Monday, January 24, 2011

Tips Mencari Suami Impian 1


Alhamdulillah, sepanjang tidak bersiaran di Anak Teladan, Ummu Uswah banyak mengulangkaji buku-buku pernikahan seperti Kado (Hadiah) Pernikahan Buat Isteriku, Suami Teladan Igauan Seorang Isteri dan Tarbiyatul Aulad kerana banyak Walimatul Urus yang diadakan sepanjang cuti sebelum ini. Jom kongsi Tips Mencari Suami Impian. Bagi lelaki, anda bolehlah meneladani tips ini untuk menjadikan anda SUAMI IMPIAN.

Tentu sekali, suami yang dipilih adalah yang menambat hati mengikut penilaian anda sendiri. Ada rupa, kaya, berpendidikan tinggi, berjawatan besar dan berbudi bahasa. Itulah penilaian pertama yang biasa kita nilai.

Ramai juga yang mengatas namakan CINTA sebagai asbab pernikahan sehingga ada yang sanggup kawin lari. Tindakan sebegini tidak bijak kerana pernikahan tanpa restu ibubapa kedua-dua belah pihak akan mengundang banyak masalah setelah anda berkahwin nanti kerana seorang suami wajib mentaati ibunya selagi mana permintaan si ibu tidak melanggar hukum agama.

Agama juga yang pertama
Jika anda ingin bahagia hingga ke hujng nyawa bersama suami yang anda nikahi, maka yang PERTAMA, pilihlah yang BERAGAMA dengan kata lainnya mempraktikkan agama dalam hidupnya dari segenap segi. 

Kenapa AGAMA itu penting ? 
Kerana suami yang memegang agama dengan bersungguh-sungguh akan berusaha untuk mentaati perintah Allah dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami, ketua dan ayah kepada anak-anak kalian. Dia akan belajar bersabar mengharungi segala cabaran yang merentang sepanjang pernikahan kalian. Bahkan dia akan memimpin isteri dan anak-anak menuju jalan yang diredhai Allah sehingga ke SYURGA. Dan dengan agamanya juga, Allah membantu mempermudahkan rezeki dan membahagiakan keluarga kalian dengan sakinah, mawaddah dan warahmah. Dia juga tidak akan main kayu tiga di belakang anda.

Jadi bagaimana menilai lelaki beriman ?
 a) SOLAT - Lelaki yang beragama tidak akan pernah meninggalkan solatnya walau sesibuk mana tugasan sehariannya. Adalah lebih baik jika dia gemar berjamaah di masjid dan melaksanakan ibadah wajib dan sunat yang lain.
b) MENUTUP AURAT - Dia akan menutup aurat di mana juga dia berada termasuk ketika bermain bola sepak.
c) MENUNDUKKAN PANDANGAN - Dia juga akan menjaga pandangan daripada melihat aurat orang lain.
d) MENJAGA PERGAULAN - lelaki beriman cenderung menjaga batas-batas pergaulan dengan perempuan ajnabi. Dia biasanya menahan diri daripada ber'couple', 'dating', bergayut tanpa urusan penting dengan perempuan ajnabi.
e) BERTEMAN DENGAN ORANG SOLEH - kawan baik dia biasanya adalah orang yang tidak meninggalkan solat.
f) TIDAK MEROKOK - Lelaki beriman yang berkualiti ialah lelaki yang tidak merokok kerana rokok HARAM di sisi Islam. Jika anda inginkan zuriat yang jenius, sihat dan tidak membunuhnya secara senyap maka kuburkanlah rokok! Jika tidak merokok, dadah dan arak pun mestilah bersihlah ye.
g) SABAR - Lelaki yang beriman mampu menahan marah dan tidak cepat naik tangan dalam menghadapi situasi yang di luar jangkaannya. Sabar penting agar tidak berlakunya keganasan rumah tangga.

Selidikilah perkara ini dengan orang yang dekat dengannya kerana lelaki cenderung mempamerkan kebaikan di hadapan kita. Jangan tertipu dengan kopiah dan janggutnya ! Selidik dulu baru tahu.

Dapatkan Tips Mencari Suami Impian 2 sekarang..
panduankelahiran

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com