Saturday, March 31, 2012

Seorang Suami Bernama Muhammad saw

Jika ingin membina dunia yang lebih aman, kembalilah ke rumah masing-masing dan sayangi keluarga kita. Insya-Allah, apabila keluarga telah aman, masyarakat akan aman. Apabila masyarakat aman, negeri dan seterusnya negara akan aman. Dan apabila negara-negara telah aman, seluruh dunia akan aman. Oleh itu, apabila dunia semakin bergolak pada saat ini, percayalah itu semua berpunca daripada pergolakan rumah tangga. Ribut dalam cawan rumah tangga boleh mencetuskan badai di seantero dunia.

Friday, March 30, 2012

Ulang Tahun Perkahwinan ummu uswah & abi uswah yang ke-5

Pejam celik, pejam celik dah 5 tahun kami nikah. Wah dah lepas fasa satu alam rumahtangga ! Fasa perkenalan antara kami dan 2 buah keluarga besar. Doakan percintaan kami membawa ke syurga. Amin.

Tuesday, March 27, 2012

Berkebajikan Dalam Perjuangan

“Bukanlah suatu kebajikan itu kamu menghadapkan muka ke Timur dan Barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, segala malaikat, segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermakan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang miskin, orang yang musafir, orang yang meminta-minta, orang yang memerdekakan hamba abdi; orang mendirikan sembahyang, serta mengeluarkan zakat, dan perbuatan orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka berjanji orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan kesakitan, dan dalam peperangan. Mereka itulah orang yang benar; dan mereka itulah juga orang yang bertakwa” (Surah Al-Baqarah 2:177).

Sesungguhnya pendekatan ‘berkebajikan’ sudah dua dekad dilaksanakan di Kelantan, iaitu sebaik sahaja PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri. Ia satu pendekatan yang selari dengan kehendak Islam, kerana ajaran Islam sendiri mengutamakan urusan berkebajikan di dalam amalan berkerajaan. Urusan ini adalah sesuai dengan sifat Kelantan sebagai Serambi Mekah dan ‘Negeri Tadahan Wahyu’ yang bercirikan baldatun toyyibatun warabbun ghofur.

Monday, March 26, 2012

Pemborong t-shirt Muslim dan Muslimah

Anda berminat untuk menambah pendapatan ? Jadilah memborong atau agent baju muslim dan muslimah dengan harga terendah. Nak tahu lebih lanjut. Klik sini

Friday, March 23, 2012

Anda Penat ?

Penat tak ? Penatkan ... Pelajar penat belajar, pekerja penat bekerja, surirumah penat dengan kerja rumah dan penganggur pun penat menanam anggur yang masih belum berbuah. Walau apa pun status anda sekarang, anda pasti kepenatan. Apa salahnya jika penat anda berbuah manfaat untuk dunia dan akhirat anda.

Maka saya menyeru kepada diri saya dan rakan pembaca untuk sentiasa mengikhlaskan niat, memperbaiki setiap kerja kita dan bersabar dengan kepenatan yang tidak mungkin kita elakkan ini. Semoga kepenatan ini memancarkan sinar bahagia buat dunia dan akhirat kita. Amin.

Aku capek ni .. tapi aku ngak bisa berhenti di sini. jalan hidup ini masih terlalu panjang.

Monday, March 19, 2012

Dodol

Assalamualaikum semua...

Anda pernah merasai keenakan dodol kelantan ? Sedap tu... terutama yang masih di dalam kawah. Maksud saya apabila tepung telah masak dan gula telah dimasukkan ke dalamnya. Makan atas daun pisang. Fuh, keenakan yang tidak dapat dilupakan.
 
Saya agak sibuk kebelakangan ini dengan permintaan untuk dodol dari 13 buah kedai makan yang baru 3 minggu kami kendalikan. Tidak menang tangan dibuatnya. Hubby kata kita tambah lagi sampai 30 kedai makan. Doakan berjaya ye. amin.

Saturday, March 10, 2012

Pad kain untuk wanita haid






Menarikkan bentuk dan coraknya ! Ni gambar pad kain untuk wanita haid. Zaman dulu-dulu, orang wanita menggunakan kain yang dilipat-lipat sebagai pad. Tiada pembaziran wang, mesra alam lagi. Tapi kurang selesa dan mungkin agak leceh untuk membasuhnya. Jadi terciptalah pelbagai jenis pad atau tampon untuk keselesaan wanita berkerjaya terutamanya. Mudah, selesa tapi kurang mesra alam dan berisiko untuk kesihatan wanita dalam jangka masa panjang. 

Demi mengatasi masalah ini, maka terciptalah tampon kain ini yang direka bentuk seperti tampon pakai buang tapi menggunakan kain yang selamat dan boleh dibasuh untuk digunakan kembali. Jadi, anda juga berpeluang untuk berjimat. Jika anda berminat, boleh dapatkannya di sini. Selamat mencuba !
panduankelahiran

Wednesday, March 7, 2012

Penawar sakit gigi


Wah, menitis air mata menahan sakin gigi. Datangnya sekejap-sekejap. Ingat nak periksa dulu kat klinik gigi tapi kene tunggu sampai hari selasa, sedangkan sakit dari hari sabtu lagi. Menangis lagi menahan sakit waktu solat.

Tahun lepas pernah check kat klinik gigi, tapi doktor kata gigi ok. Kakak ipar kata sakit saraf gigi mungkin menyerang bila kita hamil. tapi ni dah bersalin pun ada rasa lagi. Pastu, mak pula cadangkan beli ubat kat kedai ubat cina.

Alhamdulillah, lepas telan 2 biji ubat dari kedai cina tu tak rasa sakit sampai sekarang. Pakai ubat gigi untuk gigi sensitif pun kurang berkesan juga. Kalau testimoni orang lain tak tahu la pula kan.

Sahkah solat bila melihat aurat isteri ketika solat ?

Pertanyaan:
Ketika sedang shalat di rumah, tiba-tiba istri dengan pakaian dalaman melintas di sampingku. Dengan tanpa sengaja aku pun melihatnya. Sahkah shalatku? Mohon dijelaskan, jazaakumullah khairan

Jawab:
Selayaknya orang yang shalat berusaha untuk khusyu. Karena khusyu merupakan jantungnya shalat. Karena itu, dia harus menjaga agar selalu khusyu, sehingga shalatnya bisa sempurna. Beberapa hadis berikut merupakan dalil yang menunjukkan pentingnya upaya menjaga khusyu ketika shalat :

Monday, March 5, 2012

Apa Hukum Wanita Bekerja ?


Pertanyaan: Apakah islam melarang wanita bekerja dan berdagang?

Jawaban Syaikh Bin Baz rahimahullah:

Islam tidak melarang seorang wanita bekerja ataupun berdagang bahkan sebaliknya Allah Azza wa Jalla memerintahkan para hambaNya untuk beramal dan bekerja. Allah Ta’ala berfirman,

وَقُلِ اعْمَلُواْ فَسَيَرَى اللّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ
“Dan katakanlah, ‘Bekerjalah kamu maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang mukmin.’”(QS. At-Taubah: 105)

Dan juga firmanNya,

لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
“Untuk menguji kalian siapakah di antara kalian yang paling baik amalnya.” (QS. Al Mulk: 2)

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com