Friday, May 11, 2018

PERCUMA : SEMINAR MAKANAN HALAL & TAYYIB

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
& salam sejahtera,

📌 *Pertubuhan Madrasah Umamah Halimi* dengan kerjasama *Pertubuhan Pengusaha, Pengasuh Taska dan Pendidik Tadika Islamik Pahang* dengan tajaan 🕌 Masjid Negeri dan Bahagian Halal JAIP akan mengadakan 🍽 _Seminar Makanan Halal & Tayyib Mengikut Sunnah_ sempena menyambut kedatangan bulan 🌜 Ramadhan Al-Mubarak 1439H/2018M seperti butiran di bawah :

🗓 *Tarikh* : _12 Mei 2018 (Sabtu)_
🕗 *Masa* : _8.00 pagi - 4.00 petang_
📍 *Tempat* : _Dewan Seminar, Masjid Negeri Sultan Ahmad I, Kuantan_

💡Program adalah terbuka kepada orang ramai khususnya kepada peniaga dan usahawan dalam industri makanan seperti pasar tani, pasar malam, bazar Ramadhan dan gerai/restoran yang menyediakan juadah untuk orang Islam.

💡Program seminar yang sangat informatif ini bertujuan mengetengahkan tentang kewajipan menjaga keberkatan makanan yang disediakan kepada umat Islam melalui konsep halalan tayyiban, bersederhana dan berjimat-cermat, keberkatan dalam perniagaan, makanan sunnah, penyucian harta dengan berzakat dan sebagainya bagi melahirkan umat Islam yang bertaqwa dalam menjalani ibadah puasa Ramadhan.

📖 Antara kertas kerja yang akan dibentangkan oleh pakar dalam aspek kepenggunaan halal dan pemakanan ialah:

1) Makanan Halal dan Tayyib Mengikut Sunnah Rasulullah (Oleh: _Al Fadhil Ustaz Mohd Rizzal bin Ali Hanafiah, Ahli panel persijilan Halal JAIP_)

2) Industri Makanan Halal bagi Melahirkan Ummah Cemerlang (Oleh : _Al Fadhil Ustaz Nor Ridzuan Bin Abdul Manan, KPP Unit Pengurusan Halal JAIP_)

3) Menjaga Pemakanan  Mengikut Sunnah bagi Kanak-Kanak (Oleh : _YBhg. Al Fadhil Ustaz Nik Ibrahim Nik Abdullah, Pegawai JAIP_)

4) Ceramah kepentingan penyucian harta dengan berzakat (Oleh: _YBhg. Dato' Halidan bin Md Daud, Pengurus Besar Lembaga Kutipan Zakat MUIP_)

5) Pengasuhan dan Pendidikan Mengikut Pandangan Hadits (Oleh : _YBhg. Prof. Madya Dr. Ahamad Asmadi, Fakulti Pengajian Islam, UKM_)

🎊 Bersempena juga dengan sambutan *Pilihan Raya Umum Ke-14* baru-baru ini, program ini juga diadakan bagi mengeratkan semula tali persahabatan dan hubungan umat Islam melalui penglibatan para peniaga dan usahawan dalam penganjuran seminar halal ini. Insya Allah Majlis akan dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang 👤.

🤗 Oleh itu kami menyeru agar warga Kuantan khususnya yang terlibat dengan pengendalian dan penyediaan makanan agar dapat turut serta memeriahkan majlis ini.

🥘 *Makanan dan minuman disediakan sepanjang seminar.*
*Sijil akan diberikan kepada peserta yang hadir.*

💰 Sumbangan derma/infaq/zakat/sedekah juga dialu-alukan bagi mengisi dana kebajikan *Madrasah Umamah Halimi 06019010094084 (Bank Islam)*

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi *En. Mutalib* (013-9318460) atau *En. Farid* (018-9114810). Untuk penyertaan, sila klik _link biru_ di bawah dan berikan *nama penuh*  untuk pra-pendaftaran.

https://chat.whatsapp.com/3wa8VSdEMU72JSk1144nhW
👇👇👇

⏱ Penyertaan seminar ini masih dibuka sehingga group online ini penuh dan tarikh tutup penyertaan ialah pada *11 Mei 2018* jam *10.00 malam*.

P/s: 😄 Sila sampaikan mesej ini kepada kawan-kawan anda terutamanya kepada peniaga dan pengusaha makanan sekitar Daerah Kuantan dan negeri Pahang. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.
*Mencari yang Halal dan Bersih itu Tuntutan Agama*

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com