Monday, August 10, 2009

Jagalah AURAT di BILIK BEDAH

Saya dibawa oleh seorang staf wanita masuk ke kawasan bilik pembedahan untuk rawatan gigi. Saya diminta menukar pakaian terlebih dahulu. Saya tidak keberatan menurutinya.

Di bilik persalinan, staf itu memberikan pakaian yang disediakan. Pakaian itu ialah kain sarung, baju berlengan tiga suku, skaf yang sangat jarang dan tudung yang sangat jarang.

“Ada baju lengan panjang?” saya bertanya.

“Tiada. Ini sahaja baju yang ada,” beritahu staf tersebut.

Melihat saya berjubah, bertudung labuh dan berpurdah, staf itu kelihatan serba salah juga kerana tidak dapat memberikan pakaian sesuai penampilan saya.

Saya tidaklah mahu menyusahkan dia. Apatah lagi untuk meminta yang bukan-bukan. Namun hukum tetap hukum. Ia berkait dengan hak-hak Allah ke atas para hambaNya.

“Kalau semua yang bertugas perempuan, tidak mengapalah,” saya menjelaskan.

“Tidak mengapa, staf perempuan yang ramai bertugas,” beritahu staf itu pula.

“Tiada seorang pun lelaki?”. Saya inginkan kepastian. Sebenarnya saya disambut oleh seorang staf lelaki di muka pintu kawasan bilik pembedahan itu. Jadi saya mengagak dia salah seorang pembantu di bilik pembedahan nanti.

“Ya…ramai staf perempuan. Err…ada seorang sahaja lelaki iaitu attendant,” teragak-agak dia menjawabnya.

“Hmm… ada jugalah lelaki,” gumam saya.

“Tudung ini jarang sangatlah. Ada tudung yang macam ini? Saya boleh jadikan alas (dalam tudung yang disediakan),” sambil tangan saya memegang sehelai tudung bawal berwarna putih yang ada di situ.

“Itu tudung staf di sini. Mereka pun kena tukar pakaian bila mahu ke bilik pembedahan. Tudung macam tu tiada. Macam nilah, saya beri sehelai lagi tudung.” Staf itu segera mengambil sehelai lagi tudung.

Tudung yang mereka sediakan ialah jenis pakai buang. Material yang digunakan ialah non-woven polypropylene. Material itu sama seperti material mask yang digunakan untuk menutup mulut para perawat. Skaf juga dibuat dari material yang sama. Material jenis ini banyak digunakan untuk membuat beg sekarang.

Jenis beg  Non Woven Polypropylene yang banyak digunakan sekarang.

Jenis beg Non Woven Polypropylene yang banyak digunakan sekarang.

Baguslah mereka boleh sediakan tudung untuk mereka yang berhijab namun apa gunanya jika ia bagai melepas batuk ditangga. Ia tidak dapat dijadikan alternatif untuk menutup aurat sebagaimana dituntut Islam. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang boleh sediakan tudung, biar tudung itu melengkapi syarat hijab.

Kalau sekadar mahu ia dipanggil tudung, memang sahlah ia dinamakan tudung. Dalam konsep hijab, bukan sekadar nama yang dinilai. Bahkan tudung itu harus (wajib) memenuhi konsep hijab yakni menutup rambut, leher dan pangkal leher. Lebih baik (lebih cun) lagi bila tudung dapat menutupi bentuk dada wanita.

“Hmm…kat bahagian ini, ada tudung disediakan. Kat bilik X-Ray tidak boleh pula sediakan tudung,” getus saya dalam hati.

Skaf ini saya pakai bawah tudung.  Doktor pakai atas tudung.  Lebih kemas lagi.

Skaf ini saya pakai bawah tudung. Doktor pakai atas tudung. Lebih kemas lagi.

Oleh kerana saya belum berpuas hati dengan tudung yang sudah 2 helai diberikan termasuk 1 skaf, saya merayu lagi,

“Macam nilah, biar saya pakai tudung saya ini. Saya sanggup ia kotor (kerana proses pembedahan). Balik nanti saya boleh basuh.”

“Tidak boleh. Ini prosedur yang ada di sini,” staf itu bertegas dengan saya dan terus keluar. Nampaknya dia tidak sanggup lagi melayani kehendak saya.

Di Bilik Persalinan

Seusai dia keluar, saya menyalin juga pakaian saya. Nasib baik saya sering memakai sepasang pakaian biasa di dalam jubah. Jadi saya sarungkan sahaja kain sarung yang diberikan dan baju lengan pendek itu di atas pakaian yang sedia ada. Blause lengan pendek dan skirt labuh yang saya pakai tidak kelihatan. Sekurang-kurangnya mereka tidak tahu saya tidak bersalin semua pakaian asal saya. Pakaian itu bersih dan saya bertawakkal kepada Allah. Saya tahu tujuan diminta menukar pakaian. Ia untuk menjaga kebersihan dan memastikan tiada kuman dibawa masuk. Almaklumlah, kuman-kuman suka sangat tinggal dalam darah manusia.

Saya tidak selesa dengan baju lengan pendek yang sudah dikenakan. Saya cuba menarik-narik hujung lengan baju. Hmm…mana boleh.

Saya cuba pula memakai skaf dan sehelai tudung di hadapan cermin. Hmm…memang jarang. Kelihatan rambut dan warna rambut. Saya cuba sehelai lagi. Ok lah. Boleh tahan.

Tudung itu hampir sama seperti dalam foto ini tapi ia lebih besar hingga ke paras bahu.  Dari segi jarangnya sama seperti dalam foto ini.

Tudung itu hampir sama seperti dalam foto ini tapi ia lebih besar hingga ke paras bahu. Dari segi jarangnya sama seperti dalam foto ini.

Hal tudung sudah selesai. Saya membelek baju berlengan pendek itu. Tidak tergamak saya untuk keluar begitu. Saya rasa sungguh berat hati. Saya menutup aurat sejak berusia 12 tahun. Hampir suku abad saya mengabdikan diri sebagai muslimah yang konsisten dengan hijab. Pakaian itu tiada kena mengena dengan rawatan yang saya akan jalani. Tiada darurah langsung untuk saya membuka bahagian lengan saya.

Saya berfikir-fikir sementara staf di luar sedang menunggu.

Saya perasan seorang staf yang sudah memakai pakaian khas untuk masuk ke bilik pembedahan memakai sarung lengan untuk menutup lengannya. Kalau saya bawa sarung lengan itu pun, ia belum memenuhi syarat kerana sarung lengan itu ketat serta membentuk lengan. Hanya warna kulit sahaja yang dilindungi.

Dari mula masuk ke bilik persalinan itu, saya terlihat sehelai non-woven surgical gown tersangkut di belakang pintu. Baju itu berlengan panjang lengkap bercekak di pergelangan tangan. Tapi baju itu khusus untuk staf.

Saya akan berusaha lagi. Saya tidak mahu mengambil mudah dalam mentaati perintahNya. Itu ikrar saya setiap kali dalam solat, “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, pendidik sekelian alam”.

Saya membuka pintu dan menghulur kepala keluar. Ada 3 orang staf perempuan di kaunter. Salah seorang dari mereka tidak memakai seragam. Hanya berbaju kurung sepasang dan bertudung. Dia baru tiba barangkali.

“Ada baju lengan panjang tak?” saya bertanya dari balik pintu.

“Oh…ya…aa nanti kita reka biar jadi baju lengan panjang,” seorang staf menyahut.

Sambil menjawab, saya lihat dia seperti terfikir-fikir untuk menyediakan alternatif.

“Baju yang seperti di belakang pintu ini pun ok,” saya mencadangkan.

“Ha…pergilah ambil baju yang baru,” arah seorang staf yang lebih senior.

“Baju itu pun boleh pakai. Masih baru dikeluarkan,” staf yang lebih muda itu memberitahu.

Baju beginilah yang saya minta untuk dipakai.  Ia disediakan untuk staf sebenarnya.

Baju beginilah yang saya minta untuk dipakai. Ia disediakan untuk staf sebenarnya.

Baju itu bukan sahaja berlengan panjang, bahkan besar dan labuh sehingga bawah paras lutut.

Saya menyarungnya ke atas baju berlengan pendek dan singkat itu. Alhamdulillah. Ini baru kena dengan tuntutan syariat. Tudung yang agak singkat itu pun terlindung dek baju gaun yang agak besar itu.

Saya melangkah keluar dari bilik persalinan dengan rasa selesa. Tiba di meja kaunter, staf berbaju kurung itu bangun dan menolong mengikat tali di bahagian belakang. Saya tidak pun meminta dia berbuat demikian.

“Mari saya tolong ikatkan, ” begitulah katanya.

Daripada panggilan staf lain, baru saya tahu dialah doktor yang akan merawat saya. Laa…doktor rupanya.

Saya duduk di kerusi sementara doktor itu pergi menyalin pakaiannya pula. Sebaik dia keluar, saya lihat dia memakai skaf di atas tudung sama seperti yang saya pakai. Semua staf yang akan masuk ke bilik pembedahan memakai seragam yang sama.

Di Bilik Pembedahan

Saya sempat perhatikan dua orang misi yang berada di luar tadi masuk bersama doktor ke bilik pembedahan. Mereka berdua masih kekal dengan tudung yang asal.

“Boleh pula mereka tidak menukar tudung”, fikir saya. Kemudian saya mengagak mungkin kerana mereka tidak akan menyentuh saya secara langsung.

Bilik itu luas dan selesa.

Saya berbaring di atas katil yang disediakan. Saya diselimutkan hingga ke paras leher. Kemudian kepala saya dibungkus pula dengan kain yang agak tebal dan mata saya ditutup. Ia untuk melindungi mata saya dari silau dek lampu yang dihalakan ke wajah saya.

“Kalau macam inilah prosedurnya, boleh juga kita minta masuk dahulu ke dalam bilik pembedahan. Selepas selesai diselimut, bolehlah staf lelaki itu pula yang masuk,” fikir saya lagi. Ia adalah satu lagi alternatif untuk menjaga aurat dalam keadaan pakaian yang disediakan tidak memenuhi syarat.

Malam Selepas Pembedahan

Saya bercerita pada suami apa yang berlaku. Saya memang langsung tidak tahu saya perlu menukar pakaian untuk menjalani MOS. Saya sangka ia seperti rawatan gigi yang biasa sahaja.

Saya mahu mengesyorkan pakaian alternatif untuk pesakit perempuan. Kita sudah dilimpahi nikmat yang banyak oleh Allah swt. Justeru itu, saya tidak nampak kita mempunyai alasan untuk membelakangkan atau memandang kecil tentang hukum Allah dalam soal hijab ini.

Allah berikan nikmat kain dan pakaian. Allah pinjamkan ilmuNya tentang teknologi membuat pakaian sehingga kita bukan lagi seperti Adam dan Hawa yang mencantas dedaun untuk menutup aurat mereka.

Bukankah kita patut menjadi hambaNya yang bersyukur?

Tanda syukur kita bukan sekadar melafazkan alhamdulillah di lidah tidak bertulang, namun perlu disertai dengan anggota badan lain yang tunduk patuh kepadaNya. Bukankah seluruh anggota badan dan sel-sel yang ada pada kita mempunyai hak-hak untuk mengabdikan diri kepada Allah?

Alasan apakah lagi yang mahu kita kemukakan kepada Rabb pencipta kita untuk tidak patuh kepadaNya dalam soal menutup aurat? Tiada kain? Tidak cukup wang? Atau apa?

Mampukah kita mereka-reka alasan tersebut di Padang Masyhar kelak?

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?”

[Ayat 13, 16, 18,21, 23, 25,28, 30, 32, 34, 36, 38, 40,42, 45, 47,49, 51, 53, 55, 57,59,61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75 dan 77 dari Surah al-Rahman (Yang Maha Penyayang)]


nukilan :

Ummu Abbas
4.00pm
9 Jamadil Akhir 1430H

iluvislam.com

Monday, July 20, 2009

Hamaswood - Revolusi Filem Masa Kini


Untuk pertama kalinya di jalur Gaza yang dikuasai Hamas diputar film. Pertunjukan perdana film di Gaza telah menyedot banyak warga Gaza untuk menonton, dengan bintang film lokal serta adanya acara foto bareng dengan para pemain, suasana Gaza hampir mirip dengan pemutaran perdana film-film di Hollywood.

Industri perfilman di Gaza mulai tumbuh, tentunya dengan aturan-aturan ketat yang dibikin oleh pemerintahan Hamas.

Film perdana yang diputar adalah sebuah film yang di dedikasikan terhadap para pimpinan pejuang Hamas yang telah syahid, dengan berbiaya sekitar 200.000 dolar film ini dibuat dan pada pertujukan perdana film ini, para penonton yang kebanyakan pria berjanggut lebat serta para perempuan berjilbab lebar dipisah posisi tempat duduknya.

"Ini Hamaswood bukan Hollwood," kata Fathi Hamad - menteri dalam negeri Hamas - setelah menyaksikan pemutaran perdana film tersebut pada Jumat sore lalu di Universitas Gaza. "Kami mencoba membuat seni yang berkualitas yang Islami dan mengenai perjuangan, tanpa provokasi adegan seksual."

Hamad merangkap sebagai produser dan skenario dibuat oleh Mahmud Zahar - salah seorang arsitek pengambil alihan jalur Gaza oleh Hamas dua tahun yang lalu.

Walaupun secara reputasi zahar seseorang yang 'keras', dirinya juga seorang dokter dan memiliki jiwa seni yang tinggi, terbukti ia telah membuat tiga novel dan dua skenario film.

Film perdana yang diputar di Gaza menceritakan tentang Imaq Aqil, salah seorang komandan sayap militer Hamas - Brigade Al-Qassam yang telah syahid (insyaAllah) dalam sebuah serangan udara pesawat militer Zionis Israel di Gaza pada tahun 1993.

Aqil yang pada saat itu baru berumur 23 tahun, lebih dikenal sebagai "hantu" atas kepintarannya dalam menyamar. Pada awal tahun 90 an dirinya menjadi orang yang paling dicari oleh Zionis Israel atas keterlibatannya dalam sebuah pembunuhan 11 tentara Israel.

Dalam film yang berdurasi 2 jam yang berjudul "Imad Aqil" ini penuh dengan adegan aksi layaknya film-film buatan Hollywood. Pahlawan ini dengan gayanya keluar dari jendela mobil langsung menembaki tentara-tentara Israel, setiap ada tembakan yang diarahkan ke pasukan Israel para penonton berteriak takbir dan memberikan aplus. Tidak ada percintaan dalam film ini, dan seluruh pemain wanitanya mengenakan jilbab yang tertutup rapi.

Para pemain lain ada yang berperan sebagai prajurit Israel, PM Yitzhak Rabin dan pimpinan angkatan bersenjatanya Ehud Barak, berbicara dengan bahasa Ibrani dengan terjemahan teks Arab untuk memberikan kemudahan bagi penonton mengerti arti percakapan yang mereka lakukan.

Sebagai film buatan Hamas tentunya yang menjadi jagoan adalah Hamas dan yang menjadi pecundang adalah Israel. Dalam film ini juga digambarkan bagaimana stressnya para petinggi Israel yang tidak dapat menghentikan aksi-aksi dari serangan sayap militer Hamas.

Film ini dibuat lebih dari 10 bulan dan Hamas berharap suatu hari nanti akan tumbuh media milik Hamas yang lebih banyak lagi. sebagai bagian dari kekaisaran media milik Hamas, Hamas telah memiliki dan mengoperasikan stasiun televisi satelit, sebuah radio, dan puluhan situs-situs internet. Dua surat kabar yang ada di Palestina berafiliasi ke Hamas dan Hamas juga menerbitkan laporan berkala mereka serta laporan berkala tentang sepak terjang sayap militernya.

Hamad dan Zahar kedepannya berencana akan membuat film tentang seorang pejuang Palestina legendaris - Syaikh Izzuddin Al-Qassam, tetapi sampai saat ini mereka belum memiliki lokasi yang tepat untuk pembuatan film tersebut, berkaitan dengan tempat tinggal pahlawan tersebut pada tahun 1920 an di kota Haifa yang sekarang telah menjadi bagian dari negara zionis Isrel.

Gaza tidak memiliki bioskop dan film "Imad Aqil" sendiri diputar di pusat kebudayaan yang ada di universitas Gaza. Bioskop-bioskop di Gaza telah ditutup sejak akhir tahun 1980 an, sejak terjadi perlawanan pertama rakyat Palestina terhadap penjajah Israel.

Berbeda dengan di jalur Gaza, pemandangan sangat kontras terlihat di tepi barat kota Nablus yang dikuasai oleh Fatah, poster film yang menampilkan seorang artis Libanon dengan pakaian yang membuka aurat terpampang bebas di sana, sedangkan di Gaza poster filmnya memperlihatkan sang "hantu" Imad Aqil dengan menyandang senapan mesin serta berlatar belakang prajurit Israel yang sedang berlarian.

Pada Jumat lalu pemutaran perdana film tersebut yang menjadi bintang utama justru Zahar, Hamad dan PM Ismail Haniya. Mereka tampak berbincang-bincang dengan para aktor dan berfoto bersama.

Zahar mengatakan bahwa membuat film perjuangan seperti ini hanya salah satu cara lain untuk membangkitkan semangat rakyat Palestina untuk melawan Israel.

"Perjuangan bisa lewat kata-kata, sebuah puisi dan lainnya," katanya menambahkan.(fq/sunsentinel)

Sumber : Era Muslim

Wednesday, July 15, 2009

Keikhlasan Kolektif, Syarat Kemenangan Dakwah

Oleh: Fahmi Islam Jiwanto, MA
Dakwatuna.com

Keikhlasan kolektif? Kedengarannya mungkin aneh. Kita terbiasa memaknai keikhlasan sebagai sesuatu yang sangat pribadi, bahawa keikhlasan adalah rahsia antara hamba dan Sang Pencipta. Tetapi jika merenungi banyak ayat dalam Al-Qur’an ternyata keikhlasan tidak hanya dituntut secara individual, tetapi juga diperintahkan untuk terealisasi secara kolektif.

Ayat 5 surat Al-Bayyinah tidak asing bagi kita, Allah berfirman:

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ


Padahal mereka tidak disuruh kecuali untuk menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya secara lurus. (surah al-Bayyinah; 98:4)

Kata umiru dan kata mukhlishin pada ayat di atas menggunakan bentuk jama’, sehingga secara zhahir ayat tersebut memerintahkan keikhlasan terealisasi secara kolektif.

Al-Qur’an menghendaki keikhlasan terlaksana dalam komuniti orang-orang beriman, sebagaimana dalam surat al-Fatihah setiap muslim selalu mengatakan “iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in” (hanya kepada-Mu kami menyembah dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan), bukan “iyyaka a’budu wa iyyaka asta’in (hanya kepada-Mu aku menyembah dan hanya kepada-Mu aku memohon pertolongan).

Lebih jauh lagi bahkan tidak teralisasinya keikhlasan kolektif dalam suatu komuniti mengakibatkan bencana dan kekalahan bagi seluruh individu komuniti tersebut. Allah berfirman dalam surat Ali Imran ketika mengomentari kekalahan umat Islam di perang Uhud:

وَلَقَدْ صَدَقَكُمُ اللَّهُ وَعْدَهُ إِذْ تَحُسُّونَهُمْ بِإِذْنِهِ حَتَّى إِذَا فَشِلْتُمْ وَتَنَازَعْتُمْ فِي الْأَمْرِ وَعَصَيْتُمْ مِنْ بَعْدِ مَا أَرَاكُمْ مَا تُحِبُّونَ مِنْكُمْ مَنْ يُرِيدُ الدُّنْيَا وَمِنْكُمْ مَنْ يُرِيدُ الْآَخِرَةَ ثُمَّ صَرَفَكُمْ عَنْهُمْ لِيَبْتَلِيَكُمْ وَلَقَدْ عَفَا عَنْكُمْ وَاللَّهُ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ


Dan Sesungguhnya Allah telah memenuhi janji-Nya kepada kamu, ketika kamu membunuh mereka (orang-orang musyrik Quraisy) dengan izin-Nya, sampai pada sa’at kamu lemah dan berselisih dalam urusan itu dan mendurhakai perintah (Rasul) sesudah Allah memperlihatkan kepadamu apa yang kamu sukai (yaitu terhamparnya ghanimah). Di antaramu ada orang yang menghendaki dunia dan diantara kamu ada orang yang menghendaki akhirat. Kemudian Allah memalingkan kamu dari mereka untuk menguji kamu, dan sesunguhnya Allah telah mema’afkan kamu. dan Allah mempunyai karunia (yang dilimpahkan) atas orang-orang yang beriman. (sural Ali Imran; 3:152)

Ayat tersebut mengungkapkan bahawa ketika keikhlasan sebagian kaum mukminin tercoreng dan motivasi sudah bercampur, kekalahan dan kegagalan perjuangan adalah suatu keniscayaan.

Sampai di sini ada dua pertanyaan menghadang:

Pertama, apakah keikhlasan kolektif bererti bahawa dalam komuniti orang beriman tidak boleh ada yang bersalah dan berdosa sampai-sampai niat melenceng saja dapat mengakibatkan kekalahan bersama?

Kedua, apakah hal itu bererti kita harus mengetahui dan menyingkap niat orang lain di sekitar kita padahal masalah keikhlasan adalah rahasia hati yang tidak bisa diketahui kecuali oleh yang bersangkutan dan ALLAH Ta'ala?

Mengenai pertanyaan pertama, kesalahan dan dosa selain memiliki efek terhadap individu yang melakukan, juga berefek pada masyarakat sekitar. Tetapi efek tersebut hanya berpengaruh dalam kondisi-kondisi berikut:

1. Yang bersangkutan tidak bertaubat. Jika seseorang bertaubat maka kesalahan dan dosanya diampuni. (3:153)

2. Yang bersangkutan melakukan dosa dan kesalahan secara terang-terangan. Jika dilakukan secara tersembunyi maka dosa hanya akan berefek pada pribadi yang melakukan. Dalam hadits riwayat Bukhari dan Muslim Rasulullah bersabda:

كُلُّ أُمَّتِي مُعَافَاةٌ إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ


Seluruh umatku terselamatkan kecuali orang-orang yang berbuat (dosa) terang-terangan. (HR al-Bukhari dan Muslim)

3. Niat buruk telah menjelma menjadi perkataan, konsep, atau perbuatan. Niat yang melenceng jika terlintas dalam hati saja, tetapi tidak diterjemahkan dalam perkataan atau perbuatan, tidak berbahaya sama sekali. Rasulullah bersabda:

إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي مَا حَدَّثَتْ بِهِ أَنْفُسَهَا مَا لَمْ تَعْمَلْ أَوْ تَتَكَلَّمْ. متفق عليه


Sesungguhnya Allah memaafkan umatku dari hal-hal yang mereka katakan dalam hati mereka selama tidak mereka amalkan atau ucapkan. (HR al-Bukhari dan Muslim)

4. Tidak ada yang mengingatkan dan mengingkari kesalahan dan dosa yang dilakukan secara terang-terangan. Jika ada yang mengingkari dan melarang perbuatan dosa, maka orang-orang yang melakukan amar ma’ruf nahi munkar tersebut selamat dari akibat perbuatan dosa tersebut. (7:165)

Masyarakat yang diinginkan Al-Qur’an bukanlah masyarakat malaikat yang tidak pernah berbuat salah atau berniat melenceng. Kesalahan dan penyelewengan masih dapat ditoleransi jika tidak mendominasi dan menjadi fenomena umum. Kerana itu amar ma’ruf nahi munkar, tawashi bil haq wa tawashi bish shobr, menjadi pilar keberlangsungan komuniti orang-orang beriman. Dalam masyarakat Nabi dan para sahabat terdapat orang-orang yang berdosa, bahkan golongan munafiq dan orang-orang yahudi. Tetapi dominasi ada pada suara keimanan dan ajaran Islam.

Mengenai pertanyaan kedua, membongkar hati orang lain bukanlah hal yang mungkin dilakukan bahkan tidak boleh dilakukan. Yang harus dilakukan hanyalah memberi peringatan dan membangkitkan motivasi. Bahkan itulah sesungguhnya tugas Nabi sallallahu 'alaihi wasallam dan para pengikutnya. Allah berfirman:

فَذَكِّرْ إِنَّمَا أَنْتَ مُذَكِّرٌ . لَسْتَ عَلَيْهِمْ بِمُسَيْطِرٍ


Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan. Kamu bukanlah orang yang berkuasa atas mereka (surah al-Ghasyiyah; 88:21-22)

Keberhasilan seorang juru dakwah bukanlah kerana dia dapat memaksakan kehendaknya atau pikirannya kepada para pengikutnya, tetapi keberhasilan sejati adalah ketika dia dapat memotivasi para pengikut dengan motivasi yang lurus dan membuat para pengikut bergerak dengan keikhlasan menjalankan perintah Allah. Seringkali kepentingan duniawi menggoda para pejuang di jalan Allah. Di sinilah tantangan keteguhan motivasi dan kekuatan ikhlas diuji.

Di sisi lain, meskipun keikhlasan merupakan rahasia hati, tetapi keikhlasan tercermin dalam ucapan dan perbuatan. Al-Qur’an mengungkapkan bahwa sikap nifaq meskipun disembunyikan dalam hati, tetap akan tampak dalam sela-sela ucapan dan indikasi perbuatan. Allah berfirman:

أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ أَنْ لَنْ يُخْرِجَ اللَّهُ أَضْغَانَهُمْ وَلَوْ نَشَاءُ لأرَيْنَاكَهُمْ فَلَعَرَفْتَهُمْ بِسِيمَاهُمْ وَلَتَعْرِفَنَّهُمْ فِي لَحْنِ الْقَوْلِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ أَعْمَالَكُمْ


Atau apakah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahwa ALLAH tidak akan menampakkan kedengkian mereka? Dan kalau KAMI kehendaki, nescaya KAMI tunjukkan mereka kepadamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka dengan tanda-tandanya, dan kamu benar-benar akan mengenal mereka dari kiasan-kiasan perkataan mereka dan ALLAH mengetahui perbuatan-perbuatan kamu. (surah Muhammad; 47:29-30)

Tanda-tanda ketidakikhlasan dapat ditangkap dari perkataan dan perbuatan. Meskipun kita juga diajarkan untuk tidak berprasangka buruk (su’uzh-zhan) (49:12), tetapi seorang mukmin haruslah cerdas dan bijaksana, dia waspada dan peka terhadap gejala ketidakikhlasan tanpa harus berprasangkapa buruk. Bagaimana caranya? Ada beberapa langkah yang diajarkan Al-Qur’an kepada kita tentang hal ini.

Pertama, biasakan diri untuk selalu dekat dengan majlis zikir wal ikhlas dan orang-orang yang rajin berzikir dan ikhlas. Apa dan siapa mereka itu? Mari dengarkan firman Allah ini:

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ وَلا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَلا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا


Dan bersabarlah kamu (wahai Muhammad) bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan-NYA; dan janganlah kedua-dua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah KAMI lalaikan dari mengingati KAMI, serta menuruti hawa nafsunya, dan adalah keadaannya itu melewati batas. (surah al-Kahfi; 18:28)

Redaksi perintah seperti ini Allah tujukan langsung kepada Nabi Muhammad. Begitu pentingnya sehingga secara khusus Allah memerintahkan Nabi-Nya untuk melakukan hal tersebut.

Sayyid Qutb berkata tentang makna ayat ini, “Sabarkan dirimu, iaitu jangan bosan dan tergesa-gesa, bersama “orang-orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya” kerana ALLAH-lah tujuan mereka. Mereka menghadap ALLAH pada pagi dan senja, tidak menyimpang dari-Nya, tidak mengharapkan selain redha-Nya. Yang mereka idamkan lebih agung dan lebih luhur dari semua yang diidamkan para pencari dunia. Sabarkan dirimu bersama mereka itu. Bersahabatlah dengan mereka, ikutlah dalam majlis mereka dan ajarkan mereka (wahai Muhammad). Pada merekalah terdapat kebaikan. Dan atas pundak merekalah gerakan dakwah dapat berdiri. Kerana dakwah tidak berdiri di tangan orang-orang yang menganutnya demi merealisasikan ambisi-ambisi, demi memperdagangkannya di pasar dakwah sehingga dibeli atau dijual! Dakwah hanyalah berdiri pada hati-hati yang menghadap kepada Allah dengan ikhlas, tidak menginginkan kedudukan, kenikmatan, ataupun kepentingan. Tetapi hanya mengharapkan wajah-Nya dan menginginkan redha-Nya.

Ayat ini begitu unik. Keunikan tersebut perlu kita perhatikan. Biasanya orang-orang mukminlah yang diperintahkan untuk bersama dengan Nabi Muhammad. Tetapi pada ayat ini Nabi Muhammadlah yang diperintahkan untuk bersabar bersama orang-orang mukmin tersebut. Mengapa?

Untuk lebih memahami hal tersebut, coba kita lihat bersama latar belakang diturunkannya ayat ini:

Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab Shahihnya bahwa Saad bin Abi Waqqash berkata, “Kami sedang duduk bersama Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam enam orang. Datanglah orang-orang musyrik dan mereka berkata: “Usirlah mereka itu, jangan sampai mereka berani duduk dengan kami.” Ketika itu saya bersama Ibnu Mas’ud, seorang dari Hudzail, Bilal, dan dua orang yang saya lupa namanya. Lalu turunlah ayat tersebut.”

Ibnu Katsir menfsirkan ayat tersebut sebagai berikut, “Duduklah bersama orang-orang yang mengingat Allah, bertahlil, bertahmid, bertasbih dan bertakbir setiap pagi dan petang, baik mereka itu miskin ataupun kaya, kuat ataupun lemah.” Ayat tersebut memerintahkan Nabi Muhammad untuk tidak terpengaruh dengan pembesar-pembesar Quraisy yang enggan duduk bersama orang-orang mukmin yang majoriti tergolong miskin yang lemah demi mengambil hati golongan elit tersebut.

Keikhlasan dapat dengan mudah ditemukan pada komuniti orang-orang yang sederhana dan tawadhu, yang selalu berkumpul dalam suasana dzikir, mengingat Allah. Sebagaimana manusia dituntut untuk memilih pemimpin, pemimpin juga harus selektif dalam memilih orang-orang dekatnya dan orang-orang kepercayaannya. ALLAH memerintahkan Nabi-Nya untuk menjadikan orang-orang dekatnya adalah orang-orang yang rajin berzikir siang malam, pagi dan petang, orang-orang yang biasa beramal hanya demi akhirat, orang-orang yang kesibukan utamanya adalah mencari redha ALLAH.

Mereka yang hidupnya senantiasa dalam suasana mengingat ALLAH dan akhirat, akan memiliki sensitivi tinggi terhadap gejala-gejala penyimpangan. Sebaliknya, mereka yang terlalu banyak bergaul dengan para pembela kepentingan dunia, hati mereka akan terkontaminasi dengan polusi-polusi niat yang tidak lurus. Lebih parah lagi jika para pencari dunia tersebut adalah orang-orang yang pandai dan terbiasa membuat pembenaran-pembenaran terhadap segala perbuatannya.

Kedua, membiasakan diri kita untuk secara ketat mengawasi niat kita sendiri, sebelum melihat dan menilai orang lain. ALLAH memerintahkan kita untuk membersihkan hati kita, tetapi ALLAH melarang kita untuk merasa dan menganggap diri sebagai orang bersih. Allah berfirman:

فَلا تُزَكُّوا أَنْفُسَكُمْ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَى


Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa. (surah an-Najm; 53:32)

Adalah sifat orang mukmin sejati, mereka selalu khuatir diri mereka terjangkiti penyakit nifaq (kemunafikan) tanpa mereka sadar. Ibnu Abi Mulaikah berkata, “Saya bergaul dengan lebih dari tiga puluh sahabat Nabi. Mereka semua takut dirinya terjangkiti penyakit nifaq, dan tak seorangpun dari mereka mengatakan bahawa iman mereka seperti imannya Jibril dan Mikail.”

Bahkan Hasan al-Bashri berkata, “Tidaklah seseorang merasa takut dari penyakit nifaq kecuali dia mukmin, tidaklah seseorang merasa aman dari penyakit nifaq kecuali pasti dia munafik.”

Keikhlasan adalah sebuah perjuangan hati melawan bisikan nafsu dan dorongan syaitan, bukan sesuatu yang hanya diklaim atau diaku-aku. Hati yang peka dan bersih akan selalu sibuk meluruskan niat, bukan mengakui keikhlasan dan merasa aman. Begitu sulitnya meluruskan niat ini sehinggakan seorang ulama besar, Sufyan ats-Tsauri berkata, “Saya tidak menemukan amal yang lebih sulit dari pada mengikhlaskan niat.”

Seseorang yang terbiasa mengawasi hatinya akan mendapat dua faedah, pertama dia dapat memelihara kebersihan hati, dan kedua dia mengetahui bagaimana syaitan dan hawa nafsu mengelabui hati. Dan dengan bekal itu, dia akan mengetahui bagaimana cara meluruskan niat orang lain, tanpa menuduh keikhlasan seseorang.

Ketiga, harus dilakukan penguatan dan pelurusan motivasi secara berkala dan masif. Meskipun bab Ikhlas adalah bab yang aksiomatik dan sudah begitu familiar bagi setiap aktivis dakwah, tetapi bukan bererti kita cukup hanya membicarakannya sekali untuk diketahui saja. Kerana keperluan hati terhadap tadzkir (peringatan/nasihat) sama dengan keperluan tubuh terhadap makanan. Tidak mungkin manusia hanya sekali makan, kemudian berhenti. Begitu pula hati manusia, harus diisi dengan tazkirah secara rutin.

Surat al-'Ashr adalah surat yang tidak asing bagi setiap muslim. Tetapi para sahabat Nabi merasa perlu untuk saling mengingatkan pesanan dari surah ini setiap kali mereka bertemu. Hal itu kerana mereka sedar bahawa hati dan keimanan akan melemah jika tidak mengkonsumsi taushiyah secara berkala. Dr Yusuf al-Qardhawi sering berkata tentang ayat 3 surah tersebut, “Semua manusia wajib menerima dan memberi taushiyah. Tidak ada orang yang terlalu rendah untuk memberi nasihat, dan tidak ada orang yang terlalu tinggi untuk menerima nasihat.”

Allah berfirman:

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ


Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. (surah adz-Dzariyat; 51:55)

Wallahu Waliyyut taufiq.

Sunday, July 12, 2009

Laksanakan keadilan sosial


Oleh ABDULLAH MD. ZIN

Konsep Satu Malaysia yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menimbulkan semangat baru kepada banyak pihak di Malaysia terutama mereka yang berada dalam arus perdana. Bagaimanapun, kita tidak dapat nafikan, ada suara keraguan dan kebimbangan sesetengah pihak kerana mereka khuatir hak mereka akan terjejas atau diabaikan.

Pada hari pertama Sidang Parlimen pada 15 Jun lalu, Najib menegaskan dengan cukup jelas bahawa gagasan Satu Malaysia amat berbeza daripada konsep asimilasi yang diamalkan di negara lain, di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan digantikan dengan satu identiti nasional baru.

Begitu juga gagasan ini berbeza daripada konsep Malaysian Malaysia yang diamalkan oleh parti pembangkang kerana konsep berkenaan tidak bertunjangkan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Sebaliknya, menurut beliau, Satu Malaysia secara tersurat dan tersirat kekal menjunjung kesemua peruntukan teras seperti Perkara 3, 4, 152, 153 dan Bahagian 2 serta 3 yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Seterusnya Najib memberitahu formula Satu Malaysia akan terlaksana dalam dua aspek utama iaitu penerapan teras-teras perpaduan dan nilai-nilai aspirasi.
Antara teras-teras perpaduan ialah penerimaan antara semua kaum dan rakyat Malaysia. Kedua, prinsip-prinsip kenegaraan berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara dan ketiga, keadilan sosial.

Dari perspektif undang-undang, telah wujud peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama persekutuan dan agama-agama lain.
Peruntukan ini amat jelas sekali memberi kekuatan kepada agama Islam yang tidak boleh dicabar kedudukannya dan dalam masa yang sama memberi perlindungan kepada agama-agama lain, ia boleh diamalkan dalam keadaan aman dan damai.

Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan itu amat tepat dengan sejarah pembangunan tamadun Islam sejak zaman Rasulullah SAW di Madinah dan Khulafa' al-Rashidin sehingga ke zaman kegemilangan Islam di Eropah yang telah membuktikan pembangunan akidah dan syariah yang kuat bagi umat Islam di samping menghormati penganut-penganut agama lain dan amalan mereka seperti Yahudi, Kristian dan lain-lain.

Sejarah membuktikan bahawa pada zaman pemerintahan Islam di Madinah serta di zaman para sahabat, keadilan diberikan kepada semua rakyat tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan budaya.

Dalam al-Quran, banyak ayat yang menyuruh umat Islam supaya berlaku adil dan melarang kezaliman. Perkataan adil disebut dalam al-Quran sebanyak lebih 20 kali, di antaranya Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan janganlah kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. (Surah al-Maidah, ayat 8).

Ayat tersebut mewajibkan umat Islam supaya berlaku adil dalam semua urusan mereka, sehinggakan kepada musuh pun digesa supaya berlaku adil. Selain keadilan dalam bidang kehakiman, keadilan sosial juga dituntut ke atas umat Islam supaya melakukannya kepada semua individu dalam masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan budaya. Setiap anggota masyarakat hendaklah mendapat keperluan asas mereka seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, peluang mendapat pelajaran dan pekerjaan.

Keadilan sosial bukanlah bererti membasmi kemiskinan sehingga ke akar umbinya supaya tidak wujud lagi dalam masyarakat. Perkara ini bercanggah dengan sunnah alam kerana kemiskinan dan kekayaan adalah dua hakikat yang wujud di dunia ini. Yang kaya dan yang miskin ada tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Yang kaya membantu yang miskin manakala yang miskin pula berterima kasih kepada yang kaya dan tidak melakukan huru-hara dalam masyarakat. Dengan itu, suasana harmoni dan perhubungan yang baik dapat diwujudkan dalam masyarakat.

Antara faktor penting yang telah dianjurkan oleh Islam bagi mewujudkan keadilan sosial dalam masyarakat ialah saling bekerjasama (ta'awun) antara anggota masyarakat. Masyarakat Islam perlu didirikan di atas dasar tersebut sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam melakukan dosa dan perseteruan. (Surah al-Maidah, ayat 2).

Begitu juga antara faktor penting bagi mewujudkan keadilan sosial ialah perhubungan yang baik antara sesama anggota masyarakat sebagaimana sabda Rasullah SAW yang bermaksud: Perumpamaan orang mukmin dalam berkasih sayang, bantu membantu dan silaturrahim seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu kesakitan, maka seluruh tubuh akan ikut berjaga malam dan demam.

Kasih sayang, bantu membantu dan silaturrahim adalah asas penting dalam keadilan sosial.
Perhubungan yang baik antara individu dalam masyarakat yang terdiri daripada orang kaya, orang miskin, orang tua, orang muda, pemerintah dan rakyat adalah amat penting dalam mewujudkan keharmonian dan kerukunan.

Begitu juga Islam menekankan kemesraan dan berbaik sangka serta sifat sedia membantu di kalangan anggota masyarakat sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga ia suka kepada saudaranya seperti yang ia suka bagi dirinya, dan sabdanya lagi yang bermaksud:

Allah menolong seseorang hamba selama hamba itu menolong saudaranya. Dari huraian di atas, vcjelas menunjukkan bahawa keadilan sosial bukanlah satu slogan kosong yang mengajak supaya menyamakan semua anggota masyarakat, tetapi apa yang dimaksudkan dengannya ialah menyamakan mereka dalam kesempatan dan peluang untuk mengembangkan prestasi dan potensi.

Oleh itu, keadilan sosial dapatlah ditakrifkan sebagai "kerjasama untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu, setiap anggota masyarakat mempunyai kesempatan dan peluang yang sama untuk berkembang sesuai dengan kemampuan masing-masing."
Islam sentiasa menganjurkan supaya berlumba-lumba berbuat kebajikan dalam masyarakat sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling banyak menyumbang kepada sesama manusia.

Oleh itu, aktiviti sosial adalah aspek yang penting dalam hidup berjemaah dan semangat kerjasama merupakan amalan yang perlu dipupuk supaya ia berkembang dalam masyarakat.
Dalam masyarakat Malaysia sekarang, kita dapati kerja-kerja amal kurang diberi tumpuan oleh masyarakat sama ada di peringkat individu atau organisasi. Kalau kita bandingkan dengan aktiviti keagamaan yang bercorak ibadat khusus, kita dapati ramai yang berminat.

Dalam al-Quran dan al-Sunnah banyak ayat dan hadis yang memberi galakan supaya kita membuat kebajikan dalam masyarakat. Malah ia merupakan suatu tanggungjawab sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, ruku'lah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhan kamu, dan buatlah kebajikan supaya kamu dapat kemenangan." (Surah al-Hajj, ayat 77).

Begitu juga Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kamu kiranya aku memberitahu kamu tentang amalan yang lebih utama dari puasa, solat dan sadaqah?" (yakni sunat). Sahabat menjawab "Kami mahu wahai Rasulullah," lalu Baginda bersabda: "Iaitu amalan atau usaha membaiki hubungan yang terputus antara dua pihak yang bertentangan (berkonfrantasi), kerana keburukan perpecahan itu adalah pencukur."

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda: "Aku tidak berkata ia pencukur rambut, tetapi ia pencukur agama" (menghapuskan roh persaudaraan Islam).
Sebenarnya, kerja-kerja sosial boleh digunakan sebagai media dakwah, ia suatu cara berkesan untuk memenangi hati masyarakat.

Kalau kita menyingkap sejarah hidup Rasulullah SAW dan para sahabat, mereka dikenali sebagai para dermawan dan baik hati. Mereka melibatkan diri dengan membuat kebajikan dan memberi pertolongan kepada orang ramai. Oleh itu 'kebajikan' dan 'khidmat' amat penting dalam kerja-kerja kemasyarakatan.

Kita hendaklah mendekati dan memberi pertolongan kepada orang yang berada dalam kesusahan dan kesempitan, anak-anak yatim dan remaja yang terlibat dengan berbagai-bagai gejala sosial.

Kita janganlah terlalu terpesona dengan theoretical dialogue tentang keadilan sosial yang serba ideal, tetapi kita seharusnya menterjemahkan ideal-ideal Islam dalam masyarakat melalui kerja-kerja kemasyarakatan di tengah-tengah lapangan.

DATUK DR. ABDULLAH MD. ZIN ialah Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri


Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com