"Sungguh telah ada bagimu dalam diri Rasulullah saw itu suri teladan yang baik." (Al-Ahzab:21)
Monday, March 26, 2012
Pemborong t-shirt Muslim dan Muslimah
Anda berminat untuk menambah pendapatan ? Jadilah memborong atau agent baju muslim dan muslimah dengan harga terendah. Nak tahu lebih lanjut. Klik sini
Labels:
promosi
Friday, March 23, 2012
Anda Penat ?
Penat tak ? Penatkan ... Pelajar penat belajar, pekerja penat bekerja, surirumah penat dengan kerja rumah dan penganggur pun penat menanam anggur yang masih belum berbuah. Walau apa pun status anda sekarang, anda pasti kepenatan. Apa salahnya jika penat anda berbuah manfaat untuk dunia dan akhirat anda.
Maka saya menyeru kepada diri saya dan rakan pembaca untuk sentiasa mengikhlaskan niat, memperbaiki setiap kerja kita dan bersabar dengan kepenatan yang tidak mungkin kita elakkan ini. Semoga kepenatan ini memancarkan sinar bahagia buat dunia dan akhirat kita. Amin.
Aku capek ni .. tapi aku ngak bisa berhenti di sini. jalan hidup ini masih terlalu panjang.
Maka saya menyeru kepada diri saya dan rakan pembaca untuk sentiasa mengikhlaskan niat, memperbaiki setiap kerja kita dan bersabar dengan kepenatan yang tidak mungkin kita elakkan ini. Semoga kepenatan ini memancarkan sinar bahagia buat dunia dan akhirat kita. Amin.
Aku capek ni .. tapi aku ngak bisa berhenti di sini. jalan hidup ini masih terlalu panjang.
Labels:
coretan pengalaman
Monday, March 19, 2012
Dodol
Assalamualaikum semua...
Anda pernah merasai keenakan dodol kelantan ? Sedap tu... terutama yang masih di dalam kawah. Maksud saya apabila tepung telah masak dan gula telah dimasukkan ke dalamnya. Makan atas daun pisang. Fuh, keenakan yang tidak dapat dilupakan.
Saya agak sibuk kebelakangan ini dengan permintaan untuk dodol dari 13 buah kedai makan yang baru 3 minggu kami kendalikan. Tidak menang tangan dibuatnya. Hubby kata kita tambah lagi sampai 30 kedai makan. Doakan berjaya ye. amin.
Labels:
coretan pengalaman,
promosi
Saturday, March 10, 2012
Pad kain untuk wanita haid
Menarikkan bentuk dan coraknya ! Ni gambar pad kain untuk wanita haid. Zaman dulu-dulu, orang wanita menggunakan kain yang dilipat-lipat sebagai pad. Tiada pembaziran wang, mesra alam lagi. Tapi kurang selesa dan mungkin agak leceh untuk membasuhnya. Jadi terciptalah pelbagai jenis pad atau tampon untuk keselesaan wanita berkerjaya terutamanya. Mudah, selesa tapi kurang mesra alam dan berisiko untuk kesihatan wanita dalam jangka masa panjang.
Demi mengatasi masalah ini, maka terciptalah tampon kain ini yang direka bentuk seperti tampon pakai buang tapi menggunakan kain yang selamat dan boleh dibasuh untuk digunakan kembali. Jadi, anda juga berpeluang untuk berjimat. Jika anda berminat, boleh dapatkannya di sini. Selamat mencuba !
Labels:
promosi
Subscribe to:
Posts (Atom)
Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)
Siapakah Penulis Yang Baik?
Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.
Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.
Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.
Penulis Yang Terbaik
Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT
Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.
Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT
Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.
Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?
Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.
“Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.
Tips 2: Kerendahan Hati
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.
Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.
Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?
Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.
Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.
Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.
Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.
Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.
Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.
Tips 4: Disiplin
Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.
Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.
Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.
Tips 5: Istiqomah
Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.
Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.
Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.
Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.
Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.
Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.
~Hilal Asyraf ~
ms.langitilahi.com
