Wednesday, November 30, 2011

Perancangan Keluarga



Kenapakah saya perlu mengambil berat mengenai perancang keluarga?
Merancang keluarga bermaksud menentukan bilakah masa yang sesuai untuk mempunyai anak dan berapakah bilangan yang di ingini oleh pasangan tersebut.

Masa yang sesuai untuk wanita mempunyai anak:
• Berumur diantara 20 dan 35 tahun
• Mempunyai anak kurang dari 2-3 orang
• Kelahiran anak terakhir 2-3 tahun lalu
• Tidak mempunyai penyakit yang menjejaskan kesihatan ibu dan bayi
• Pasangan ingin mempunyai anak

Ibu dan bayi adalah berisiko jika faktor-faktor diatas tidak di penuhi. Dari itu wanita adalah digalakkan mengamalkan kaedah perancang keluarga.

Apakah kaedah-kaedah perancang keluarga yang ada?
1. Kaedah semulajadi
o Kaedah masa subur
o Suhu badan asas
o Kaedah cairan dan lendiran faraj
o Kaedah gabungan
o Kaedah tanpa haid tempoh penyusuan

2. Kaedah halangan
o Kondom
o Topi servik
o Diafram

3. Hormon
o Pil
o Implan
o Suntikan

4. Alat dalam rahim

5. Kaedah kekal
o Ikatan tiub fallopian/peranakan
o Pembedahan mengikat saluran mani lelaki

Apakah faedah merancang keluarga?
Faedah-faedahnya termasuklah:
• Meningkatkan kualiti hidup wanita, pasangan dan anak-anak
• Membantu wanita merancang dan menjarakkan kehamilan untuk kesihatan ibu dan anak yang lebih baik
• Untuk mengelakkan kehamilan yang tidak di ingini
• Untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi
• Merancang keluarga membaiki kesejahteraan keluarga

Apakah kaedah yang sesuai untuk saya?
Anda perlulah menentukan kaedah yang paling sesuai untuk anda dengan bantuan anggota kesihatan.
Faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum memilih kaedah perancang keluarga:
• Umur wanita tersebut
• Taraf kesihatan
• Keberkesanan kaedah
• Kaedah yang disukai individu
• Kaedah yang terdapat di klinik

Bagaimana untuk saya tahu yang saya tidak hamil sebelum memulakan perancang keluarga?Sebelum memulakan perancang keluarga, anda harus memastikan anda tidak hamil.
Wanita tidak hamil jika beliau tidak mempunyai tanda-tanda kehamilan dan mempunyai kriteria seperti di bawah:
• Dalam masa 7 hari selepas haid normal
• Dalam masa 7 hari selepas keguguran
• Dalam masa 4 minggu selepas kelahiran untuk ibu-ibu yang tidak menyusukan bayi
• Ibu-ibu yang menyusukan anak dalam masa 6 bulan kelahiran dan belum lagi turun haid
• Belum lagi melakukan seks sejak haid terakhir

Sekiranya kehamilan belum lagi dipastikan, anda perlu :
• melakukan ujian kehamilan air kencing atau
• tunggu sehingga haid berikutnya (kondom dan penggunaan bahan pembunuh sperma boleh digunakan sementara menunggu haid berikutnya)

Bilakah kaedah perancang keluarga perlu dimulakan?
1. Hormon (pil)
o Wanita tidak hamil- bila-bila masa, terutamanya dalam masa 7 hari
o Selepas keguguran- mulakan serta merta
o Selepas kelahiran :-
􀂃 Jika tidak menyusukan bayi-mulakan 3 minggu selepas melahirkan
anak
􀂃 Jika menyusukan bayi- mulakan 6 bulan selepas melahirkan anak atau
lebih awal jika berhenti menyusu atau digantikan dengan susu formula

2. Suntikan hormon
o Mulakan dalam masa 7 hari haid
o Mulakan serta merta selepas keguguran
o Selepas kelahiran
􀂃 Sekiranya tidak menyusu-serta-merta selepas melahirkan anak
􀂃 Jika menyusukan bayi-6 minggu selepas melahirkan anak

3. Alat dalam rahim
o Semasa haid
o Serta merta selepas keguguran
o 6-8 minggu selepas kelahiran sebelum memulakan hubungan seks
4. Kaedah kekal
o Wanita (Ikatan tiub fallopian/ tiub peranakkan)
􀂃 serta-merta selepas melahirkan atau
􀂃 6 minggu selepas melahirkan atau
􀂃 Semasa pembedahan kelahiran/ Caesar atau
􀂃 Bila-bila masa
o Lelaki (Vasektomi)
􀂃 Bila-bila masa

Adakah kaedah perancang keluarga yang digunakan semasa kecemasan berkesan untuk mengelak kehamilan
Keberkesanan Pil perancang yang di gunakan semasa kecemasan ialah 75% manakala
keberkesanan Alat dalam rahim pula adalah 99.9% untuk mengelak kehamilan.

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya terlupa mengambil pil kombinasi hormone paket 21 (seperti Marvelon, Nordette) ?• Lambat memulakan
o Tidak melakukan seks atau menggunakan kondom atau gunakan bahan
pemusnah sperma sehingga anda mengambil turutan 7 pil.

• Terlupa 1 pil
o Ambil serta-merta dan sambung yang lain seperti biasa.

• Terlupa 2 atau lebih pil
o Gunakan kondom untuk selama 7 hari
o Ambil pil hormon
o Kira berapa bilangan pil hormone yang masih tinggal dalam paket, jika 7 biji atau lebih, makan pil yang tinggal seperti biasa. Jika kurang dari 7 pil hormone yang tinggal, makan baki pil yang tinggal itu seperti biasa dan mulakan paket baru pada hari esoknya.

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya tertinggal pil hormone progestin ? (cth, Noriday)Ambil pil terakhir yang tertinggal serta-merta. Elakkan seks. Sambung mengambil pil berikutnya seperti biasa. Jika tidak dapat mengelak dari melakukan seks, gunakan kaedah perancang yang lain selama 48 jam.

Sekiranya tiub fallopian/ peranakan saya telah diikat?
Kaedah pembedahan adalah kaedah kekal dan pembedahan untuk membukanya dapat dilakukan tetapi mungkin tidak akan berjaya.

Di manakah saya boleh mendapat khidmat bantuan untuk perancang keluarga?
Khidmat Perancang Keluarga terdapat di semua Klinik Kesihatan Kerajaan, Klinik Lembaga Pembangunan dan Kependudukan Negara (LPPKN) dan Klinik Pertubuhan Perancang Keluarga.

Bahan Rujukan
• WHO 1998 Health workers' manual on FAMILY PLANNING OPTIONS
• KKM 21-22June 2001 Family Planning program guideline
• WHO 2002 Selected practice recommendations for contraceptive use
• The National Women's Health Information center Nov 2002 Emergency
Contraception

panduankelahiran

Wednesday, November 23, 2011

Penceraian

Penceraian adalah perkara halal yang paling dibenci oleh Allah. Kenapa Allah menghalalkannya ? Kenapa pula paling dibenci  jika ianya halal ? Pengalaman saya menghadapi realiti penceraian insan-insan di sekitar menyebabkan saya memahami secara telus kenapa ia perkara halal yang paling dibenci Allah.
Seboleh-bolehnya penceraian cuba dielakkan dalam setiap perkahwinan. Kenapa ? 

Setelah bercerai, kebanyakan suami akan mula mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah dan perhatian kepada anak-anak yang sedang membesar. Lebih-lebih lagi jika suami mempunyai keluarga baru. Jadi isteri perlu bekerja keras untuk menampung beban belanja yang kian bertambah. Kesibukan isteri akan menyebabkan anak diabaikan. Anak-anak akan memberontak dengan tekanan yang diterima oleh mereka sehingga terlibat dengan masalah sosial seperti dadah, rogol, buang bayi, merempit dan sebagainya. 
Masalah yang tercetus menimbulkan kemarahan ibubapa kepada anak-anak yang dikatakan tidak tahu menilai penat lelah mereka menari rezeki. Sedangkan anak-anak mulai membenci ibubapa yang seringkali mengabaikan mereka. Mereka mendapat gambaran peranan ibubapa yang salah dalam mendidik anak-anak. Apabila anak-anak mulai berkeluarga mereka juga meniru gaya ibubapa mereka yang salah dalam membesarkan anak-anak.

Amat sedikit anak-anak yang menjadi mangsa penceraian ibubapa mampu untuk berfikir secara rasional dan berusaha menjadi anak dan ibubapa yang baik setelah mereka berumahtangga. Hakikatnya, walau selama mana pun masa berlalu, calar di hati anak-anak terhadap apa yang mereka lalui di zaman kanak-kanak dan remajanya akan terus kekal hingga ke akhir hayatnya.

Banyak lagi kesan negatif yang akan dirasai oleh mereka yang bercerai dari segi ekonomi, emosi dan sosialnya. Namun Allah tetap menghalalkan penceraian sebagai solusi terakhir bagi sebuah perkahwinan yang tidak dapat diselamatkan lagi. Kenapa ?

Kerana mungkin dengan penceraian itu, pasangan yang bercerai akan menemui pasangan yang lebih dapat menerima mereka seadanya dan memenuhi tanggungjawab yang sebelum ini terabai. Penceraian juga menyelamatkan pasangan yang didera secara fizikal dan emosi. Ia memberi satu nafas baru untuk isteri dan suami memulakan hidup baru mengikut haluan yang terbaik untuk diri mereka.

Jadi, belajarlah untuk menjadi pasangan yang terbaik untuk suami/isteri anda. Kita bercinta bukan sekadar di dunia tapi hingga ke akhirat sana. Terimalah setiap yang berlaku dengan redha kerana pasti ada hikmah yang tidak kita ketahui di sebaliknya. Kepada yang masih bersama, semoga berkekalan selamanya dan kepada yang terpisah, semoga ia adalah keputusan yang paling tepat yang anda putuskan dalam hidup anda.
panduankelahiran

Thursday, November 10, 2011

Alia Khairiyah

Alhamdulillah.Ana selamat melahirkan Alia Khairiyah binti Muhammad Farid seberat 2.9kg pukul 11.37pm 29 okt 2011 di Hospital Tumpat, Kelantan.

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com