. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.
*Mencari yang Halal dan Bersih itu Tuntutan Agama*

Tuesday, May 9, 2017

Tadika Kuantan Termurah

Kami adalah guru tadika dan taska Madrasah Umamah Halimi.

Menjaga anak-anak tadika dan taska adalah kerja kami. Tapi kalau kami dan anak-anak ini saling menyayangi adalah satu anugerah.

Memang tengok cikgu-cikgu sayang sangat kat anak-anak kat sini. Kalau yang taska tu mesti cikgu kiss dulu sebelum balik.

Belum lagi kes parent kene pujuk anak balik rumah sebab anak-anak tak nak balik. Seronok duduk sini katanya.

Dari pagi hingga petang jaga mereka. Lepas solat asar, sempat lagi cikgu-cikgu layan anak-anak main layang-layang, berbasikal, main bola dan aktiviti lain untuk outdoor aktiviti.

Malam pula buka untuk kelas mengaji umum untuk anak-anak sekitarnya. Confirm malamnya, nyenyak tidur kami.

Kami ada surau sendiri kat sini yang mesra anak-anak. Jadi, join kami di tadika, taska, kelas mengaji @ nak solat bersama di sini. Kg rumbia, beserah kuantan.

Jaminan harga paling murah kerana bangunan sendiri tanpa menyewa dengan orang lain. Tempat pun luas dan selamat untuk aktiviti indoor dan outdoor.

Hubungi pn hana 011-10785439

Sunday, April 23, 2017

Kemalangan Kecil 25 Mac 2017

Subhanallah.sekali lagi Kali terlibat dalam kemalangan. Tiba-tiba bunyi kuat pada kereta.

"Break bi break!" Itu je ayat yang terkeluar saat ITU.

Saat saya keluar Dari kereta, Tayar belakang dah tercabut.

Tayar tergolek ke seberang Jalan.


Alhamdulillah, ramai yang membantu.

Akhirnya, dapatlah balik rumah. Tanpa ada kecederaan

Thursday, November 26, 2015

Berkorban Untuk Orang Yang Kita Cintai Lebih Mudah Berbanding....


Berkorban untuk orang yang kita cintai amat mudah berbanding berkorban untuk orang yang kita benci. Itulah sunnatullah yang telah ditetapkan oleh Allah. Lalu Allah mencipta rasa cinta, sakinah, mawaddah dan warahmah.

Diletakkan rasa itu ke dalam hati suami isteri agar mereka mampu untuk berkorban untuk pasangan mereka. Bersabar dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Allah meletakkan rasa cinta ibubapa kepada anak-anak mereka agar ibubapa sanggup untuk berkorban demi membesarkan anak-anak mereka. Walau pelbagai rintangan melanda, mereka kuat mengharungi segalanya demi cinta mereka kepada anak-anak.

Lalu belajarlah mencintai orang di sekeliling kita dengan cinta kerana Allah. Agar kita mampu berkorban untuk mereka kerana Allah. Lalu yang akan membalas pengorbanan kita itu juga Allah.

Balaslah Kejahatan Itu Dengan Kebaikan

Subhanallah wa biham dihi... Subhanallah hil azim

Rasulullah s.a.w. itu selalu meninggalkan teladan untuk kita dengan penuh sabar dan hikmah. Balaslah kejahatan itu dengan kebaikan, nescaya kamu akan melihat dua orang yang bermusuhan itu seperti dua orang yang bersaudara.

Dalam banyak peristiwa, Rasulullah s.a.w. meninggalkan contoh untuk kita melayan orang yang menganiaya kita dengan penuh kasih-sayang. Saat disentap pakaiannya oleh seorang yang belum Islam saat itu dengan alasan Rasulullah s.a.w. belum membayar hutangnya, Rasulullah s.a.w tidak marah. Bahkan terus membayar hutang orang tersebut ditambah dengan cenderahati yang lain. Akhlak yang terpuji ini lantas membuka hati orang tersebut untuk memeluk Islam.

Dalam peristiwa dakwah di Thaif, Rasulullah s.a.w dibaling dengan batu sehingga berdarah. Namun yang dibalasnya adalah dengan sebuah doa kasih-sayang penuh pengharapan. "Ya Allah, jadikanlah anak-anak yang lahir dari kaum ini adalah orang yang membela Islam". Alhamdulillah, anak-anak tersebutlah yang menjadi tentera Islam yang memerangi golongan murtad selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

Walaupun terlihat mustahil, tapi percayalah bahawa pasti terjadinya sebuah keajaiban dengan seizin Allah. Apa lagi, jom kita praktikkan sunah ini dalam kehidupan kita.

Monday, September 21, 2015

Berusaha dan berdoa

Subhanallah... Alhamdulillah...

Saat Allah membantu, semuanya berjalan dengan jayanya. Berusaha dan berdoa. Kata kunci yang amat praktikal.

Jom saya kongsikan satu kisah...

Sunday, September 20, 2015

Carta Komunikasi

Terdapat juga individu palsi serebrum yang bukan saja tidak berupaya untuk bertutur, tetapi juga tidak boleh berkomunikasi melalui penggunaan makaton atas sebab masalah pergerakan tangan termasuk jemari mereka. Mereka juga tidak berupaya atau sukar untuk menulis. Mereka ini mungkin boleh diajar berkomunikasi melalui penggunaan carta komunikasi.

Carta komunikasi merupakan suatu carta yang mengandungi koleksi simbol yang disertai perkataan masing-masing dan nombor serta abjad. Simbol-simbol tersebut merupakan kata-kata yang biasa digunakan dalam kehidupan harian seseorang individu palsi serebrum. Ia termasuklah aktiviti-aktiviti hariannya seperti makan, minum, tandas, baca, fisioterapi(Physiotherapy - PT) dan terapi cara kerja (Occupational Therapy - OT); panggilan seseorang seperti saya, bapa, cikgu dan kamu; mood dan kesihatan seseorang seperti gembira, sedih, marah dan sakit; ucapan seperti selamat pagi, terima kasih dan minta maaf; hari dan waktu seperti semalam, hari ini, esok, masa, pagi dan petang; objek-objek yang berkaitan seperti kereta, bas dan roti; jawapan ya dan tidak; dan sebagainya.


Bila saatnya ditimpa musibah

Bila saatnya ditimpa musibah,

Maka berdoalah supaya Allah mengantikan kepadamu dengan sesuatu yang lebih baik.

Berdoakanlah agar diteguhkan iman untuk mnghadapinya.

Percayalah bahawa musibah ialah ujian dan kasih-sayang Allah kepadamu.

Dan akhirnya, kamu akan mengerti kenapa Allah merencanakan musibah itu kepadamu.

Saturday, August 22, 2015

Terapi Pertuturan

Terapi pertuturan merupakan terapi yang fokus kepada masalah pertuturan dan masalah komunikasi verbal serta masalah kesukaran menelan. Masalah pertuturan merujuk kepada masalah-masalah yang menghalang penghasilan suara seseorang dan juga penggabungan suara untuk menghasilkan kata atau frasa yang bermakna dan boleh difahami. Manakala, masalah komunikasi verbal pula merujuk kepada kesukaran untuk memahami percakapan seseorang dan memberi respon kepadanya. Masalah kesukaran menelan merangkumi masalah untuk makan dan minum serta ketidakupayaan mengelak air liur daripada meleleh keluar.

Saturday, August 15, 2015

Kriteria yang perlu ada pada tudung kita


Tepung kek dan tepung naik sendiri

TEPUNG NAIK SENDIRI

500gm tepung gandum

7 sudu teh baking powder

1 sudu teh garam


Campurkan semua dan ayak sebanyak 3 kali. Dan siap 

tepung naik sendiri. Boleh simpan dalam bekas bertutup dan 

bila nak nak guna bolehlah guna tanpa was-was....


TEPUNG KEK

3/4 cawan tepung gandum

1/4 cawan tepung jagung

Ayak keduanya dan jadilah untuk secawan tepung


kek...kalau nak banyak buatlah lagi sebanyak mana kita


mahu....

Friday, June 26, 2015

Merasakan Syurga dan Neraka bagai di hadapan mata

Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w itu apabila duduk dalam majlis ilmu bersama Rasulullah s.a.w itu sangat-sangat dapat merasakan bahawa syurga dan neraka itu bagaikan di hadapan mata.

Wah, hebat gitu? Kita pula bagaimana? Adakah majlis ilmu itu untuk menambah ilmu atau yang tersisa di ingatan hanya selitan gurauan penceramah yang menyenangkan. 

Hakikatnya, jika si pemberi ceramah punya hubungan yang kuat dengan Allah dan si pendengar pun sama. Maka adalah tidak mustahil untuk kita pada zaman ini merasa seperti para sahabat Rasulullah s.a.w.

Rasa, hidayah dan kekuatan untuk berubah itu adalah milik Allah. Hadiah istimewa ini akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. 

Ya, Allah kurniakanlah kami apa yang telah engkau kurniakan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. Amin.

Habiskan Buku Bacalah Anakku dalam tempoh 5 Bulan

Alhamdulillah. Belum pun 6 bulan di Tadika Lestari Perdana, Balok Perdana, Kuantan, Pahang. Fadhilah (5 tahun) sudah lancar membaca buku 1 hingga 8 Bacalah Anakku. Memang cikgu-cikgu bersungguh-sungguh mengajar agar setiap pelajar dapat membaca dengan lancar.

Pelbagai kaedah digunakan secara bertahap dan konsisten. Disertai rekod dan analisa terhadap rekod serta permasalahan pelajar dilakukan. Memang bukan kerja mudah. Tapi diakhirnya kita akan menarik nafas lega.

Dah dapat membaca akhirnya anak-anak kita :)

Nota : Anak 4 tahun pun boleh habiskan buku 8 dalam 5-6 bulan jika pelajar tersebut ada tahap IQ yang bagus.

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com