Monday, September 21, 2015

Berusaha dan berdoa

Subhanallah... Alhamdulillah...

Saat Allah membantu, semuanya berjalan dengan jayanya. Berusaha dan berdoa. Kata kunci yang amat praktikal.

Jom saya kongsikan satu kisah...

Saya mulanya telah pun diluluskan cuti 2 hari iaitu 18/9/15 jumaat (hari akad nikah adik ipar) dan 21/9/15 hari isnin (hari walimah belah kami-lelaki).


Ditakdirkan Allah, pada 14/9/15, saya dapat surat tawaran kursus KSPK anjuran sektor swasta JPN Pahang yang akan dibuat pada 21/9/15.

Alhamdulillah, bila dibincang berkali-kali dengan en suami, dia akhirnya bagi kebenaran untuk saya pergi kursus dengan syarat rancang semua dengan baik. 

Jadi saya pun merancang la.

Malam 17/9, kami balik kelantan berenam dengan kereta
Pagi 20/9, naik bas dari Kota Bharu ke Kuantan dengan anak bongsu kami
Pagi 21/9, pergi kursus dengan kereta Cikgu Erin. Pastikan ada yang jaga anak bongsu kami
Malam 21/9 en suami dan 3 anak balik pahang

Setelah melayari laman web bas trasnasional, baru la tahu boleh beli tiket online kat cawangan berdaftar dengan trasnasional. Anda boleh layari http://www.transnasional.com.my . Boleh tengok juga masa bas bertolak, destinasi nak pergi, stesen terdekat, harga tiket dan sebagainya. Lepas tu boleh beli dengan cawangan terdekat dengan anda.

Bayangkan, saya kat Balok Perdana, Jadi cawangan tiket berdekatan dengan saya ialah stesen Petronas Balok Makmur. Subhanallah. 

  Pastikan maklumat pada tiket yang diprint pada anda betul sebelum balik rumah ye.Kalau nak tukar tarikh ke apa-apa, boleh telefon kepada nombor transnasional yang tertera. Bagusnyer.... 

Balik kampung

Lepas selesai semua urusan kerja, 8.30malam 17/9, kami pun bertolak balik. Sampai bachok,Kelantan 2pagi. Alhamdulillah. Esoknya 18/9, pagi akad nikah. Malamnya balik Tumpat. 19/9 pagi balik Bachok untuk kemas rumah. Ramainya tetamu bertandang. Nak layan tetamu lagi, nak kemas rumah lagi, nak siapkan cenderahati lagi... Malamnya sedara-sedara kat Johor pun sampai, penuh rumah. Seronok juga bila dapat berkumpul.

Malam tu, anak yang bongsu (Husna) demam, batuk, selesema dan muntah. Bila saya tengok anak macam tu, saya pun cakap kat en suami, "Saya tak jadilah naik bas balik Pahang!"

Balik Pahang

Pagi 20/9, suhu badan Husna dah ok balik, tapi selesema masih ada. Jadi, saya pun naik la juga bas ke kuantan. Bas jangka bertolak pukul 8.30pg tapi sebab pak cik tu tukar tayar bas dan ada orang silap beli tiket bas, maka pukul 9 pagi baru bertolak. Husna pun dah meragam mencari kereta en suami yang meninggalkan kami di situ.

Air mata dah melimpah juga. Ya Allah, semoga Husna baik-baik aje dalam bas nanti. Mahu dia muntah, berak atau nangis tak berhenti, tak tahulah nak buat apa. Sebaik naik bas, bagi Husna makan roti dan minum air. Pakaikan baju lengan panjang dan selimutkan bagi selesa. Bas kan ada aircond.Pastu Husna pun tidur hampir 4 jam. Bila dia bagun pun, dia tak buat hal.  Pukul 2.45petang, kami tiba di stsn Kuantan.

 Bas Rapid

Sampai di terminal Kuantan, ambil bas rapid ke terminal bas rapid di stadium. Dari situ ambil bas ke balok makmor, bas tu akan berhenti di balok Perdana. Menapak la balik rumah. Alhamdulillah, sempat solat zohor dan asar di rumah. Malamnya Husna muntah lagi. Doalah lagi banyak-banyak.

Kursus

Pagi tu mulanya Husna tak nak pergi rumah nany yang baru. Nany lama balik kampung. Lepas mandikan, pakai baju, minum susu, kami pun menapak ke rumah nany. Macam ok la pula Husna masa tinggal kat rumah akak tu. Senyum je. Alhamdulillah!

Allah permudahkan juga jalan ke sk bunut rendang. Kejap je dah sampai tanpa sesat biar pun first time datang. Kursus pun best. Prasekolah dia gempak. Sebelum balik sempat solat asar dan jalan pun tak jem walaupun dah masa pekerja balik rumah. Sampai rumah nany 6.10petang. Husna tersenyum panjang. 

Kita yang merancang, Allah yang menentukan dengan jalan yang terbaik untuk kita. Di luar jangkaan dan jangkauan kita.


No comments:

Post a Comment

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com