"Sungguh telah ada bagimu dalam diri Rasulullah saw itu suri teladan yang baik." (Al-Ahzab:21)
Wednesday, November 24, 2010
Penyelesaian Masalah Jenayah dan Sosial
Anda mungkin tertanya-tanya kenapa banyak kes jenayah yang tercetus di negara kita ? Kenapa seorang ibu sanggup membuang anak yang dikandung 9 bulan ? Kenapa zina dan couple kini dianggap biasa-biasa sahaja ? Kenapa hukuman gantung pada pengedar dadah tidak berjaya menangani masalah dadah ? Kenapa ? Kenapa ? dan kenapa ? Semua tak belajar tentang Islam ke kat sekolah ?
Tuesday, November 23, 2010
Ikhlas dalam Beramal
Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - Setiap amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan setiap orang akan mendapatkan apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ia cari atau kerana wanita yang ingin dia nikahi, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya."
(Hadis Riwayat Buhari dan Muslim)
Ikhlas adalah syarat utama dalam beramal agar ia tidak menjadi sesuatu yang sia-sia pada pandangan Allah. Sekecil-kecil perbuatan yang disertai niat yang ikhlas kerana Allah dan melaksanakan amal berpandukan syariat serta sunnatullah mampu membawa kita kepada kejayaan di dunia dan akhirat.
Ikhlas juga adalah momentum dan motivasi terbesar buat kita dalam melakukan sesuatu dengan sebaiknya tanpa kecewa dengan imbalan dunia yang seringkali menghampakan. Ikhlas akan menghasilkan individu yang bersyukur saat diberi nikmat dan rezeki serta bersabar atas setiap ujian yang menimpanya.
Pada Allah dimohon pertolongan dan disandarkan harapan kerana dunia hanyalah sebuah terminal untuk berbekal sebelum kembali ke tempat abadi.
Monday, November 22, 2010
Wanita : Bukan Sekadar Ibu Tapi Juga Isteri
Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan anak hasil pernikahan mereka. Tidak lengkap rasanya sebuah pernikahan tanpa hilaian ketawa anak yang digelar buah cinta ibubapa. Anaklah pengikat kasih sayang ibubapa (dengan tanggungjawab terhadap anak sebenarnya).
Setelah pelbagai cara dicuba, akhirnya anak yang didambakan lahir ke dunia. Ramai bapa yang menyangka bahawa tugas untuk menjaga, memandikan, menidurkan, menyusukan dan pelbagai layanan yang diperlukan oleh anak-anak adalah ibunya. Pantang anak menangis ibulah orang yang bakal dicari. Lalu ibu disibukkan dengan tugas memenuhi keperluan anak yang kian bertambah saban tahun apabila bilangan anak juga kian bertambah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)
Siapakah Penulis Yang Baik?
Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.
Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.
Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.
Penulis Yang Terbaik
Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT
Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.
Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT
Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.
Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?
Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.
“Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.
Tips 2: Kerendahan Hati
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.
Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.
Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?
Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.
Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.
Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.
Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.
Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.
Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.
Tips 4: Disiplin
Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.
Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.
Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.
Tips 5: Istiqomah
Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.
Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.
Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.
Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.
Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.
Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.
~Hilal Asyraf ~
ms.langitilahi.com
