Saturday, January 9, 2010

Menyusukan anak ketika Hamil

Sebenarnye tidak salah untuk meneruskan penyusuan badan kepada anak anda. namun, beberapa perkara perlu anda ambil kira...
  • Anda perlu kalori dan khasiat tambahan jika anda menyusu semasa hamil. Minta nasihat pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk panduan pemakanan.
  • Kebiasaannya ibu menjadi lebih penat. Dapatkan rehat secukupnya. Anda boleh melelapkan mata dengan berbaring ketika menyusukan anak anda.
  • Puting anda mungkin lebih sensitif semasa hamil. Pastikan lekapan bayi anda adalah betul. Bernafas dalam-dalam dapat mengurangkan sedikit kesakitan.
  • Anak anda tidak akan 'mencuri' kolostrum dan lain-lain khasiat daripada adiknya yang masih dalam perut jika dia menyusu, kerana badan anda tahu yang mana yang perlu didahulukan.
  • Susu badan anda mungkin akan berkurangan semasa usia kandungan 4 bulan dan rasanya juga mungkin berlainan. Semasa ini penghasilan kolostrum mungkin telah bermula. Anak anda mungkin akan berhenti sendiri menyusu badan semasa umur ini.
  • Jika anak anda yang sedang menyusu berusia kurang daripada setahun perhatikan pertambahan berat badannya. Minta nasihat pakar kanak-kanak tentang perkembangan berat badannya. Anda mungkin perlu menambah susu formula selain daripada makanan pelengkap yang diambilnya.
  • Jika anda tidak berhajat untuk menyusukan anak anda selepas bayi dalam perut lahir ('tandem nursing'), maka anda perlu membuat perancangan untuk menyapihnya semasa hamil ini. Jika anda ingin menyapihnya selepas kelahiran bayi baru, mungkin dia akan merasa terganggu emosi. Cara yang biasa diamalkan, "jangan tawarkan, tetapi jangan menolak jika dia nak".

Penyusuan susu badan kebiasaannya tidak boleh diteruskan jika:


Panduan mudah lain ialah, jika semasa hamil doktor anda menasihatkan untuk anda tidak melakukan seks, maksudnya semasa ini juga anda tidak boleh menyusu badan.

Dalam Islam pula, tiada halangan untuk ibu hamil menyusukan anaknya:

Info ini saya dapat daripada Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, dalam Menyusui Anak Ketika Mengandung di blognya.

Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).

Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.

Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)

Walahu a’lam.

Rujukan :Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 10.

Persediaan Sebelum Kelahiran PERMATA HATI



Bagi menyambut kelahiran cahayamata, pelbagai persediaan perlu dibuat. Biasanya bakal ibu dan bapa lebih menumpukan kepada persediaan barangan keperluan bayi manakala persediaan ibu dan bapa sering diabaikan. Dan kadang-kala hanya selepas bersalin baru membeli barang si ibu. Namun sebenarnya yang paling penting ialah persediaan fizikal, mental serta keperluan ibu itu sendiri selain keperluan bayi anda. Kehadiran cahayamata amat dinanti tetapi jika tidak bersedia tentu menjadi pengalaman yang sukar bagi anda.


Tentu anda tertanya apakah yang diperlukan?


Dapatkan tip ringkas di bawah ini



Tip-tip persediaan menyambut cahayamata


1. Beli barangan keperluan ibu dan bayi
  • Barangan boleh mula dibeli ketika mengandung 6 bulan ke atas dan sebaiknya sebelum 9 bulan. Kelahiran biasanya boleh terjadi 2 minggu awal dari tarikh jangkaan.
  • Sediakan senarai barangan yang perlu dibeli agar tidak tertinggal

Keperluan Bayi
Pakaian
baju lengan pendek/panjang
seluar pendek/panjang
sarung tangan & kaki
topi
lampin/lampin pakai buang
selimut
barut bayi
kain
tuala mandi bayi
almari/bakul pakaian
sapu tangan
tikar getah bayi
beg bayi
Mandian
sabun bayi
bedak bayi
losyen bayi
syampu bayi
besen mandi bayi
putik kapas
bakul alatan mandian
pengalas mandian tidak licin
termometer mandian
sikat/berus rambut
Penyusuan
botol susu
puting
berus botol susu
bekas simpan botol susu (warmer)
sterilizer
Tidur
bantal, bantal peluk dan tilam
sarung bantal dan tilam
katil bayi
Lain-lain
minyak kembung perut
tisu lembab
pemotong kuku
pembersih hidung

Beg ke hospital

Bayi
pakaian bayi
sarung tangan dan kaki
selimut bayi
botol susu
lampin/lampin pakai buang
topi
Keperluan Ibu
Pakaian
baju
kain batik
pad bersalin
stokin
sapu tangan
selipar
bengkung
Makanan/Jamu
susu
pil tambahan kesihatan
jamu bersalin
Penyusuan badan
bra menyusu
bantal menyusu
pad payudara
pam perah susu(ibu bekerja)
poncho menyusu
Lain-lain
bidan/tukang urut
batu tungku
buku panduan kelahiran

Beg ke hospital
Ibu
kad pengenalan
surat pemeriksaan doktor
baju ibu
kain batik
baju untuk pulang
pad bersalin
stokin
bra menyusu
pad payudara
seluar dalam
sabun, berus gigi &
ubat gigi
sikat rambut
tuala mandi
selipar
sapu tangan
minyak urut
biskut, makanan ringan
& air
kamera dan pastikan
ada filem dan bateri !!!

Jangan lupa sediakan beg !


2. Persediaan mental dan fizikal
  • Banyak bertanya dengan doktor, ibu bapa atau beli buku panduan.
  • Hadiri kelas ante-natal yang disediakan oleh sesetengah hospital.

3. Senarai nama hospital untuk bersalin
  • Pastikan anda telah mula membuat pemeriksaan pada bulan ke 8 di hospital pilihan anda. Biasanya pihak hospital swasta menetapkan syarat 2 atau 3 pemeriksaan terakhir mesti dibuat di hospital berkenaan.
  • Bagi hospital kerajaan pemeriksaan perlu dibuat dari bulan ke 4.

4. Beg ke hospital
    • Sediakan beg ke hospital (boleh juga letakkan di dalam kereta) bermula bulan ke 8 mengandung atau lebih awal.

5. Jika anda mempunyai anak, pastikan anda mempunyai tempat tinggal/penjaga untuk menjaga anak anda ketika ke hospital.
  • Anda mungkin bersalin pada waktu malam dan pasti anda tidak mahu bawa anak bersama anda.

6. Simpan duit dari awal jika anda ingin bersalin di hospital swasta(bagi mereka yang tiada tanggungan dari pihak majikan) atau untuk kecemasan.



7. Cari orang untuk menjaga anda ketika pantang samada ibu atau pembantu.




8. Bagi Ibu bekerja perlu dapatkan tempat penjagaan bayi anda


sumber : http://mamadamia.com/

panduankelahiran

Friday, January 8, 2010

Saat Kelahiran - Bersalin Anak Sulung

SOALAN:


Saya seorang ibu muda yang sedang hamil buat kali pertama. Oleh sebab kami tiada pengalaman menghadapi kelahiran bayi ini, saya rasa amat risau.

Bolehkah puan doktor menerangkan tanda-tanda kelahiran supaya kami lebih bersedia untuk menghadapi saat itu dan bila sepatutnya kami ke hospital untuk melahirkan bayi kami ini?

Ibu Musykil
Pahang

JAWAPAN:

Perasaan risau dan resah adalah menjadi perkara biasa bagi seseorang ibu yang sedang menunggu saat kelahiran bayinya, terutama bagi ibu yang akan melahirkan bayi yang pertama. Ramai di antara ibu juga mengalami kesukaran untuk tidur pada saat sebegini. Sokongan suami dan keluarga amatlah penting pada ketika ini.

Untuk mengelak daripada kekecohan apabila tanda-tanda kelahiran muncul, puan dinasihatkan untuk membuat persediaan awal bagi beg dan barang keperluan puan ketika di hospital. Barang-barang untuk diri puan (baju, kain, tuala, berus gigi) dan juga untuk bayi puan perlu dikemas dan disediakan dua atau tiga minggu sebelum tarikh jangkaan kelahiran bayi puan.

Apabila masa semakin hampir dengan tarikh kelahiran, beberapa tanda boleh muncul yang menunjukkan kelahiran akan berlaku. Puan perlu tahu perkara ini supaya langkah yang tepat dapat diambil tanpa 'panik'.

Pada akhir tempoh kandungan, kekerasan perut rahim semakin kerap berlaku. Kekerasan ini berlaku tanpa diiringi dengan kesakitan. Keadaan ini dipanggil "Braxton Hicks contraction".

Beberapa tanda yang mungkin berlaku apabila proses kelahiran bermula adalah seperti berikut:

Show atau tanda: Keadaan ini berlaku apabila terdapat mukus (lendir) yang bercampur dengan darah di faraj. Pengeluaran mukus yang berdarah ini menunjukkan lubang serviks sudah mula terbuka yang menyebabkan mukus ini terkeluar. Tanda ini adalah yang paling awal (pertama) lazim berlaku.

Pecah air ketuban: Tekanan disebabkan oleh pengecutan (kontraksi) rahim menyebabkan pembocoran selaput karung bayi. Air ketuban tidak mempunyai warna tetapi berbau hanyir berbanding dengan air kencing yang berwarna kuning dan berbau hancing. Air ketuban ini keluar melalui lubang kebocoran dengan cara lelehan sedikit demi sedikit ataupun secara tumpahan air yang banyak. Air ketuban yang berwarna hijau menunjukkan bahawa bayi sudah pun membuang najisnya sebelum dilahirkan. Pembuangan najis (meconium) ini mungkin disebabkan oleh bayi yang lemas atau bayi yang terlebih matang.

Kesakitan di bahagian perut dan belakang seperti senggugut (tetapi kesakitan ini lebih teruk daripada senggugut). Kesakitan ini akan datang secara berkala. Kekerapan kesakitan akan berlaku sekurang-kurangnya setiap 10 minit. Tempoh kesakitan pula berlaku selama 20 hingga 40 saat. Apabila proses kelahiran sebenar tiba, kekerapan kesakitan semakin rapat iaitu setiap dua atau tiga minit sekali dan tahap kesakitan bertambah kuat. Puan perlu membuat persediaan untuk ke hospital apabila kesakitan kerap berlaku iaitu setiap lima dan 15 minit dan kesakitan ini tidak hilang apabila puan cuba berehat atau berjalan-jalan. Jangan panik kerana proses bersalin memakan masa yang agak panjang terutamanya bagi ibu yang akan melahirkan anak yang pertama (lazimnya lapan hingga 12 jam). Tanda-tanda ini tidak semestinya datang secara turutan seperti di atas tetapi salah satu mungkin datang terlebih dulu atau mereka muncul secara serentak.

Apabila puan mengalami tanda-tanda di atas, puan dinasihatkan tidak memakan makanan sebelum puan ke hospital. Keadaan ini penting kerana makanan yang dimakan sewaktu kesakitan dalam proses bersalin tidak dihadamkan dan tidak diserapkan. Proses penghadaman dan penyerapan makanan berlaku dengan lambat sekali apabila seseorang berada dalam kesakitan proses bersalin.

Ada juga salah faham mengenai cara mendapat tenaga untuk meneran apabila seseorang ibu itu makan sewaktu sakit untuk bersalin. Pemakanan yang tidak hadam boleh membahayakan ibu jika kelahiran dibuat secara pembedahan atau ada komplikasi yang memerlukan pembiusan umum (general anaesthesia).

Article Source: http://www.mengandung.com/tips

Sumber Petikan: Utusan 15 Julai 2002 Ruangan Tanya Doktor

Cara Membuat Selusuh

Para ulama menghasilkan selusuh berpandukan pelbagai ayat di dalam al-Quran. Langkah-langkah untuk membuat selusuh:

Cara A

1. Al Fatihah

2. Surah al Hasyr ayat 21


3. Selawat Syifa (Penyembuhan)



4. Bacakan doa : "Ya Allah, dengan hak Maryam dan dengan hak mereka yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rahmat". Kemudian ditiup pada air atau minyak dan perlu diminum tujuh hari sebelum tarikh jangkaan bersalin

5. Sapukan air atau minyak di perut ibu dari atas ke bawah dengan bacaan selawat (7 kali)

6. Minyak selusuh perlu diminum sebanyak satu sudu apabila terasa sakit bersalin

Cara B

  1. Beristighfar (3 kali)
  2. Menghadiahkan bacaan kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga, para sahabat dan para pengikutnya.
  3. Al Fatihah (1 kali)
  4. Selawat (11 kali)
  5. Alam Nasyrah (7 kali)
  6. Al-Ikhlas (3 kali)
  7. Al Falaq (3 kali)
  8. An Naas (3 kali)
  9. Al Fatihah (1 kali). Kemudian berdoa apa yang dihajati.

Cara C

  1. Al Fatihah. Apabila sampai di ayat 5, lintaskan di dalah hati memohon dimudahkan bersalin sebanyak tiga kali.
  2. Selawat Syifa (7 kali)
  3. Surah al Hasyr, ayat 21 (3 kali)
  4. Surah al-A'raf ayat 54 (3 kali

5. Hembus pada air, minyak atau kurma.

Thursday, January 7, 2010

Perjumpaan Pertama Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Ratuhati.com

"rasa menyesal pun ada kerana tak menuntut ilmu penyusuan susu ibu sebaik mungkin semasa mengandung.. saya mula tersedar semasa 4 hari saya mula bekerja.. dari situ saya banyak mencari sumber-sumber rujukan sehinggalah sekarang ni.."
Luahan hati sidah09, yang menghadapi masalah penyusuan susu ibu. Harap sidah09 berjaya dalam misinya.

Ratuhati.com akan menganjurkan perjumpaan pertama Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Ratuhati.com. Perbincangan mengenainya di forum. Semua ahli dan bukan ahli dijemput hadir.

Aktivitinya adalah breastfeeding talk & sharing.
Amyshazz atau Aishah, Kaunselor Laktasi akan bersama dengan kita. Masa ni kita boleh tanya soalan tentang breastfeeding. Sangat sesuai untuk semua, terutamanya ibu mengandung dan yang sedang menyusukan anak. Anak dara pun boleh.

Juga akan diselitkan selingan demonstrasi babywearing daripada Malaysian Babywearer (wakil: charantya atau shida). Siapa yang ada masalah dengan sling yang dibeli dipersilakan datang untuk bertanya soalan.

Tarikh : 23 Januari 2010
Masa : 9.00 - 11 pagi
Tempat: Akan diberitahu kemudian (sekitar Kuala Lumpur)
Bayaran: RM10 Dewasa, RM2 kanak-kanak umur atas dua tahun
Makanan: Catering. Menu akan diberitahu kemudian.

PENDAFTARAN

Untuk pendaftaran,

1. MELALUI EMAIL

boleh email kepada pentadbir@ratuhati.com

Subjek: Saya mahu daftar Perjumpaan Pertama Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Ratuhati.com

Nama:
Peserta: (Berapa orang - D= Dewasa, K=Kanak-kanak)Contoh:
Nama: Asniza (ummi)
Peserta: 2 D, 2K

2. MELALUI FACEBOOK

Atau boleh terus daftar di Facebook.

PELABURAN

Yuran penyertaan boleh dibayar terus kepada akaun berikut:

Akaun: Maybank
No akaun: 162106958791
Nama: Asniza Kamarul

Email bukti pembayaran kepada: pentadbir@ratuhati.com

7... 8...9...10

7... 8...9...10 januari.

Tinggal menghitung hari menanti kelahiran bayi kedua.
Semoga dipermudahkan Allah segala urusan pada hari-hari mendatang. Amin.

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com