Puisi ‘Guru Oh Guru’ karya Usman Awang
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Guru adalah insan yang paling dekat dengan pelajar setelah ibubapa mereka. Selain mengajar subjek di kelas dan memastikan para pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang dari sudut akademik, seorang guru juga amatlah dibanggakan jika mampu membentuk sahsiah pelajar menjadi insan yang turut mementingkan nilai - nilai agama.
Alangkah bahagianya seorang guru jika muridnya bukan sekadar berjaya menjawat jawatan yang tinggi bahkan berbudi pekerti mulia tanpa terlibat dengan sebarang unsur rasuah dan menjadi imam masyarakat. Mampukah guru hari ini mendidik murid berkeribadian pemimpin seperti Umar Al-Khattab yang sangat mengambil berat urusan agama, negara dan rakyatnya ? Mampukah guru hari ini melahirkan panglima tentera sehebat Khalid Al-Walid dan Salehudin Al-Ayubi yang bijak menyusun strategi perang dan menggantungkan sepenuh harapannya kepada Allah ? Mampukah seorang guru hari ini mencetak ilmuan Islam sebaik Imam Syafie, Ibnu Sina, Al-Razi, Kawarizmi dan barisan sahabat yang lain? Dan yang paling penting mampukah guru hari ini menanamkan aqidah Islam yang mendalam ke dalam jiwa murid - muridnya sekuat Bilal, Sumayyah dan syahidah fi sabilillah dalam mempertahankan kalimah tauhid yang mereka pegang selama ini ?
Semua ini adalah mungkin jika barisan guru hari ini mengikhlaskan niat kerana Allah. Melangkahlah ke kelas dengan niat untuk mendidik anak bangsa mengenal Allah, mengamalkannya dan menjadi imam orang Islam. Gurulah yang terlebih dahulu perlu mempelajari ilmu Allah, mengamalkannya serta menjadi role model kepada anak didiknya.
Semoga di akhir titisan keringat, kesunguhan dan kesabaran barisan guru - guru bakal mengubah sejarah dengan terlahirnya pemimpin - pemimpin yang adil, ulama - ulama yang wara', profesionalis yang beriman dan rakyat yang taat kepada Allah, Rasul dan pemimpinnya.

No comments:
Post a Comment