Friday, January 8, 2010

Saat Kelahiran - Bersalin Anak Sulung

SOALAN:


Saya seorang ibu muda yang sedang hamil buat kali pertama. Oleh sebab kami tiada pengalaman menghadapi kelahiran bayi ini, saya rasa amat risau.

Bolehkah puan doktor menerangkan tanda-tanda kelahiran supaya kami lebih bersedia untuk menghadapi saat itu dan bila sepatutnya kami ke hospital untuk melahirkan bayi kami ini?

Ibu Musykil
Pahang

JAWAPAN:

Perasaan risau dan resah adalah menjadi perkara biasa bagi seseorang ibu yang sedang menunggu saat kelahiran bayinya, terutama bagi ibu yang akan melahirkan bayi yang pertama. Ramai di antara ibu juga mengalami kesukaran untuk tidur pada saat sebegini. Sokongan suami dan keluarga amatlah penting pada ketika ini.

Untuk mengelak daripada kekecohan apabila tanda-tanda kelahiran muncul, puan dinasihatkan untuk membuat persediaan awal bagi beg dan barang keperluan puan ketika di hospital. Barang-barang untuk diri puan (baju, kain, tuala, berus gigi) dan juga untuk bayi puan perlu dikemas dan disediakan dua atau tiga minggu sebelum tarikh jangkaan kelahiran bayi puan.

Apabila masa semakin hampir dengan tarikh kelahiran, beberapa tanda boleh muncul yang menunjukkan kelahiran akan berlaku. Puan perlu tahu perkara ini supaya langkah yang tepat dapat diambil tanpa 'panik'.

Pada akhir tempoh kandungan, kekerasan perut rahim semakin kerap berlaku. Kekerasan ini berlaku tanpa diiringi dengan kesakitan. Keadaan ini dipanggil "Braxton Hicks contraction".

Beberapa tanda yang mungkin berlaku apabila proses kelahiran bermula adalah seperti berikut:

Show atau tanda: Keadaan ini berlaku apabila terdapat mukus (lendir) yang bercampur dengan darah di faraj. Pengeluaran mukus yang berdarah ini menunjukkan lubang serviks sudah mula terbuka yang menyebabkan mukus ini terkeluar. Tanda ini adalah yang paling awal (pertama) lazim berlaku.

Pecah air ketuban: Tekanan disebabkan oleh pengecutan (kontraksi) rahim menyebabkan pembocoran selaput karung bayi. Air ketuban tidak mempunyai warna tetapi berbau hanyir berbanding dengan air kencing yang berwarna kuning dan berbau hancing. Air ketuban ini keluar melalui lubang kebocoran dengan cara lelehan sedikit demi sedikit ataupun secara tumpahan air yang banyak. Air ketuban yang berwarna hijau menunjukkan bahawa bayi sudah pun membuang najisnya sebelum dilahirkan. Pembuangan najis (meconium) ini mungkin disebabkan oleh bayi yang lemas atau bayi yang terlebih matang.

Kesakitan di bahagian perut dan belakang seperti senggugut (tetapi kesakitan ini lebih teruk daripada senggugut). Kesakitan ini akan datang secara berkala. Kekerapan kesakitan akan berlaku sekurang-kurangnya setiap 10 minit. Tempoh kesakitan pula berlaku selama 20 hingga 40 saat. Apabila proses kelahiran sebenar tiba, kekerapan kesakitan semakin rapat iaitu setiap dua atau tiga minit sekali dan tahap kesakitan bertambah kuat. Puan perlu membuat persediaan untuk ke hospital apabila kesakitan kerap berlaku iaitu setiap lima dan 15 minit dan kesakitan ini tidak hilang apabila puan cuba berehat atau berjalan-jalan. Jangan panik kerana proses bersalin memakan masa yang agak panjang terutamanya bagi ibu yang akan melahirkan anak yang pertama (lazimnya lapan hingga 12 jam). Tanda-tanda ini tidak semestinya datang secara turutan seperti di atas tetapi salah satu mungkin datang terlebih dulu atau mereka muncul secara serentak.

Apabila puan mengalami tanda-tanda di atas, puan dinasihatkan tidak memakan makanan sebelum puan ke hospital. Keadaan ini penting kerana makanan yang dimakan sewaktu kesakitan dalam proses bersalin tidak dihadamkan dan tidak diserapkan. Proses penghadaman dan penyerapan makanan berlaku dengan lambat sekali apabila seseorang berada dalam kesakitan proses bersalin.

Ada juga salah faham mengenai cara mendapat tenaga untuk meneran apabila seseorang ibu itu makan sewaktu sakit untuk bersalin. Pemakanan yang tidak hadam boleh membahayakan ibu jika kelahiran dibuat secara pembedahan atau ada komplikasi yang memerlukan pembiusan umum (general anaesthesia).

Article Source: http://www.mengandung.com/tips

Sumber Petikan: Utusan 15 Julai 2002 Ruangan Tanya Doktor

Cara Membuat Selusuh

Para ulama menghasilkan selusuh berpandukan pelbagai ayat di dalam al-Quran. Langkah-langkah untuk membuat selusuh:

Cara A

1. Al Fatihah

2. Surah al Hasyr ayat 21


3. Selawat Syifa (Penyembuhan)



4. Bacakan doa : "Ya Allah, dengan hak Maryam dan dengan hak mereka yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rahmat". Kemudian ditiup pada air atau minyak dan perlu diminum tujuh hari sebelum tarikh jangkaan bersalin

5. Sapukan air atau minyak di perut ibu dari atas ke bawah dengan bacaan selawat (7 kali)

6. Minyak selusuh perlu diminum sebanyak satu sudu apabila terasa sakit bersalin

Cara B

  1. Beristighfar (3 kali)
  2. Menghadiahkan bacaan kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga, para sahabat dan para pengikutnya.
  3. Al Fatihah (1 kali)
  4. Selawat (11 kali)
  5. Alam Nasyrah (7 kali)
  6. Al-Ikhlas (3 kali)
  7. Al Falaq (3 kali)
  8. An Naas (3 kali)
  9. Al Fatihah (1 kali). Kemudian berdoa apa yang dihajati.

Cara C

  1. Al Fatihah. Apabila sampai di ayat 5, lintaskan di dalah hati memohon dimudahkan bersalin sebanyak tiga kali.
  2. Selawat Syifa (7 kali)
  3. Surah al Hasyr, ayat 21 (3 kali)
  4. Surah al-A'raf ayat 54 (3 kali

5. Hembus pada air, minyak atau kurma.

Thursday, January 7, 2010

Perjumpaan Pertama Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Ratuhati.com

"rasa menyesal pun ada kerana tak menuntut ilmu penyusuan susu ibu sebaik mungkin semasa mengandung.. saya mula tersedar semasa 4 hari saya mula bekerja.. dari situ saya banyak mencari sumber-sumber rujukan sehinggalah sekarang ni.."
Luahan hati sidah09, yang menghadapi masalah penyusuan susu ibu. Harap sidah09 berjaya dalam misinya.

Ratuhati.com akan menganjurkan perjumpaan pertama Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Ratuhati.com. Perbincangan mengenainya di forum. Semua ahli dan bukan ahli dijemput hadir.

Aktivitinya adalah breastfeeding talk & sharing.
Amyshazz atau Aishah, Kaunselor Laktasi akan bersama dengan kita. Masa ni kita boleh tanya soalan tentang breastfeeding. Sangat sesuai untuk semua, terutamanya ibu mengandung dan yang sedang menyusukan anak. Anak dara pun boleh.

Juga akan diselitkan selingan demonstrasi babywearing daripada Malaysian Babywearer (wakil: charantya atau shida). Siapa yang ada masalah dengan sling yang dibeli dipersilakan datang untuk bertanya soalan.

Tarikh : 23 Januari 2010
Masa : 9.00 - 11 pagi
Tempat: Akan diberitahu kemudian (sekitar Kuala Lumpur)
Bayaran: RM10 Dewasa, RM2 kanak-kanak umur atas dua tahun
Makanan: Catering. Menu akan diberitahu kemudian.

PENDAFTARAN

Untuk pendaftaran,

1. MELALUI EMAIL

boleh email kepada pentadbir@ratuhati.com

Subjek: Saya mahu daftar Perjumpaan Pertama Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Ratuhati.com

Nama:
Peserta: (Berapa orang - D= Dewasa, K=Kanak-kanak)Contoh:
Nama: Asniza (ummi)
Peserta: 2 D, 2K

2. MELALUI FACEBOOK

Atau boleh terus daftar di Facebook.

PELABURAN

Yuran penyertaan boleh dibayar terus kepada akaun berikut:

Akaun: Maybank
No akaun: 162106958791
Nama: Asniza Kamarul

Email bukti pembayaran kepada: pentadbir@ratuhati.com

7... 8...9...10

7... 8...9...10 januari.

Tinggal menghitung hari menanti kelahiran bayi kedua.
Semoga dipermudahkan Allah segala urusan pada hari-hari mendatang. Amin.

Jom baca ini juga ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Anda Dihargai... Terima Kasih :)

Siapakah Penulis Yang Baik?

Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya.

Akhirnya sekali, dia tidak akan hanya tersekat dalam alam penulisan, bahkan di alam realiti dia tetap mampu menjadi satu model kepada ummat.

Penulis Yang Terbaik

Tips 1: Hubungan Dengan Allah SWT

Ya, hubungan dengan Allah SWT. Seorang yang hendak menjadi penulis yang terbaik perlulah menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Mencintai perintah-Nya dan melaksanakannya. Membenci kemungkaran ke arah-Nya dan mencegahnya. Tidak melekatkan diri kepada apa yang Allah murka dan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti diri di hadapan-Nya.

Kenapa hubungan dengan Allah SWT itu diletakkan yang pertama?

Banyak sebab. Tapi, antara sebab yang utama adalah, kita hendak menulis sesuatu yang memberi kesan pada jiwa insan. Justeru, apakah logik kita tidak meminta kepada Yang Membolak Balikkan Jiwa Insan? Kita perlu sedar bahawa, Allahlah TUAN kepada Hidayah. Bukankah adalah perkara yang normal kita tunduk kepada-Nya agar dia membantu kita? Sedang kita ini tidak mampu memberikan hidayah walau kepada orang yang kita cintai.


Sesungguhnya kau tidak akan mampu memberikan hidayah kepada orang yang kau cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki…” Surah Al-Qasas ayat 56.

Tips 2: Kerendahan Hati
Seorang yang ingin menggerakkan dirinya menjadi penulis yang baik, perlulah mendidik jiwa dan hatinya untuk sentiasa rendah. Rendah di sini adalah merasa kerdil di hadapan Allah SWT. Ini untuk menjaga keikhlasan, mengelakkan diri dari riya’, ujub, takabbur.
Riya’, ujub, takabbur, semua itu adalah hijab dalam amalan. Ia membuang keberkesanan penyampaian kita. Sifat-sifat mazmumah itu akan menyebabkan perjalanan penulisan kita juga terpesong. Nanti kita akan rasa cepat hendak membantah pendapat orang lain, tidak boleh ditegur, rasa senang nak menyalahkan orang dan sebagainya.

Kerendahan hati sangat penting dalam menjamin kebersihan perjalanan penulisan kita.

Apakah hati yang hitam mampu mencahayakan hati yang lain?

Tips 3: Dahagakan Ilmu
Kita tidak mencari ilmu seperti orang yang sudah kekenyangan. Maka kita akan rasa malas untuk menambah ilmu apabila kita rasa diri kita sudah penuh. Seorang penulis perlu sentiasa merasakan dirinya tidak cukup. Maka dia akan bergerak untuk mengisi dirinya dengan pelbagai ilmu.

Ilmu penulisan, ilmu-ilmu asas kehidupan, ilmu bahasa, ilmu realiti, dan bermacam-macam ilmu lagi.

Penulis perlu sedar bahawa, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan mampu memberikan apa-apa.

Maka seorang penulis perlu mempunyai ‘apa-apa’ untuk menulis.

Amatlah penting bagi seorang penulis untuk mengekspansikan capaian ilmunya. Ilmu bukan sekadar di dalam kelas, di dalam buku teks. Bahkan seluruh kehidupan ini mampu dijadikan sumber ilmu pengetahuan. Semuanya boleh diambil dan diterjemahkan kepada idea.

Banyak membuat kajian, banyak membuat pembacaan, banyak bertanya, banyak memerhati dan banyak berfikir. Ilmu-ilmu yang berjaya diraih, insyaAllah akan mampu menjadi ‘trigger’ kepada idea.

Tips 4: Disiplin

Tidak akan mampu seseorang itu menjadi penulis yang terbaik tanpa disiplin. Perlu ada disiplin dalam menulis. Perlu juga ada disiplin dalam mengimbangi kehidupan sebagai penulis dan sebagai pelajar, pekerja, anak, bapa, ibu dan sebagainya.

Sebab itu, apa yang saya selalu lakukan dalam hal disiplin ini adalah JADUAL.

Susun waktu. Sesungguhnya Allah tak akan memberikan manusia 24 jam sekiranya 24 jam itu tidak cukup untuk manusia. Tetapi manusialah yang tidak menggunakan 24 jam itu dengan sebaik-baiknya. Sebab itulah kita sering merasakan kita tidak mampu melaksanakan kerja.


Tips 5: Istiqomah
Seorang penulis yang terbaik itu, mencapai tahapnya yang tertinggi adalah apabila dia istiqomah. Bukannya bila pelawat website, blog sudah mencapai juta, dia mula bermalas-malasan.

Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan.

Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah.

Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah.

Penutup

Saya tak rasa gembira kalau pembaca membaca penulisan saya, kemudian dia rasa seronok-seronok,tanpa membawa apa-apa daripada penulisan saya ke dalam kehidupannya.

Pada saya, seorang penulis itu bukan seorang penghibur.

Penulis adalah yang membina ideologi ummah, memimpin pemikiran ummah.

Justeru, penulis yang berjaya, adalah penulis yang penlisannya mampu memberikan kesan kepada kehidupan manusia.


~Hilal Asyraf ~

ms.langitilahi.com