Monday, April 30, 2012

Harakah : BERSIH 3.0

Tengahari tendang polis, petang tangkap peserta himpunan

Harakahdaily, 30 Apr 2012

(Dua suasana yang berbeza antara tengahari dan petang....sekarang ramai tertanya-tanya siapakah sebenarnya agen provokasi ini)

KUALA LUMPUR: Ketika pimpinan PAS mempertegaskan ahlinya bersih dan berdisiplin, tulisan bekas Setiausaha Umno Bahagian, Zahrin Mohd Yasin bahawa sekurang-kurangnya 2,000 anggota polis memakai baju Bersih Sabtu lalu menarik perhatian ramai.

Dalam tulisannya Sabtu lalu, Zaharin atau Sang Kelembai itu menulis, "polis dah lebih cerdik dari dulu... dia bahagikan anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju Bersih, tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi."

"Saya tak tegur dia pun. Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning.

"Dan, saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama... saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini," kata beliau.

Apabila seorang pengunjung menjawab tulisan asal itu dengan berkata, "ramai itu."

Zaharin terus menulis, "Jika berapa pun dia kata... kena tolak tak kurang dua ribu adalah polis dalam kumpulan Bersih."

"Yang menafikan mereka pun puak pakai kemeja-T Bersih untuk rempuh sekatan polis, yang baling objek pun saya rasa polis, macam mereka buat latihan demonstrasi kat polis depoh. Hehehe, puak-puak Pas bodoh ini iut nyer," tambah Zaharin dalam tulisan itu.

Gambar-gambar mula tersebar kini tentang polis yang dikatakan menyamar itu.

Misalnya aksi seorang peserta perhimpunan membuat 'flying kit' ke atas seorang polis trafik.

Beliau juga didapati kemudiannya yang menangkap para peserta demonstrasi yang lain.

(Siapa yang menendang polis ini dengan gelang kuning di tangannya pula kini tersebar luar dan media baru)

Ada dua tempat peranan agen 'provokasi' ini dikesan oleh orang ramai.

Pertama, siapa yang memulakan tindakan melempar kereta polis dengan botol air sehingga pemandunya hilang pertimbangan dan merempuh tiga orang di perkarangan pasaraya Sogo.

Yang kedua adalah tindakan memecahkan tembok penghalang yang dibina oleh DBKL mengelilingi Dataran Merdeka.

Saiapakah mereka sehingga kini masih belum dapat dikesan dengan nyata.

Pihak penganjur Bersih 3.0 pula menuntut kerajaan membuat siasatan menyeluruh terhadap perhimpunan kali ini.

Peranan media tradisional yang dikuasai Umno dan BN juga mendapat kecaman dari pemerhati antarabangsa yang datang untuk membuat pemerhatian mereka terhadap perhimpunan kali ini.

Bercakap dalam sidang media mereka  semalam, Senator Nick Xenophon dari Australia berkata, "perhimpunan ini aman sehinggalah mereka diprovok."

Beliau juga mengkritik laporan dari TV yang jelas melaporkan secara sebelah pihak.

“Mainstream media berat sebelah dan tidak adil. Kami lihat lebih laporan Perdana Menteri Najib (Tun Razak) di Sabah dalam TV dari peristiwa yang lebih besar tentang rakyat Malaysia,” kata Xenophon.

Seorang lagi ahli dari pasukan 7-anggota itu,  India Times editor MJ Akbar, berkata peserta sebenanarnya dalam mood berpesta.

“Orang ramai mempunyai masa yang cukup kalau mereka mahu bertindak ganas. Tetapi mereka berpesta sehinggalah berlakunya provokasi,” kata Akbar.

BERSIH 3.0 : MISI MENEGAK KEADILAN

Tanggungjawab untuk hadir ke Bersih 3.0 adalah wajib bagi seluruh rakyat di negara ini, khususnya bagi kita yang cintakan keadilan. Semua rakyat sewajarnya dapat hadir pada program Bersih 3.0 dengan untuk “Duduk dan Bantah” terhadap proses pilihan raya di Malaysia hari ini. Ia merupakan misi untuk menegakkan keadilan dalam negara ini. 

Demikian, frasa yang dipetik daripada blog tok guru Nik Aziz. Klik sini untuk selanjutnya.

Sunday, April 29, 2012

Musyawarah bil ma'ruf

Seringkali ada pergeseran bila kita bekerja dan hidup bersama-sama. Sama ada pasangan suami isteri, keluarga, rakan sekerja atau masyarakat, pasti ada salah faham, berbeza pendapat dan sebagainya. Bila komunikasi antara kita kian mendingin, ia bermaksud ada masalah yang belum selesai.

Sebelum meletup, ada baiknya anda kembali duduk semeja, luahkan permasalahan dan bincangkan cara terbaik untuk menanganinya. Lapang dada dan sikap memaafkan amat penting untuk menjernihkan kembali keadaan. Tentunya ia bukan semudah yang dikata, maka berdoalah agar Allah mempersatukan kembali hati-hati kita. Amin.

Saturday, April 21, 2012

Susahnya...tapi

Susahnya untuk memaafkan orang yang menyakiti hati kita,
tapi dengan memaafkan kesalahannya, hati kita akan lebih lapang dan bahagia.

Susahnya untuk melepaskan orang yang kita cinta pergi bersama insan lain,
tapi dengan melepaskannya pergi, dunia kita dan dia akan lebih sempurna.
kerana tiada guna dia menjadi milik kita andai kesengsaraan yang bakal kita tempuhi.

Wednesday, April 18, 2012

Jangan Pernah Jemu

Jangan Pernah Jemu menjaga Allah,
kerana Allah tidak pernah jemu menjaga kita.
Jangan pernah jemu bersangka baik dgn Allah,
Kerana Allah selalu inginkan yang terbaik untuk kita
Jangan pernah jemu berterima kasih dengan Allah
Kerana kasih Allah tiada hujungnya.

Tuesday, April 10, 2012

Gadis Semasa

Sudah lama saya tidak berpatisipasi di dalam program anjuran Nisa’. Dulu ada sebuah program di Kompleks PKNS Shah Alam. Pernah juga di Masjid Shah Alam berdekatan. Ada sekali berforum di Hotel Quality. Nisa’ merupakan sebuah NGO yang aktif menganjurkan program-program yang berbentuk pemerkasaan ilmu di dalam komuniti wanita kita.

Alhamdulillah pagi tadi, saya berpeluang menyertai sebuah program anjuran Nisa’ Putrajaya.  Kuliah Dhuha kali ini diadakan di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Putrajaya. Tajuk yang diberikan adalah GADIS SEMASA.


Wednesday, April 4, 2012

Tanyalah ustaz

 
Anda tiada masa untuk mendengar ceramah agama di surau atau masjid tapi ingin sekali menambah ilmu agama ? Tanyalah ustaz amat sesuai untuk anda. Tanyalah ustaz adalah program tv9 yang berlangsung setiap hari dari pukul 7pg hingga 8pg. Banyak persoalan masyarakat yang terjawab dalam slot ini seperti masalah roh, tadabur Quran, wasiat dan banyak lagi.  Penceramah yang cukup arif dengan tajuk yang dipertanggungjawabkan kepadanya akan menjawab semua soalan remeh-temeh sehingga yang sulit berdasarkan al-quran, hadith dan pendapat para ulama.
 
Jadi, kalau anda ada kelapangan, tontonlah tanyalah ustaz di kaca tv atau laman sesawang tv9. Anda juga boleh menghantar email ke tanyalahustaz@tv9. Semoga dengan setitis ilmu yang kita dapat, menerangi jalan untuk kita kembali kepada Allah.

Monday, April 2, 2012

Politik Malaysia

Suka atau tidak, kita perlu berdepan dengan bidang politik. Politiklah yang banyak mengatur ekonomi, perundangan, dan pelbagai aktiviti sesebuah negara. Politik tidak pernah bersalah, yang bersalah itu tetap tangan-tangan kotor yang mengendalikan politik itu sendiri.

Jom kita soroti kes-kes salah laku akli politik negara kita. Di satu pihak ada kes pembunuhan altantuya, enjin jet hilang, banglo di atas bukit, NFC, cincin jutaan ringgit, rasuah, dan pelbagai kes berkaitan DUIT.

Di pihak sebelah lagi pula kes-kesnya banyak kepada salah faham terhadap pendapat yang dikeluarkan oleh pimpinan utama seperti kata-kata yang menyokong israel, menghargai komunis dan sebagainya.

Sebagai pengundi, buatlah pilihan yang bijak.

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com