Saturday, December 20, 2014

KSIHATAN Sendi (GAUT)


Berbanding penyakit lain, sakit sendi sering dianggap remeh kerana dirasakan tidak berbahaya hingga menyebabkan kematian. Tanpa menyedari penyakit dideritai ialah Artritis Reumatoid (RA), pesakit lambat mendapatkan rawatan, menyebabkan usaha mengubatnya sukar. Ini kerana RA mengambil masa lama untuk menunjukkan gejala ketara.

Sekitar lima daripada 1,000 individu di Malaysia dan 23.7 juta individu di seluruh dunia menghidap RA. Ia penyakit serius dan progresif yang boleh menyebabkan kerosakan sendi yang tidak boleh dipulihkan. Presiden Yayasan Artritis Malaysia, Dr Amir Zain berkata, RA ialah penyakit auto imun sistemik kronik yang menyakit dan melumpuhkan.
Kesan penyakit awal

"Individu dengan artritis akan mengalami kesakitan, bengkak dan kejang pada sendi, terutama di tangan, kaki dan lutut. Kajian menunjukkan individu dengan RA adalah 40 peratus lebih berkemungkinan untuk mengalami kesihatan am yang sederhana atau teruk berbanding individu tanpa RA.

"Sebagai tambahan kepada simptom yang menyakitkan dan kesan seterusnya ke atas kualiti hidup, RA adalah penyakit jangka masa panjang yang boleh membebankan penyakit dari segi ekonomi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Xeljanz (tofacitinib sitrat) pilihan rawatan oral untuk pesakit RA aktif tahap sederhana hingga teruk yang tidak dapat diubati atau tidak toleran terhadap methotrexate (MTX) di ibu negara, baru-baru ini.

Meskipun RA boleh menyerang semua peringkat umur, ia biasanya berlaku dalam lingkungan umur 40 hingga 70 tahun serta menyerang dua hingga tiga kali lebih ramai wanita berbanding lelaki.

Pesakit RA mempunyai taraf fungsi lebih teruk daripada mereka yang mempunyai osteoartitis dan kira-kira enam kali lebih berkemungkinan untuk menanggung caj perubatan berbanding mereka yang tidak mempunyai artritis.

Sendi diserang mengalami kerosakan dalaman dan sekitar tulang. Tiada rawatan khusus untuk menyembuhkan penyakit ini. Pesakit memerlukan rawatan yang bukan hanya untuk menangani kesakitan dan keradangan, juga mengekang proses perkembangan penyakit.

Lebih teruk lagi, RA juga dikaitkan dengan penyakit lain termasuk penyakit kardiovaskular, jangkitan kuman dan masalah kesihatan mental. Dalam kalangan masyarakat kita, kesedaran dan pengetahuan mengenai RA masih pada tahap rendah. Lazimnya pesakit tidak menghiraukan gejala penyakit itu kerana menyangka ia sakit sendi biasa. Mereka hanya mendapatkan rawatan apabila sakit semakin teruk.

Pakar reumatologi yang berkhidmat dengan Arizona Arthritis & Rheumatology Associates, Dr John Tesser pula menjelaskan, Xeljanz adalah terapi baru yang penting. Ia berfungsi menerusi mekanisme berbeza dan menambah kepada pilihan terapeutik, seterusnya meningkatkan keupayaan pakar reumatologi untuk merawat penyakit autoimun yang serius ini.

"Memandangkan tahap keterukan dan kesan penyakit ini, ketersediaan Xeljanz memberi pilihan rawatan tambahan kepada pesakit yang mempunyai RA aktif tahap sederhana hingga teruk yang tidak toleran kepada terapi lain yang sedia ada.

"Tidak seperti terapi biologi lain yang mensasarkan sitokin di luar sel, Xeljanz bekerja (jauh) di dalam sel untuk laluan merencat laluan Janus kinase (JAK), lalu menghentikan isyarat dan pengeluaran sitokin yang terbabit dalam keradangan RA. Satu lagi manfaat tambahan bagi Xeljanz adalah ia tidak memerlukan suntikan atau infusi," katanya.

Turut hadir, Ketua Farmaseutikal Inovasi Global Pfizer Malaysia/Singapura, Lee Jin Jack. Keberkesanan dan keselamatan Xeljanz dibuktikan dalam program pembangunan klinikal sedunia yang komprehensif membabitkan hampir 4,800 pesakit yang dirawat dengan tofacitinib yang menghasilkan kira-kira 7,000 tahun pengalaman pesakit dengan tofacitinib.

Dalam kajian klinikal, Xeljanz 5 miligram dua kali sehari menunjukkan keberkesanan klinikal sama ada ia diambil secara monoterapi atau digabungkan dengan DMARD bukan biologi seperti methotrexate (MTX) dalam pelbagai populasi pesakit, termasuk pesakit yang tidak menunjukkan tindak balas kepada DMARD bukan biologi atau DMARD biologi, seperti ajen perencat faktor nekrosis tumor (TNF).

Program fasa 3 oral (Percubaan Fasa 3 Artritis Reumatoid) meliputi lebih 550 lokasi di lebih 40 negara seluruh dunia. Program itu merangkumi enam percubaan klinikal yang lengkap, sebagai tambahan kepada satu kajian lanjutan jangka masa panjang yang masih berjalan.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7522#sthash.TGQ5n0YC.dpuf

No comments:

Post a Comment

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com