Tuesday, November 3, 2009

BOIKOT ISRAEL : Antara Kepentingan Peribadi & Kepentingan Ummah ?



Salam ukhwah untuk semua. Boikot Israel adalah isu lapuk yang yang tidak akan habis dibicarakan dan diperjuangkan oleh mereka yang mengaku bahawa mereka adalah muslim yang cintakan Islam, cintakan Allah, Rasul, Masjidil Aqsa dan seluruh umat Islam terutama yang berada di bumi Palestina khususnya.

Dalam memperjaungkan BOIKOT ISRAEL, yang mana yang patut kita menangkan : KEPENTINGAN PERIBADI atau KEPENTINGAN UMMAH ?

KEPENTINGAN PERIBADI :
1. Harga Produk Boikot lebih murah berbanding barangan alternatif terutama bagi penggila TESCO.
2. Produk Boikot adalah barangan yang berjenama dan sering keluar dalam iklan tv.
3. Produk Boikot senang didapati di mana - mana pasaraya atau kedai runcit di seluruh negara.
4. Produk Boikot adalah barangan keperluan yang telah menjadi darah daging kita sejak dari kecil seperti MILO, NESTLE, UNZA, UNILIVER, J&J, COCA-COLA DSB.

Yang pasti bagi kita, penderitaan di Palestine jauh dari penglihatan, pendengaran dan pengetahuan kita. Yang mati itu bukannya anak atau saudara mara kita, yang dirobohkan itu bukannya rumah - rumah kita. Lalu sekadar lisan yang menggungkapkan simpati sedangkan kita enggan untuk turut membantu dengan menghalang kekejaman yang menimpa mereka kerena nasib malang itu bukan menimpa kita tapi mereka.

KEPENTINGAN KITA & UMMAH :
1. Dengan memboikot Produk Boikot, kita menyekat bantuan kewangan ISRAEL untuk memusnahkan umat Islam di bumi Palestina khasnya. Ada pahala dalam jihad ini untuk kita.
2. Barangan Muslim lebih terjamin kualiti barangan dan kehalalannya. Barangan yang baik dan halal baik untuk pertumbuhan fizikal dan pembantukan peribadi mukmin yang sejati.
3. Dengan memperjuangkan barangan muslim, ia dapat membantu perkembangan ekonomi umat Islam itu sendiri untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi.
4. Barangsiapa yang membantu orang muslim yang berada dalam kesusahan, maka Allah akan membantu setiap kesulitannya.

-> tepuk dada, tanyalah iman .

Wednesday, October 14, 2009

Bilakah Pendidikan Anak Bermula?

Ada satu soalan menarik, “Bilakah sepatutnya kita mula mendidik anak? adakah selepas 5-6 tahun? atau 2 tahun? atau ketika mengandung lagi?”

Sebenarnya, anak di dalam kandungan sudah mula mendengar, berfikir, merasa dan sebagainya. Di antara perkara yang sangat mempengaruhi anak adalah emosi. Anak di dalam kandungan sangat peka terhadap emosi ibunya, jadi ketika mengandung kita perlu menjaga emosi. Kajian mendapati seorang ibu yang selalu murung ketika mengandung akan melahirkan anak yang juga tidak stabil emosinya, berbanding bayi yang dilahirkan oleh ibu yang selalu ceria ketika mengandung.

Makanan ketika mengandung juga perlu diperhatikan, kajian mendapati di antara makanan yang baik dimakan ketika mengandung adalah badam, gajus dan kacang-kacang lainnya. Selain itu, ibu mengandung juga digalakkan makan ikan yang dimasak tanpa kepala dan minum susu kacang soya.

Lebih detail lagi boleh lihat dalam artikel mengapa yahudi bijak?

Cuma nak ditekankan disini bahawa orang yahudi yang cuma bilangannya di dunia dalam 15 juta boleh mengusai dunia berbanding 1.6billion ummat islam di saluruh dunia? mereka bersungguh-sungguh dalam mendidik anak mereka. Education is the first bussines!

Pernah kira tak berapa banyak duit yang kita sanggup keluarkan untuk menyekolahkan anak kita seumur hidupnya nanti? bagaimana kalau saya katakan bahawa kalau anda mengeluarkan duit itu lebih awal sedikit, lalu belanjakan ia untuk mendidik anak anda sejak kecil lagi, faedahnya jauh lebih besar dari menghabiskan beratus ribu ringgit mengahantar dia ke universiti?

Otak seorang bayi apabila dia baru lahir sudah mencapai 50% perkembangannya, mencapai 80% pada usia 2 tahun dan 90% pada usia 5 tahun. Seorang bayi adalah sangat-sangat genius kerana perkembangan otak mereka yang sangat pesat, mampu menyerap begitu banyak ilmu dan berkembang menjadi pemikiran yang tajam akan mula terhenti apabila usianya mencecah 5 tahun.

Pakar pendidikan awal kanak-kanak barat menyatakan “sekiranya anak anda sudah berusia 2 tahun tetapi anda masih belum lagi mula mendidik mereka secara serius, lupakanlah dia dan dapatkan anak yang baru!”. 10 minit mendidik anak pada ketika usia di bawah 2 tahun lebih bermanfaat dari 10 bulan yang dihabiskan untuk mendidik anak selepas usia mereka 8 tahun.

Kajian juga mendapati bahawa keperibadian anak akan mula terbentuk setelah usia mereka 8 tahun. Pada ketika ini, sudah amat sukar untuk merubah keperibadian mereka lagi.

http://anakkusayang.com/

Monday, October 12, 2009

Tanda - tanda Persediaan Untuk Anak Ke Tandas

Tanda-tanda anak anda sudah bersedia untuk latihan ke tandas (untuk mencuba, tidak semestinya anak anda ada kesemua tanda-tanda berikut)

Skil Bahasa

  1. Mampu mengikut arahan (cth: “Tanggal seluar, pergi ke tandas.”).
  2. Bercakap dua patah perkataan (cth:"babai yak", “jom yak”).

Skil Kognitif

  1. Meniru perbuatan orang dewasa (cth: menyapu lantai)
  2. Memahami sebab dan akibat (cth: kalau kencing, seluar basah)

{mosimage}Skil Emosi

  1. Suka mendapat pujian dengan mengikut arahan anda
  2. Menunjukkan bantahan, tidak patuh kepada arahan anda
  3. Cuba untuk berdikari dalam aktiviti seharian (cth : berkeras untuk makan sendiri, cuba menanggalkan seluar sendiri)
  4. Bangga dengan kepunyaan sendiri (“adik punya” dan “yak adik”)
  5. Suka mengikut dan melihat anda atau kakak/abangnya ke tandas.

Skil Motor

  1. Boleh berjalan dengan baik
  2. Boleh menanggalkan seluar sendiri
  3. Boleh berdiri tegak 5 minit tanpa bantuan
  4. Boleh menahan kencing dan berak (lampin akan kering lebih 2 jam tetapi bila basah, basah dengan banyak sekali)
  5. Buang air besar pada masa yang sama hampir setiap hari

Penjagaan Badan

  1. Tidak selesa dengan lampin yang basah atau bernajis
  2. Tidak mahu memakai lampin dan suka menanggalkannya
  3. Meminta untuk menggunakan kerusi ‘potty’
  4. Menunjukkan ekspresi muka, badan, perbuatan atau percakapan jika mahu buang air. (cth: akan pergi ke satu sudut tertentu di rumah)

Melatih anak ke TANDAS ?

Melatih anak ke tandas untuk membuang air kecil atau besar merupakan satu fasa yang cukup mencabar kepada anak dan ibu bapa serta memakan masa yang agak panjang.

Kemahiran mengawal pundi kencing dan usus besar berbeza antara satu kanak-kanak dengan yang lain. Kanak-kanak perempuan juga biasanya didapati dapat mengawal pundi kencing dan usus besar lebih awal daripada kanak-kanak lelaki.

Menurut pakar, kanak-kanak biasanya mula dapat mengawal pundi kencing apabila berumur sekitar 15 ke 18 bulan. Pengawalan usus besar biasanya berlaku lebih awal daripada pengawalan pundi kencing. Anak juga lebih mudah memberitahu hendak membuang air besar daripada membuang air kecil.

Kesediaan anak untuk tugasan ini bergantung kepada perkembangan otak, saraf dan otot-ototnya. Cuba melatih anak yang belum bersedia akan memberi tekanan kepada anak dan ibu bapa. Tekanan mungkin melambatkan perkembangan ini. Ibu bapa harus melalui fasa ini dengan tenang dan realistik.

Saya biasanya melatih anak ke tandas sekitar usia anak 20 bulan ke 2 tahun apabila anak mula menunjukkan bahawa mereka tidak suka memakai lampin dan cuba membukanya sendiri. Pada usia ini anak juga dapat menahan kencing lebih lama.

Kanak-kanak 2 ½ tahun boleh menahan kencing selama 4 hingga 5 jam dan makin bertambah bila umurnya bertambah. Mereka biasanya lebih yakin dan tidak mahu memakai lampin di siang hari.

Buat permulaan ibu bapa perlu bertanya anak dari masa ke semasa sama ada mereka hendak buang air. Elakkan daripada mendesak. Kita mungkin perlu menemani anak ke tandas. Buat permulaan kita juga perlu sentiasa membasuh mereka dengan betul kerana mereka belum faham konsep istinjak.

Pastikan juga anak di ajar membasuh tangan dengan betul sebelum keluar dari tandas. Keadaan bertambah mencabar apabila anak ingin melakukan sendiri. Bimbing anak dengan sabar dan libatkan abang dan kakak mereka supaya kita dapat menjaga kesucian rumah. Sediakan tuala berhampiran tandas untuk anak mengelap badan. Mereka mudah tergelincir jika berjalan dalam keadaan badan yang basah

Berilah pujian setiap kali anak dapat buang air kecil atau besar di dalam tandas. Nyatakan bahawa dia telah melakukan sesuatu yang baik dan tunjukkan kegembiraan anda.

Sekiranya anak membuang air besar atau kecil di dalam seluar, bawa ke bilik air , tukarkan pakaiannya tanpa memarahi dan membuat kecoh mengenainya. Memarahi dan menghukum anak lebih memudaratkan kerana mereka mungkin tidak mahu langsung bimbingan dari kedua orang tuanya.

Pada peringkat ini, sebaiknya pakaikan mereka seluar yang mudah dibuka iaitu seluar bergetah sahaja tanpa butang dan zip. Rumah juga lebih baik tidak dihampar dengan tikar dan karpet setiap masa supaya najis dapat dibersihkan dengan mudah.

Ada juga kanak-kanak yang takut untuk menggunakan tandas kerana lubangnya yang besar. Mereka juga takut terjatuh ke dalamnya. Biasanya saya membenarkan anak membuang air kecil di lantai dalam tandas dan buang air besar di dalam bekas najis di dalam tandas. Saya dapati mereka juga takut untuk ke tandas di rumah orang lain dan apabila hari hujan lebat.

Berkongsi pengalaman peribadi, anak kedua saya mula bersedia untuk tidak memakai lampin pada bulan November iaitu bermulanya musim tengkujuh. Ini lebih menyukarkan kerana dia lebih kerap kencing kerana cuaca yang sejuk. Tambahan pula dia anak yang lasak dan sukar untuk memujuknya ke tandas. Saya kemudian memutuskan untuk mula melatihnya selepas musim tengkujuh.

Anak yang menyusu badan sehingga dua tahun juga lebih mudah untuk dilatih. Mereka kurang membuang air besar dan kecil berbanding susu botol kerana susu badan lebih mudah hadam.

Kita juga perlu lebih berwaspada kerana pada peringkat ini kanak-kanak bermain dengan air kencing dan najis adalah satu perkara biasa. Ini bukan bermakna mereka degil atau pengotor. Kanak-kanak terpesona dengan apa yang keluar daripada tubuh mereka.

Bermain dengan air kencing juga sering beraku kerana sememangnya kanak-kanak suka bermain air pada peringkat ini. Semua anak-anak saya pernah melakukan perkara ini.

Pada suatu ketika tanpa disedari seorang daripada anak saya bersembunyi di dalam bilik dan membuang air besar di dalam seluar. Kemudian dia menconteng dinding dengan najisnya seperti membuat aktiviti kreatif. Bayangkan bagaimana sukarnya untuk saya menahan perasaan marah dan mencuci kotoran yang dilakukan di dinding. Alhamdulillah ia hanya berlaku sekali sahaja. Saya dapat rasakan bahawa anak tahu perasaan marah melalui memek muka walau bagaimana saya cuba menyoroknya.

Ada juga anak yang cuba merasa air kencing dan memakan najisnya sendiri. Ini juga kerana naluri ingin tahu dan mencuba mereka yang sangat tinggi. Biasanya mereka tidak akan mengulangi tindakan ini kerana tidak suka dengan rasanya.

Di kampung saya dahulu, ada satu kepercayaan berkaitan perkara ini. Anak yang memakan najisnya sendiri dipercayai akan mengalami kerencatan otak. Jadi apabila ada anak yang memakan najis sendiri, emaknya akan pergi ke rumah-rumah jiran meminta beras untuk di buat bubur dan diagih-agihkan semula sebagai cara untuk mendoakan supaya perkara ini tidak terjadi.

Walaupun anak sudah pandai ketandas, kebanyakan kanak-kanak belum boleh meninggalkan kencing malam sehingga usia 3 tahun. Ada yang lebih lambat sehingga 4 dan 5 tahun.

Apa yang boleh membantu adalah memastikan mereka tidak minum air terlalu banyak dan kencing dahulu sebelum tidur. Pasangan lampu malam supaya memudahkan anak ke tandas apabila perlu. Pada peringkat ini saya sentiasa memasang lampu tandas pada waktu malam supaya anak tidak takut untuk ke tandas.

Kita juga boleh menggunakan lapik getah di bawah cadar. Juga elakkan membuat kecoh apabila anak kencing malam sekali sekala sebaliknya berikan bimbingan dan keyakinan kepada mereka.

Biasanya anak akan mempunyai keyakinan dan harga diri yang lebih tinggi apabila sudah pandai ke tandas. Kesediaan setiap kanak-kanak adalah berbeza dan pakar juga berpendapat tabiat ini juga mungkin diwarisi daripada ibu atau ayah.

Apa pun kadang-kadang masalah anak terkencing dalam seluar dan membasahkan tilam pada waktu malam berulang semula. Ini biasanya berpunca daripada kebimbangan anak seperti bertukar pengasuh, mula ke taska atau tadika dan pergaduhan ibu bapa. Rujuklah kepada pakar sekiranya masalah berlarutan atau anak menunjukkan perkembangan yang tidak normal dalam perkembangan ini.

Melatih anak ke tandas memerlukan kesabaran yang tinggi. Di taska kami sentiasa peka kepada perkembangan ini dan banyak membantu. Biasanya lebih mudah melatih kanak-kanak di taska kerana suasana yang lebih kondusif. Biasanya pengasuh akan memperingatkan semua kanak-kanak dari masa ke semasa. Mereka juga seronok berlatih ke tandas bersama kanak-kanak lain.

Apa pun anak perlu dilatih untuk ke tandas. Dalam proses memperolehi kemahiran ini anak akan melakukan banyak kesilapan dan sikap ibu bapa banyak mempengaruhi kejayaan mereka. Ibu bapa yang terlalu mengongkong dan mengharapkan kesempurnaan biasanya akan melambatkan proses ini.

http://praskgumisi.blogspot.com/

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com